Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
ISU DEB : Pertelingkahan Umno - MCA sandiwara kukuhkan sokongan politik perkauman
Perhimpunan Umno yang baru berakhir menggambarkan betapa bersungguhnya Umno cuba melakon kan awatak pembela bangsa untuk menyakinkan semua yang bergelkar melayu agar kembali mendokong politik sempit perkauman.
Pemuda Umno khususnya membangkitkan bersungguh sungguh isu menghidupkan DEB (dasar ekonomi baru). Sedar atau tidak sedar dengan membangkitkan isu ini, Pemuda UMNO sendiri mengakui setelah berkuasa sekian lama Umno gagal untuk membela bangsa Melayu itu sendiri.
Seperti dijangka ketika kehangatan dan kesungguhan Umno menyakinkan orang Melayu, MCA melalui Chua Jui Meng telah mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan tindakan Pemuda Umno sebagai langkah kebelakang dan meminggirkan kaum lain khususnya cina. Jui Meng cuba menjadi hero kaum cina dengan memainkan isu ini. Kenyataan ini menjadi serius apabila ia mendapat liputan luas dalam media berbahasa cina.
Angkatan Muda mengajak rakyat melihat ini sebagai satu gimik atau sandiwara politik murahan. Menjadi strategi parti perkauman BN untuk dilihat sentiasa bertikam lidah di media kononya mempertahankan hak kaum yang diwakili. Strategi ini bukan strategi baru kerana gimik seperti ini sering dipakai apabila mereka merasakan sokongan mula lemah ataupun untuk menutup masalah dalaman mereka.
Hakikat sebenar ialah masalahnya bukan penguasaan ekonomi oleh sesuatu kaum atau sesuatu kaum tertinggal tetapi masalah utamanya ialah ekonomi negara dikuasai oleh sekelompok manusia yang dikenali sebagai kroni atau saudara mara (nepotisme) kepada orang politik yang berkuasa.
Angkatan Muda Malaysia memberi amaran kepada semua pengamal politik perkauman supaya berhenti segera memainkan sentimen perkauman melampau kerana ia mampu mengundang bencana dalam negara.
Pendirian Angkatan Muda jelas, membicarakan kepentingan bumiputera tidak bermaksud memijak hak kaum lain dan berbicara mengenai keadilan kaum lain bukanlah mencabuli hak bumiputera.
Angkatan Muda Malaysia menyanjung tinggi dan berusaha memperkukuhkan kontrak social dan perlembagaan yang dipersetujui semua semenjak merdeka.
Sekali lagi ditegaskan bahawa masalah keciciran ekonomi adalah berpunca dari pembahagian ekonomi yang hanya dikuasai kelompok tertentu yang mempunyai kaitan dengan pemimpin politik berkuasa.
Kepada seluruh rakyat Malaysia ayuh kita kuburkan dan jadikan politik sempit perkauman sebagai sejarah negara.
Salam reformasi !
SD Johari Hj Yasin
Setiausaha
Angkatan Muda Malaysia
Get My Web - a better way to save web pages
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
