Tuesday, July 26 @ 12:55:55 MYT
Kerana kesal dengan nasibnya selepas tidak berkuasa lagi
Oleh Mohd Sabri Said
KULIM, 26 Julai (Hrkh)- Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, ada kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di pentas pembangkang pada masa depan ekoran terlalu kecewa dengan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini.
Jelasnya, tidak ada dalam sejarah orang yang melepaskan jawatan presiden parti lari meninggalkan negara dalam saat-saat parti yang pernah dipimpinnya mengadakan Perhimpunan Agung di Pusat Dagangan Dunia Putra.
"Tidak mustahil bekas Perdana Menteri kita boleh ulangi sejarah lamanya berada di pentas pembangkang jika kepimpinan Umno terus bersikap angkuh berikutan orang harapannya kini tidak lagi bersama malah kerap menyalahkan dasar kepimpinan masa lalu sehingga boleh menyebabkan orang Melayu ketinggalan dalam pendidikan, ekonomi dan agama, " jelasnya ketika berceramah di Kampung Bikan, Kulim baru-baru ini.
Menurut beliau, jika tidak bersama pembangkang pun beliau akan menyendiri dan akhirnya mati dalam kekesalan.
Mohamad berpendapat, Tun Dr. Mahathir begitu marah cara Perdana Menteri sekarang, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz yang membuka ruang individu memperolehi Permit Impot (AP) sehingga menjejaskan penjualan kereta nasional (Proton).
"Dr.Mahathir sudah terlalu kecewa dengan pentadbiran pengantinya yang kelihatan mahu meruntuhkan idea meletakkan Malaysia di arena pembuatan kereta sendiri. Maka, beliau memprotes dengan tidak hadir ke Perhimpunan Agung Umno dengan alasan bercuti di luar negara, " tegas beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.
Kini kata Haji Mohamad, baru Dr. Mahathir sedar tanpa kuasa dirinya boleh dipermainkan begitu sahaja.
Menyentuh mengenai ucapan perwakilan Umno yang banyak memperkatakan mengenai ketuanan Melayu beliau membidas, usah bercakap tentang ketuanan Melayu kerana selama ini Umno yang memerintah tidak melaksanakan sesutau untuk kepentingan bangsanya melainkan untuk kepentingan kroni mereka sahaja.
Umno sengaja apikan sentimen Melayu
Umno sengaja katanya, mengapi-apikan sentimen perkauman apabila merasakan parti mereka sudah lemas.
Tambahnya, semasa parti mana memerintah seramai 120,000 orang anak melayu terkandas ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA), setengah sejuta Melayu terbabit dengan dadah, tanah Melayu semakin hilang serta ramai penganut Islam meninggalkan agamanya.
"Ingat dak lagi peristiwa Umno lemas pada tahun 1980an. Di mana mereka sengaja menimbulkan isu perkauman untuk menutup malu ekoran kegagalan kerajaan tapi yang ditangkap pimpinan pembangkang, " kata beliau dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Padang Serai.
Turut berceramah sama dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Ustazah Aishah Ghazali.
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Hasan Razak dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kedah, Awang Salahudin Hashim.
- zs
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
