Dr M: Rafidah tidak buat kenyataan benar mengenai isu AP

Bekas Perdana Menteri dan Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz telah tidak membuat kenyataan yang benar mengenai isu AP kereta kepada perwakilan Umno baru-baru ini.

Berbeza dengan matlamat asal pemberian AP untuk meningkatkan bilangan bumiputera dalam industri kereta, Dr Mahathir berkata, pemberian AP telah menguntungkan segelintir bumiputera, terutama apabila dua tiga orang yang tidak ada kedai (bilik pameran) mendapat beribu-ribu AP.

Katanya, pertikaian mengenai isu AP bukanlah perbezaan kenyataan antara mana-mana individu atau antara menteri dengan pesara (dirinya sendiri), sebaliknya, ia adalah berkenaan sebuah perusahaan nasional.

Menurut laporan Bernama, antara isu yang dipertikaikan ialah semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tidak ada keputusan oleh kerajaan untuk tidak mengisytiharkan nama-nama pemegang AP kepada orang ramai.

"Mungkin kerajaan sekarang telah membuat keputusan ini (untuk tidak mengisytiharkan nama-nama berkenaan).

"Soalnya ialah apakah keputusan ini (untuk tidak mengisytharkan nama-nama itu) dibuat sebelum atau selepas menteri membuat kenyataan bahawa dasar kerajaan tidak membenarkan nama-nama pemegang AP diumumkan," katanya dalam kenyataan 21 perkara yang dikeluarkan hari ini.

‘Saya belum nyanyuk’

Dr Mahathir berkata dakwaan Rafidah di Perhimpunan Agung Umno dan juga dalam temuramah televisyen bahawa "saya mungkin sudah lupa itu dan ini" adalah tidak benar.

"Walaupun saya sudah berusia 80 tahun saya belum lagi nyanyok," katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata walaupun tidak ada larangan secara rasmi bahawa pegawai yang baru bersara diberi peluang istimewa oleh kerajaan, tetapi umum tertanya-tanya "kenapa bekas pegawai ini, dengan tidakpun memiliki syarat-syarat yang ditetapkan telah diberi beribu-ribu AP."

Katanya ramai peniaga kereta yang termasuk ahli Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) telah meminta AP tetapi tidak dapat.

"Mereka juga tidak diberitahu berkenaan kategori AP Francais.

"Jika mereka telah menerima AP kategori ini yang melayakkan anugerah AP yang banyak," katanya.

Pengenalan AP francais ini tidak diumum kepada peniaga kereta secara terbuka, kata Dr Mahathir.

Katanya tiba-tiba kategori ini diperkenalkan dan orang tertentu mendapat AP yang begitu banyak dalam kategori.




Berikutan adalah kenyataan penuh Dr Mahathir


1. Penjelasan ini ingin saya buat kerana akhbar dan TV tidak mungkin melapor semua fakta-fakta kepada orang ramai.

2. Soal Proton bukan soal perbezaan kenyataan antara mana-mana individu, atau perkelahian antara Menteri dengan pesara. Sebaliknya ia adalah berkenaan sebuah perusahaan nasional. Di zaman di waktu mana banyak perusahaan kereta bermotor sudah bankrap dan tutup kedai, umpamanya Austin, Morris, MG-Rover dan lain-lain, dan syarikat gergasi seperti General Motors dan Chrysler sudah bankrap, Proton masih hidup dan subur, mempunyai wang tunai lebih daripada 2 billion Ringgit dan tidak bergantung kepada Kerajaan atau bank untuk melabur lebih daripada 2 billion Ringgit dalam kilangnya yang baru di Tanjung Malim. Sedikit sebanyak kejayaan ini tentulah hasil pengurusan yang cekap, lebih-lebih lagi memandangkan kesan daripada import kereta buatan asing yang begitu banyak dengan harga import yang begitu murah.

3. AP (Approved Permit) mula dikeluar pada tahun tujuh puluhan, sebelum ada Proton. Pada masa itu orang Melayu tidak dapat masuk perniagaan kereta kerana ejen-ejennya seperti Kah Motors (Honda), UMW (Toyota) dan Cycle and Carriage (Mercedes) dan lain-lain terdiri daripada bukan bumiputra. Mereka enggan memberi peluang bagi peniaga bumiputra.

4. Kereta-kereta yang dipasang dalam negara atau diimport oleh ejen/dealer (pengedar)/pengimport yang rasmi tidak boleh diimport oleh sesiapa lain tanpa membayar “over-riding” komisyen kepada ejen rasmi.

5. Justeru itu AP diberi untuk import kereta terpakai yang telah dibaiki (recon cars). Walaupun ramai bumiputra yang menjual AP tetapi terdapat bumiputra yang berjaya dalam bidang perniagaan ini. Di antara mereka ialah Tan Sri S. M. Nasimuddin S. M. Amin. Tanpa AP ini tidak mungkin ada peniaga kereta bumiputra sebelum Proton dikeluarkan. Apabila Proton dikeluarkan ramailah bumiputra yang berjaya menjadi ejen penjual kereta Proton.

6. Pengeluaran Proton berjaya mengurangkan import kereta buatan asing oleh ejen-ejen bukan bumiputra. Sudah tentu lebih banyak permintaan untuk Proton lebih ramailah ejen bumiputra, dan lebih larislah penjualan oleh mereka.

7. Sebaliknya apabila AP diberi dengan lebih banyak kepada sebilangan yang kecil bumiputra, dan mereka ini pula tidak ada apa-apa persediaan untuk berniaga, maka tentulah jumlah peniaga kereta bumiputra tidak bertambah dengan banyak dan penjualan Proton oleh ejen-ejen Proton yang terdiri daripada bumiputra tidak akan laris. Lagipun harga kereta asing yang diimport dengan AP ini terlalu rendah, yang mana ini membolehkan kereta ini diberi diskaun yang tinggi dan penjualan menjadi laris. Di masa yang sama ejen Proton tidak dapat di tambah.

8. Jelas sekali pemberian AP ini menguntungkan segelintir bumiputra tertentu dan merugikan ejen Proton, bumiputra terutamanya, serta mengurangkan peluang bumiputra lain untuk menjadi peniaga kereta Proton. Tidaklah benar pengeluaran AP yang banyak menambah bilangan bumiputra dalam perniagaan kereta, terutama apabila dua tiga orang yang tidak ada kedai mendapat beribu-ribu AP.

9. AP terbuka dahulu membolehkan pemegang mengimport pelbagai jenama. Apabila diperkenalkan AP francais maka hanya mereka yang dapat francais ini sahaja yang boleh mengimport jenama berkenaan. Mereka yang dahulu dibenarkan mengimport melalui AP terbuka, sekarang tidak lagi dapat mengimport jenama berkenaan. Yang mendapat francais ini bukanlah peniaga kereta tetapi bekas pegawai Kementerian. Mereka ini mendapat beribu-ribu AP walaupun tidak ada kemudahan untuk memasang atau menjual kereta-kereta ini. Mereka hanya menyerah (dengan bayaran tertentu) kepada pihak yang mampu memasang dan menjual kereta jenama tertentu ini.

10. Soal kualiti Proton tidak timbul kerana Proton berjaya menembusi pasaran yang canggih seperti United Kingdom dan Australia. Namun keluaran model baru tetap mempunyai sedikit kecacatan. Berpuluh ribu kereta jenama terkenal biasa di tarik balik kerana kecacatan tertentu. Ini termasuk Mitsubishi, Chevrolet, Ford dan lain-lain.

11. Penjelasan ini dibuat demi maruah dan kepentingan negara dan sebuah perusahaan nasional yang berjaya. Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam Proton. Saya tidak menerima barang satu sen pun sebagai penasihat Proton. Jika anak saya dapat sebilangan yang kecil (95 AP) untuk kereta Porsche, ia adalah mengikut syarat. Untuk menjual 50 biji kereta jenama ini tidak mudah. Janganlah seperti dahulu mengaitkan keluarga saya apabila perbuatan yang tidak harus dibuat dilakukan.

12. Saya terpaksa mendedah sepenuhnya kerana kepentingan perusahaan negara, bukan seperti yang didakwa oleh seorang penulis akhbar berbahasa Inggeris kerana saya tidak dapat AP.

13. Saya telah terima surat penjelasan daripada YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya dapati isi kandungan surat berkenaan serta lampiran tidak menjadi bukti akan kebenaran dakwaan YB Menteri berkenaan.

i) Kelulusan untuk Naza Ria menjadi kereta nasional;

ii) Jumlah AP yang dikeluarkan pada 2004 – 2005;

iii) Asas dan syarat untuk keluaran AP;

iv) Jenis AP yang dikeluarkan;

v) Nama-nama mereka (syarikat/individu) yang mendapat AP, dan jumlah yang didapati masing-masing.

14. Di mesyuarat Agong Umno pula YB Menteri telah buat beberapa dakwaan yang tidak benar. Juga dalam temuramah TV Menteri mendakwa bahawa saya mungkin sudah lupa itu dan ini. Walaupun saya sudah berusia 80 tahun saya belum lagi nyanyok.

15. Pada mulanya setelah menjawab surat Menteri dengan salinan kepada Kabinet saya tidak berhajat untuk membuat apa-apa kenyataan lagi. Terpulanglah kepada Kabinet untuk menentukan apakah yang benar dan apa yang tidak benar. Tetapi oleh kerana YB Menteri tidak membuat kenyataan yang benar kepada perwakilan Umno dan orang ramai, maka terpaksalah saya membuat penjelasan.

16. Semasa saya jadi Perdana Menteri tidak ada keputusan oleh Kerajaan untuk tidak mengisytihar nama-nama pemegang AP kepada orang ramai. Mungkin Kerajaan sekarang telah membuat keputusan ini. Soalnya ialah apakah keputusan ini dibuat sebelum atau selepas YB Menteri membuat kenyataan bahawa dasar Kerajaan tidak membenarkan nama-nama pemegang AP diumumkan.

17. Saya pernah menjadi Menteri Perdangangan dan Industri. Penjelasan oleh YB Menteri bahawa apabila beliau mengambilalih Kementerian terdapat ramai yang diberi AP yang tidak memenuhi syarat dan beliau membatalkan AP kepada mereka, mencerminkan ketegasan YB Menteri pada masa itu. Siapakah Menteri Perdagangan dan Industri yang mendahului YB Menteri sekarang? Jika tidak disebut mungkin ada yang memikir sayalah orangnya.

18. Pemberian AP kepada bekas Pegawai Kerajaan. Walaupun tidak ada larangan secara rasmi bahawa pegawai yang baru bersara (secara pilihan) diberi peluang istimewa oleh Kerajaan, tetapi umum tertanya-tanya kenapa bekas pegawai ini, dengan tidak pun memiliki syarat-syarat yang ditetapkan telah diberi beribu-ribu AP.

19. Kita tahu ramai daripada peniaga kereta, termasuk yang menjadi ahli Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah meminta AP tetapi tidak dapat. Mereka juga tidak diberitahu berkenaan kategori francais dari exporter yang jika didapati melayakkan anugerah AP yang banyak. Pengenalan AP francais ini tidak diumum kepada peniaga kereta secara terbuka. Tiba-tiba kategori ini diperkenalkan dan orang tertentu mendapat AP yang begitu banyak dalam kategori ini. Dan pemegang AP yang dahulu dapat mengimport jenama francais tidak lagi dibenar mengimport jenama ini.

20. Saya tidak irihati dengan orang Melayu yang menjadi kaya. Tetapi kekayaan mereka hendaklah dengan jalan yang sah. Saya telah berkali-kali menegur mereka yang menjual AP untuk kaya cepat. Ternampak jelas yang penjualan AP berleluasa sekarang. Adalah menjadi tanggungjawab seseorang Menteri untuk memerhati keadaan supaya sebarang penyelewengan tidak berlaku.

21. Butiran terperinci berkenaan surat-menyurat antara pihak-pihak berkenaan akan disusuli kemudian untuk mengelak daripada pertikaian.

Rafidah misled Umno over AP scandal, says Dr M


International Trade and Industry Minister Rafidah Aziz misled Umno delegates over the Approved Permits (AP) scandal, claimed former premier Dr Mahathir Mohamad.

In a 21-point statement today, he also responded to Rafidah’s allusion that he does not remember certain facts.

Mahathir said her allegations at last week’s Umno general assembly and during interviews that "I might have forgotten this and that" was not true.

"Although I am already 80 years old, I am not senile," he was quoted as saying by national news agency Bernama.

Mahathir had earlier today at a press conference called on the government to release the complete list of AP holders since the practice began in the 1970s.

According to him, the "people should know the whole truth and nothing but the truth".

He questioned why only the list for 2005 was made public.

"Once you have released, release everything because people may feel suspicious. I like people to think that the government is transparent as promised, and will give all figures.

"When I was prime minister, and I was accused of giving contracts to cronies, I took out the whole pile showing out all the contracts and put that out unamended," he was quoted as saying by the Star.

Contrary to the original aims of the issuance of APs which was to raise the number of bumiputeras in the auto industry, Mahathir said the permits have only enriched certain individuals.

This was especially so when two or three individuals without showrooms had obtained thousands of such permits, he explained.

He also said the clash over the APs issue was not a difference in statements between individuals or the minister and a retiree (himself), but about a national industry.

There was never any decision by the government during his tenure as prime minister not to release the list of names of AP recipients to the public, he claimed.

"Perhaps the decision (not to release the names) was made by the present government. The question is whether the decision was made before or after the minister announced that the government's policy was not to release the names of AP holders," he noted.

Franchise AP

Mahathir, who is now Proton adviser, said that although there were no official restrictions over retired government officers receiving special privileges, the public is asking "why only this officer got thousands of APs when he has not even fulfilled the required conditions".

He said many auto dealers, including the Malay Automobile Importers and Distributors of Malaysia had asked for the APs but did not get these.

"They were also not told about the franchise category of APs. If they had received APs under this category, there would have been more AP holders," he said.

In the statement which contained a number of sarcastic remarks, Mahathir said the availability of ‘franchise APs’ was not announced to car dealers openly, but that the sudden introduction had benefited certain individuals.

The former premier had opened a can of worms when he recently lashed out at the government for allowing foreign cars to be brought in cheaply, thus affecting national cars.

He also questioned why certain individuals had received thousands of permits. Subsequently the Prime Minister’s Department released the list of AP holders.

It was revealed that four individuals held a total exceeding 25,000 APs to import luxury cars into the country over the last three years.

The scandal led to certain quarters calling on Rafidah to resign.


Salient points of Mahathir's statement

  • My son received a small number of APs (95) to import the Porsche, but he fulfilled the conditions. To sell 50 cars of this model is not easy. Don't linked my family whenever something that should not be done happened.
  • I am forced to reveal everything to protect the interest of the national car industry and not "because I did not get APs" as claimed by an English newspaper.
  • I have received the letter of explanation from the minister of international trade and industry (Rafidah Aziz). I found that the content of the letter and attached documents did not prove the claims made by the minister. They included the approval for Naza Ria to be accorded national car status, the number of APs issued between 2004-2005, the terms and conditions for issuing the APs, the types of APs issued, names of those (companies and individuals) who received APs and the total they received respectively.
  • The allegation made by the minister at the Umno general assembly and during TV interviews that I might have forgotten this and that was not true. Although I am already 80 years old, I am not senile.
  • At first, after replying to the minister’s letter, a copy of which was sent to the cabinet, I did not have the intention of making any more statements. It was up to the cabinet to determine what is true and what is not true. However, because the minister did not speak truthfully to Umno delegates and the public, I was forced to make a clarification.
  • During my tenure as prime minister, there was never any decision by the government not to release the list of names of AP recipients to the public. Perhaps the decision was made by the present government. The question is whether the decision was made before or after the minister (Rafidah) announced that the government's policy was not to release the names of AP holders.
  • I was once trade and industry minister. The explanation by the minister (Rafidah) that she cancelled many of the APs of holders who did not fulfill conditions when she took over the ministry showed how strict she was then. Who was her predecessor at that time? As this was not mentioned, some might think I was the person.
  • I am not envious of Malays becoming rich. But their wealth must be obtained in the right way. I had many times ticked off those who sell their APs to get rich quickly. It is clear that the problem of APs being sold is now widespread. It is the responsibility of a minister to monitor the situation to ensure such abuses do not occur.


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke