Tak sampai setahun BN Terengganu berhutang RM400 juta?
Monday, July 25 @ 16:17:02 MYT


KETEREH, 25 Julai (Hrkh) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa sudah berhutang kira-kira RM400 juta dalam tempoh tidak sampai setahun mentadbir negeri tersebut.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Ghani mendakwa hutang sebanyak itu dibuat kerajaan BN di bawah kepemimpinan Dato’ Idris Jusoh dalam tempoh begitu singkat.

“Kalau sebelum ini, semasa PAS mentadbir Terengganu pada 1999 kira-kira RM730 juta ditinggalkan kerajaan BN. Hari ini tidak sampai setahun hutang begitu banyak sudah dibuat,” katanya pada ceramah di Kampung Sokor, Kok Lanas dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama pada program anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Terengganu termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik, anggota Majlis Tertinggi PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Yang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Zaki Ibrahim bersama anggota jawatankuasanya hadir sama. Ceramah itu dianjurkan bagi memunggut derma membantu mangsa-mangsa kezaliman kerajaan BN Terengganu yang meruntuh rumah mereka.

Azman juga berkata, masjid di rancangan tanah berkelompok (RTB) Bujal yang diroboh kerajaan BN Terengganu didirikan hasil sumbangan orang ramai. “Pemimpin BN perlu bertaubat kerana duit sedekah bagi membina masjid terbabit adalah kepunyaan orang ramai. Dan tentunya ada pembalasan kelak apabila rakyat terbanyak dianiaya,” ujarnya.

Saifuddin berkata, sisa masjid yang diruntuhkan di RTB Bujal kini dibersihkan semua sekali bagi mengelakkan orang ramai datang melihat kesan-kesan kezaliman kerajaan BN.

Oleh itu katanya, hanya ada kira-kira tiga tahun lagi bagi rakyat menggunakan kuasa mereka menumbangkan kerajaan yang zalim sekarang.

Abu Bakar melahirkan rasa kesal kerana kerajaan BN sekarang tidak menyambung semula kebenaran menduduki terhadap kira-kira 33,000 penduduk yang tinggal di atas tanah kerajaan.

“Kerajaan BN yang ada hari ini langsung tidak menghormati keputusan yang dibuat kerajaan negeri sebelum ini bagi membenarkan rakyat tinggal di tanah milik kerajaan.

“Pada awal tahun ini kebenaran menduduki tanah tersebut telah ditarik balik sehingga berlaku kejadian di mana 24 rumah di beberapa RBT diroboh sewenang-wenangnya,” kata beliau.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno Terengganu sekarang begitu terdesak sehingga terpaksa merobohkan rumah milik penduduk yang diberi kelulusan kerajaan negeri sebelum ini.

“Tetapi apa yang menyedihkan masjid yang diroboh itu adalah dibina hasil sumbangan derma orang ramai. Sedangkan harta wakaf tidak boleh diambil balik selepas didermakan.

“Seperti juga barangan lain yang diwakafkan untuk masjid tidak boleh diambil balik. Kerajaan BN Terengganu ini nampak seperti kuat sangat,” ujarnya.
- MJ


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke