"Awal perkahwinan memang payah, dengan gaji Idris yang kecil mana mungkin dia boleh menyelesaikan bayaran rumah dan kereta sekali gus. Tentu saja Shikin harus membantu dan mengagihkan beban kewangan sama rata. Kata Shikin awalnya dia sangat kecewa tetapi lama kelamaan dia mampu menerima Idris dengan kekurangannya itu."
cuba tgk statement kat atas nie .... mmg sifat org perempuan nie berkira kot??? kalau bab nak menghabiskan duit lelaki.... seronok dah cepat jeee... tapi kalau kena keluarkan duit untuk membantu rumahtangga sendiri, boleh pulak nak rasa kecewa.... hmmmmmm... --- [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: > Kesuma Dewi: Untungnya isteri dapat memahami > kekurangan suami > > > Mungkin kerana lebih ramai wanita yang bergelar > graduan, lebih ramai wanita yang bijak pandai dan > memegang jawatan penting di pelbagai jabatan > kerajaan atau sektor swasta, justeru bukan sesuatu > yang luar biasa sekarang ini lelaki kurang > berpendidikan menikahi jurutera, peguam, arkitek, > doktor atau pun guru. > > Bukanlah menghina lelaki tetapi itu senario yang > biasa kita lihat hari ini.Isterinya doktor, suaminya > budak pejabat. Isterinya peguam, suaminya polis > pangkat rendah. Untuk bahagia bukan jawatan jadi > ukuran dan tidak pula tok kadi akan bertanya apa > kelulusan awak untuk menikahi pengantin perempuan? > Tidak sama sekali. > > Tetapi, janganlah lelaki yang sekadar lulusan > sekolah menengah ini tidak berbuat apa-apa untuk > memperbaiki diri semata-mata isteri bergaji besar. > > Mas, seorang pensyarah, antara wanita yang menikahi > lelaki tidak setaraf pendidikan dengannya. Mas > mengenali suaminya Hussin, seorang tentera lulusan > Sijil Rendah Pelajaran dalam satu aktiviti Palapes > yang dianggotainya ketika di kampus. > > Dari situ cinta berputik dan tanpa halangan dari > keluarga mereka berkahwin. Sudah lima tahun melayari > bahtera perkahwinan dan dikurniakan tiga anak, kasih > sayang antara mereka semakin erat dan menerima > kelebihan dan kekurangan masing-masing seadanya. > > Tapi bagi Shikin pula, wanita lulusan perakaunan ini > bernikah dengan kerani jabatan kerajaan yang katanya > secara tidak sengaja. Waktu itu dia baru putus cinta > dan hatinya terubat dengan perkenalan di alam siber > dengan Idris. > > Pada awal perkenalan pun Idris tidak pernah menipu > tentang statusnya, kelulusan dan pekerjaannya. > Walaupun tahu gaji Idris kurang berganda daripada > gajinya, Shikin menerima juga Idris. > > Awal perkahwinan memang payah, dengan gaji Idris > yang kecil mana mungkin dia boleh menyelesaikan > bayaran rumah dan kereta sekali gus. Tentu saja > Shikin harus membantu dan mengagihkan beban kewangan > sama rata. > > Kata Shikin awalnya dia sangat kecewa tetapi lama > kelamaan dia mampu menerima Idris dengan > kekurangannya itu. > > Sudah tertulis jodoh dengan Idris, dia tidak kaya > harta dan selalu tidak cukup duit, tapi saya > hormatkan dia kerana dia kaya budi bahasa, sangat > bertanggungjawab, tidak pernah meninggikan suara > jauh sekali menengking dan bermasam muka. Dia juga > sentiasa cuba mencari duit lebih dengan berniaga di > pasar malam. > > Dari cara kisah Mas dan Shikin, sebenarnya tidak > salah untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak > setaraf pendidikannya dengan kita. Apa yang penting > saling memahami dan menerima kekurangan dirinya > sedapat mungkin. > > Tapi perlu juga si suami memperbaiki diri sendiri. > Kalau tidak mampu sambung belajar mungkin boleh > mencari jalan mencari duit lebih buat menampung > belanja jangan pula semua hal kewangan rumah tangga > ditanggung isteri. Perempuan memang insan yang sabar > dan lembut tapi suatu hari apabila kesabaran sudah > pudar, tentu saja dia akan pergi tanpa menoleh lagi. > > > > > Send instant messages to your online friends > http://asia.messenger.yahoo.com ____________________________________________________ Start your day with Yahoo! - make it your home page http://www.yahoo.com/r/hs -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
