Menjelang pilihan raya IPTA - Gerakan pro kerajaan mula sebar dakyah
Friday, July 29 @ 11:38:17 MYT


(Bahagian I)

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Desas-desus mengatakan bahawa pilihan raya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diadakan pada awal September ini.

Pilihan raya IPTA bolehlah diibaratkan sama seperti Pilihan Raya Umum (PRU) dimana senarionya hampir sama dengan pertembungan yang berlaku dalam PRU, kata seorang sumber.

Baru-baru ini penulis sempat bertemu dengan beberapa mahasiswa di dua buah IPTA yang terkemuka di Lembah Kelang.

Seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Aidil Shahime berkata, kumpulan yang didakwa pro aspirasi kerajaan telahpun memulakan gerak saraf mereka menyebar dakyah kepada pelajar baru.

Mereka bergerak dari kolej ke kolej secara berkumpulan dan juga melalui individu, katanya.

Mereka juga menggunakan pentas-pentas rasmi termasuk program orientasi dan persatuan dalam memancing undi dan terus memburuk-burukkan kumpulan yang didakwa sebagai pro pembangkang, katanya.

"Kami Mahasiswa yang menuntut keadilan tidak mahu perkara yang sama iaitu penyelewengan seperti Pilihanraya IPTA sesi lepas berlaku lagi.

"Kami tidak mahu jika tidak bertanding di bawah kumpulan pro kerajaan nanti kami digelar pro pembangkang," katanya semasa ditemui di kampusnya semalam.

Sementara itu seorang lagi mahasiswa dari kampus yang berbeza berkata, di kampusnya beliau mendapat maklumat bahawa ada pertemuan antara kumpulan pro aspirasi dengan 'orang luar'.

Beliau mendakwa, pertemuan itu antara lain membincangkan soal strategi pilihan raya di kampusnya dan kemungkinan kerjasama 'orang luar' itu.

Tindakan ini sebenarnya hanya akan memburukkan lagin proses pilihan raya IPTA yang sebelum inipun berlaku secara tidak telus, katanya. - wn

(Ikuti sambungan pendedahan isu ini minggu hadapan dalam Harakahdaily.net)


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke