sekadar utk pengetahuan semua.
Jika ada di kalangan sahabat yg turut sama menyertai debat antara Astora Jabat ( @ Jahat?) vs Dr Mohd Asri di DBP kira2 dua minggu lepas, rasa2nya semua mendengar bila Astora MENGISYTIHARKAN bahawa dia adalah seorang yg tidak bermazhab & tidak berpegang khusus kepada mana-mana 4 mazhab yg besar tu.
So....tak pelik la kan.....

[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum...
 
Problem kalau tanya soalan agama kat Astora Jabat. Astora ni Golongan Liberal dan anti hadis. Golongan Liberal hanya berasaskan dalil bersandarkan Al-Quran dan Hadith Mutawattir (hadith yang banyak perawi). Mereka menganggap bahawa hadith selain daripada hadith mutawatir adalah lemah dan tidak boleh dipercayai. Mereka tak sama golongan macam Ahli Sunnah ( termasuklah 4 mazhab besar) yang lain. Selain daripada hadith mutawatir, golongan Sunnah juga bersandarkan kepada Hadith Ahad yakni jumlah perawi tidak sampai tahap mutawatir, termasuklah hadith Sahih, hasan dll.
   Kalau tanya berkenaan boleh atau tidak makan katak, astora memang cakap boleh. Sebab tidak ada larangan terhadapnya dalam Al-Quran atau mana-mana hadith mutawatir. Jadi, jangan lah bertanya kat Astora Jabat. Sains hadith tidak wujud dalam pemikiran mereka.  
      
Hadith yang mengharamkan katak didalilkan kepada:
 
Dari Abdur Rahman bin Utsman al-Qurasyi, bahwasanya seorang tabib pernah bertanya kepada Rasulullah tentang kodok/katak dijadikan obat, lalu Rasulullah melarang membunuhnya. (HR Ahmad, Abu Daud, Nasai, Al-Hakim, Baihaqi, dan disahihkan
Ibnu Hajar dan Al-Albani).
 
Imam Syafii dan para sahabatnya mengatakan, "Setiap hewan yang dilarang dibunuh, berarti tidak boleh dimakan, karena seandainya boleh dimakan, tentu tidak akan dilarang membunuhnya." (Lihat Al-Majmu' (9/23) oleh Imam Nawawi).
Haramnya katak secara mutlak merupakan pendapat Imam Ahmad dan beberapa ulama lainnya serta pendapat yang sahih dari madzab Syafii. Al-Abdari menukil dari Abu Bakar Sidik r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan Ibnu Abbas r.a. bahwa seluruh bangkai laut hukumnya halal, kecuali katak (lihat pula Al-Majmu' [9/35], Al-Mughni [13/345], Adhwaul Bayan [1/59] oleh Syekh As-Syanqithi, Aunul Ma'bud [14/121] oleh Adzim Abadi, dan Taudhihul Ahkam [6/26] oleh Al-Bassam).
 
rujuk islamqa di http://63.175.194.25/index.php?ln=eng&ds=qa&lv=browse&QR=1919&dgn=4
dan
http://www.ibn-qayyim.info/artikel/viewtopic.php?t=19&sid=6e37eddeea6c06fa4d4d044f47e6d584
 
saya rasa ade juga topik ini dibincang di al-ahkam. Sila rujuk.
 
Wassalam.
 




[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalaamu'alaikum.....
TOLONG BETULKAN KALAU APA YG SAYA NAK KATAKAN NI ADALAH SALAH!
 
Sepanjang pengetahuan saya, Islam mengharamkan kita memakan binatang yg cara makannya adalah dengan menyambar & haiwan yg hidup dalam 2 alam (amfibia).
Dalam hal ini, katak adalah dikategorikan sebagai haiwan amfibia iaitu hidup dalam 2 alam (air & darat) dan kita adalah diharamkan memakannya kecuali dalam keadaan DHARURAT. (bukan tiru @ pinjam kata2 maSHITah ea......)
 
Tak tahu le saya kalau astora dah jumpa HUKUM YANG TERBARU & TERHANGAT DI PASARAN.
Ataupun mungkin dia pun nak jadi maSHITah Jabat pulak.....

Nurul Azliza <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Berikut adalah jawapan Astora tentang keharusan makan katak yang dipetik daripada mingguan malaysia 10 julai 2005.

Apakah hukum makan katak?
Saudara Astora,
Apakah hukum makan katak? Saya pernah termakan katak ketika menuntut di luar negara. Sebenarnya bukan termakan seratus peratus. Pada mula termakan kerana menyangka arnab goreng, tetapi sudah diberitahu saya masih terus makan sehingga habis kerana sedap.

Saya ada dengar dua pandangan mengenai hukum makan katak, iaitu haram dan harus. Yang mana betul antara dua pandangan itu? Saya harap saudara dapat memberikan penjelasan.

- Azmi F.

JAWAPAN:

Hukum makan katak adalah harus kerana Allah tidak pernah menyebut dalam al-Quran bahawa haiwan itu haram dimakan. Bagaimanapun, hukum makan katak sama juga dengan hukum makan kura-kura, tupai dan sebagainya, iaitu ia terserah kepada pertimbangan masing-masing serta adat kebiasaan yang diamal dalam masyarakat. Jika ada yang berselera dan adat kebiasaan masyarakat pula tidak menganggap menjadi jelek dan keji, maka dianggap boleh makan. Jika sebaliknya, maka dianggap tidak boleh makan.

Bagaimanapun, tiada barangkali orang Melayu yang tergamak makan katak kerana adat kebiasaan yang diamal turun-temurun tidak membenarkan mengamal perkara itu.

Tamat jawapan saudara Astora.


Start your day with Yahoo! - make it your home page

Assalamulaikum wbt
Groups ini diwujudkan untuk merapatkan hubungan sesama muslim di alam cyber. Adalah diharapkan ahli group ini dapat menghantar artikel yang dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan-Nya.
Kebaikan harus dilakukan walau di mana kita berada
untuk melanggan email ke : [EMAIL PROTECTED] untuk menghantar message ke: [EMAIL PROTECTED]

www.yahoogroups.com/group/ingatan
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
BELILAH BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM, BANTULAH EKONOMI ISLAM

Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T


All views expressed herein belong to the individuals concerned




YAHOO! GROUPS LINKS





Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses.


Start your day with Yahoo! - make it your home page

Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke