From: what a relief <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: DEB gagal kerana amalan kronisme
DEB gagal kerana amalan kronisme Umno
Jul 25, 05 12:52pmTimbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Syed Husin Ali mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal kerana sesetengah pemimpin Umno dan kerajaan memberi kekayaan kepada segelintir orang Melayu dan bukan-Melayu melalui amalan kronisme dan korupsi.
Menurutnya, di kalangan orang Melayu sendiri masih wujud jurang di antara yang kaya dengan yang miskin, di antara penduduk kota dengan penghuni desa dan di antara orang kuat Umno dan Barisan Nasional (BN).
Selama 50 tahun pelbagai dasar dan projek telah dilaksanakan untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu tetapi mereka tetap ketinggalan. Apakah jaminan masalah ini dapat diatasi dalam tempoh 15 tahun sebelum 2020.
Dapatkah ia dicapai dengan cakap berdegar-degar dalam Perhimpunan Umno sahaja? Atau dengan menyalahkan orang Melayu sahaja sedangkan pemimpin tidak mengubah amalan buruk ini, katanya dalam kenyataan media hari ini.Dr Syed Husin berkata, pucuk pimpinan asyik memperkatakan mengenai padang permainan yang tidak rata terutama di antara kaum Melayu dan bukan Melayu khususnya orang Cina.
Katanya, memang benar ketidakseimbangan itu tetapi mengapa tidak disebut padang yang tidak rata di antara negara kapitalis yang maju dengan negara kurang maju seperti Malaysia.
Beliau berkata, juga mengapa tidak disentuh mengenai padang yang tidak rata di dalam kaum masing-masing di negara kita.
Namakan mereka
PKR menurutnya, mencabar kerajaan supaya mendedahkan nama Bumiputera yang mengalibabakan kontrak atau lesen mereka kepada kaum lain.
Katanya, PKR juga percaya sebahagian besar mereka mempunyai hubungan politik, persahabatan dan kekeluargaan rapat dengan pemimpin Umno-BN.
Kami berharap tindakan tegas akan diambil terhadap mereka, sebagaimana yang dilaungkan oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.
Katanya, dalam Perhimpunan Umno yang tamat baru-baru ini perwakilan mendakwa bahawa orang Melayu ketinggalan dan masalah kebocoran projek masih lagi serius.
Secara tidak langsung, katanya mereka juga mengakui bahawa dasar kerajaan pimpinan Umno untuk menaikkan taraf ekonomi dan sosial orang Melayu masih belum berjaya lagi.
Nasib majoriti rakyat biasa Melayu tidak banyak berubah atau terus ketinggalan, sebagaimana yang diakui umum, katanya.Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
