Forwarded on behalf of the sender below:
 
Moderator
 
----- Original Message -----
Sent: Saturday, July 30, 2005 1:20 PM
Subject: Re: [hidayahnet] TOLONG SEBARKAN: ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN PERLU SOKONGAN

Assalamualaikum
 
I have spoken to them of the phone number below. Insyallah, I will try to help requesting some fundings from some organisations on their behalf.
 
In the meantime, I would appreciate for those concern to continue helping whatever they can. If we, who live far away can help, I would expect people living in Malaysia should be able to help even more.
 
Wassalam
 
Zifri
Majlis Syura Muslimun UK Eire
 
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, July 27, 2005 10:39 AM
Subject:  TOLONG SEBARKAN: ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN PERLU SOKONGAN





Assalammualaikum

Tolong sebarkan.

Gambar diatas memperjelaskan kedaifan yang ditanggung dan dibebani oleh
asrama tersebut. Kepada sesiapa yang bersimpati dan ingin menghulurkan
sumbangan bolehlah berbuat demikian seperti butiran dibawah.

Assalamualaikum,

Saya ingin menyebarkan maklumat tentang asrama tersebut agar ada yang dapat
dan ingin membantu. Asrama merangkumi 3 buah rumah (tengok gambar), satu
untuk lelaki, satu perempuan & satu untuk surau / tempat belajar, dan
sebuah bangsal yang di gunakan sebagai tempat makan & belajar (tengok
gambar).

Rumahnya jenis berderet satu tingkat berukuran lebih-kurang 20kaki X 30kaki
tiap2 satu,
mengandungi:

-2 bilek (tengok gambar: padat dengan katil)
-1 ruang tamu (tengok gambar: katil lagi & almari)
-1 dapur.

Asrama ini menempatkan lebih 40 orang kanak-kanak, hampir 20 lelaki, lebih
20 perempuan,
antara 6 hingga 15 tahun:

- anak-anak saudara baru / orang asli,
- anak yatim,
- serta anak fakir miskin yang tercicir dari sekolah.

Amat sesak.

Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Sentul, KL
No 5 Kampung Bandar Dalam 6/4,
51100 Sentul,
KL
03-4022 2404

Keluar dari MRR2 ke Sentul, bila sampai di lampu isharat belok ke kiri
menuju Setapak
kalau kanan ke pekan Sentul. Antara 100 ke 200m dari lampu isharat akan
sampai ke selekoh tajam ke kanan. Jangan ambil selekoh, tetapi belok kiri
ke Kampong Bandar
Dalam, "kereta potong" di sebelah kanan. Kemudian ikut papan tanda ke
asrama.

Asrama ini di tubohkan pada awal 2004. Pengasasnya ialah Ustazah Sharimah
Ali (tengok gambar), yang masih mengelolakan asrama tersebut. Dia di bantu
oleh beberapa sukarela
termasuk suami (En Azman, orang Sentul, peniaga di Pasar Gombak)&
saudara-mara suami.
Ustazah, suami & saudara-mara tersebut tinggal berdekatan asrama. Ustazah
Sharimah memberanikan diri memulakan asrama tersebut tanpa dana yang cukup
oleh kerana tidak sanggup tidak membuat sesuatu untuk kanak-kanak tercicir
yang dilihatnya di dalam kerja harian & kerja2 amalnya.

Ustazah Sharimah menjayakan asrama ini dengan sokongan orang ramai.

Sekurang2-nya RM5,000 di perlukan sebulan. RM450 X 3 == RM1,350 untuk sewa
rumah, baki nya untuk api-air, makan-minum, sewa van sekolah, dan lain2,
tak termasuk duit saku ke sekolah, kain-baju, buku2 dan sebagainya. Tiada
bantuan didapati dari Kerajaan. Malah pihak Jabatan Kebajikan mengarahkan
asrama dipindahkan ke tempat lebih sempurna. Saya yakin tempat sekarang tak
akan lulus audit Bomba, Kesihatan & sebagainya. Tetapi, tanpa dana yang
cukup & berterusan, tiada pilihan .... nasib lebih 40 kanak2 tak boleh
diabaikan. Saya perhatikan BANTUAN YANG AMAT DIPERLUKAN ialah:

1.    bantuan kewangan berterusan (untuk meneruskan operasi asrama)
2.    premise yang lebih sempurna-contoh. 2/3 pintu rumah teres di kawasan
perumahan
      (supaya tak ada isu2 bomba, kesihatan dll) termasuk rumah corner lot
(perlu
      kawasan luas)di kawasan Sentul (di mana Ustazah, suami & sukarela
berkerja)
      dekat dengan sekolah (supaya perbelanjaan van dielakkan)
3.    perkembangan kanak2

Tolonglah hulurkan bantuan & sebarkan message ini. Yang ada connection
untuk mendapatkan
premise / perumahan lebih baik, tolonglah uruskan. Yang boleh hulurkan
kewangan, sila tulis chek atas nama:

Persatuan Penyayang Nur Iman dan masukkan ke:
Akaun: 227-202-100032-7 AM Finance, Sentul


Yang dapat beri barang makanan asas saperti minyak masak, asam-bawang,
makanan tin dan sebagainya, silalah hantarkan ke:

Asrama Penyayang Nur Iman KL

No 5 Kampung Bandar Dalam 6/4,
51100 Sentul,
KL

Yang perlu lebih maklumat sila hubungi:

Ustazah Sharimah Ali
019-251 9082

Walaubagaimana pun, apa saja bantuan pasti dialu2kan.

ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN (HARAP SEBARKAN)

> Assalamualaikum,
>
> Baru-baru ini kami telah menziarahi sebuah asrama
> perlindungan yang menempatkan 45 orang kanak-kanak yang kebanyakannya

> terdiri daripada anak-anak orang asli, anak yatim serta anak fakir

> miskin yang tercicir dari sekolah. Anak-anak orang asli ini telah
diislamkan
> di sini dan telah diselamatkan sebelum pihak lain mengambil mereka

> untuk dikristiankan atau sebagainya.
> Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Kampung Bandar Dalam, Sentul,

> Kuala Lumpur dan dikelolakan oleh Ustazah Sarimah Ali. Kini Ustazah

> Sarimah menyewa rumah 3 pintu dengan belanja RM1,350 sebulan yang

> dijadikan 2 buah asrama, sebuah untuk laki-laki seramai 24 orang dan
sebuah
> untuk perempuan yang seramai 21 orang manakala sebuah lagi dijadikan
surau dan
> pejabat. Kesukaran mendapatkan dana menyebabkan anak-anak ini hidup dalam

> keadaan yang begitu dhaif, mereka hanya ada tempat tidur dan makan
sahaja,
> tidak lebih daripada itu. Keadaan asrama yang begitu sempit, kurang
selesa
> dan hanya berbekalkan katil sahaja menjadi tempat perlindungan mereka

> setiap hari.
> Di atas belas ihsan orang perseorangan, di bahagian tepi sebuah asrama

> tersebut telah dibina satu kawasan seperti garaj parking kereta yang

> dinamakan "dewan" menjadi tempat anak-anak ini makan dan belajar. Keadaan

> "dewan" yang begitu sempit berlantaikan simen berpasir kasar beratapkan

> zink dan tanpa dinding amat mengharukan dan langsung tidak sesuai untuk

> pembelajaran 45 orang kanak-kanak.
>
> Keadaan mereka sungguh menyedihkan kalau dibandingkan dengan asrama

> penyayang lain. Di dalam almari pakaian diperbuat  daripada besi yang

> sudah roboh pintunya dan usang diletakan pakaian harian mereka yang
nampak
> begitu lusuh sekali. Begitu juga dengan kasut sekolah yang begitu usang
tersusun
> di luar asrama menjadikan kami begitu insaf.
>
> Menurut salah seorang pengelola yang ditemui iaitu Puan Noraini, mereka

> baru sahaja mendapat katil daripada Hamba Allah yang perihatin. Sebelum

> ini mereka semua tidur diatas simen berbekalkan tilam buruk aje....

> Menurutnya lagi, anak-anak ini mungkin ada yang tak biasa tidur diatas

> katil, tiba-tiba hilang, bila dicari rupanya tidur  dibawah katil, orang

> dah biasa susah..........

>
> Alhamdullillah, kami difahamkan setakat ini Ustazah dapat menyediakan

> makanan untuk mereka setiap hari walaupun berbekal hanya nasi dengan satu

> jenis lauk sahaja. Anak-anak ini tak kisah makan satu lauk sahaja kerana

> mereka dah biasa susah dan tak makan. Keadaan dapur yang kami lihat amat

> menyedihkan dan serba kekurangan. Menurut Puan Noraini setakat ini
bekalan
> beras belum pernah putus tapi barang-barang lain seperti bawang, cili,

> minyak masak dan sebagainya kadang-kadang menjadi masalah bagi mereka.

> Segalanya bergantung kepada belas ihsan orang ramai.
>
> Kami juga difahamkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah datang dan

> mengarahkan supaya Ustazah Sarimah mencari tempatyang lebih sesuai untuk

> anak-anak Asrama Penyayang ini, tetapi memandangkan dana yang terhad amat

> menyukarkan Ustazah untuk mencari tempat yang lebih selesa. Puan Noraini

> ada menyatakan sekiranya asrama ini di arahkan di tutup maka nasib

> anak-anak orang asli ini akan balik semula pada keadaan mereka yang bukan

> Islam serta anak-anak yatim dan fakir miskin akan hilang tempat berteduh

> dan tidak dapat terus pergi ke sekolah. Maka dalam  keadan yang serba

> kekuranan ini Ustazah Sarimah meneruskan niat untuk mengendalikan asrama

> penyayang ini.
>
> Saudara-saudari boleh merujuk artikel berkenaan Asrama Penyayang Nur Iman

> ini yang dimuatkan dalam Majalah Anis bulan Jun 2005. Asrama ini
memerlukan
> pelbagai bantuan dalam apa jua bentuk seperti bantuan kewangan, pakaian,

> pinggan mangkuk, almari, kerusi meja, kasut sekolah, kasut jalan, alat

> tulis, buku sekolah dan macam-macam lagi...........
>
> Untuk sebarang sumbangan boleh menghubungi terus
> Ustazah Sarimah
> 03-40222404 / 019-2519082 atau disalurkan ke akaun
> AM Finance no.
> 2272021000327.
>
> Sekian terima kasih.

Usatazah Sharimah


(See attached file: DCP_7652 - Bangsal dan Asrama.JPG)(See attached file:
DCP_7655 Bangsal tempat makan-belajar .JPG)(See attached file: DCP_7662
Bilek.JPG)(See attached file: DCP_7659 Ruang Tamu dan Dapur.JPG)(See
attached file: DCP_7660 Almari Pakaian.JPG)(See attached file: DCP_7663
Usatazah Sharimah- kiri.JPG)












(See attached file: DCP_7652 - Bangsal dan Asrama.JPG)(See attached file:
DCP_7655 Bangsal tempat makan-belajar .JPG)(See attached file: DCP_7662
Bilek.JPG)(See attached file: DCP_7659 Ruang Tamu dan Dapur.JPG)(See
attached file: DCP_7660 Almari Pakaian.JPG)(See attached file: DCP_7663
Usatazah Sharimah- kiri.JPG)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke