Sekarang ni yang sambut suami kat muka pintu ialah pembantu rumah..

Selamat petang bapak..selamat petang tuan..mau minum apa tuan..

Isteri kat ofis lagi..haruu..

Jangan ada suami ambil peluang udah la ye..

 


From: "liza liza" [mailto:"liza liza"]
Sent: 21 Julai 2005 15:52
To: [email protected]
Subject: RE: Bismillah [hidayahnet] Sambut Suami Di Muka Pintu

 

betui la tu untuk isteri yg tak berkerja.zaman sekarang isteri ramai  yg
bekerja cari rezeki bersama mana leh nak wat camni...kena lah paham gak para
suami semua....



>From: Zaiful Zainun
>Reply-To: [email protected]
>To: [email protected]
>Subject: Bismillah [hidayahnet] Sambut Suami Di Muka Pintu
>Date: Wed, 13 Jul 2005 23:45:30 +0800
>
>
>-----Original Message-----
>From: aizah
>Sent: Tuesday, July 05, 2005 4:20 PM
>
>SAMBUT SUAMI DI MUKA PINTU
>
>Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh
>jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan
>pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian
>oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.
>
>Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk
>menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang
>sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah
>pandai
>memahami mood dan kehendak suami.
>
>Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman.
>Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan
>ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan
>daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru
>berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:
>
>"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia
>dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang
>gembira
>kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
>
>Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman
>akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki
>oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan.
>Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
>menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan
>hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon
>keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak
>pada keredhaan suami.
>
>Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh
>hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan
>ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan
>tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang
>hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh
>kebanyakan orang Barat hari ini.
>
>Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
>isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua.
>Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan
>bersalaman
>dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk
>bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak
>terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan
>ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun
>setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa
>mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu
>untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa
>kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
>
>Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima
>kasih.
>Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya
>sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa
>oleh suami.
>
>Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang
>dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami
>sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan
>kemarahannya.
>
>Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita
>yang
>bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu
>taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya
>dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air
>sejuk
>dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti
>Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di
>sebalik perlakuan wanita itu.
>
>Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah
>supaya
>mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah
>untuk
>mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan
>ini
>ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."
>
>Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
>Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
>terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
>rumahtangga.
>
>Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah
>berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa
>berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan
>disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:
>
>"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada
>suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di
>langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
>
>Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah
>isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.
>
>
>

_________________________________________________________________
Get an advanced look at the new version of MSN Messenger.
http://messenger.msn.com.my/Beta/Default.aspx







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke