|
Tahniah....minyak naik lagi....
yg masih buta....celikkan mata....
hanya sebab nak elak penyeludupan...
rakyat di kambing hitam kan.....
alasan minyak masih murah berbanding
negara lain...itu omong2 pada org2
kampung
yg tak belajar ekonomi...depa pi convert
matawang
tu buat pa.....ingat org tak sekolah
ka....
so fikir2..renung2.....mati atau tak makan ke
kita
kalau buat perubahan.....!!!
----- Original Message -----
Sent: Monday, July 25, 2005 9:30 PM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Re:
Akademi Pengajian Tinggi Nasional & Tabung Amanah Pelajar Miskin:
Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Umno Ingat
Negara Ini Mak Bapak Dia Yang Punya
Dalam sesi perbahasan
Perhimpunan Agung Umno yang baru selesai dua hari lepas, Mohd Kamal Saidin,
perwakilan dari Kedah mencadangkan supaya ditubuhkan Akademi Pengajian
Tinggi Nasional, yang antara lain tujuannya adalah mengâumnoâkan
pemikiran para ahli akademik dan pegawai di institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan, Kelak ahli akademik dan pegawai ini akan dapat pula
mencorakkan pemikiran mahasiswa supaya juga diâumnoâkan seperti mereka,
rasionalnya kerana kakitangan kerajaan ada Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) dan para guru mempunyai Institut Aminuddin Baki. Ditambah lagi
dengan senario di beberapa institusi pengajian tinggi tempatan seperti
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) yan g kuat dipengaruhi oleh golongan pro pembangkang. â Laporan
Malaysiakini.Com
Habis, apa salahnya jika para ahli akademik atau
pegawai institusi pengajian tinggi punya aliran pemikiran yang berbeza
dengan Umno dan Barisan Universiti? Apakah pemimpin dalam Umno seperti Kamal
Saidin merasa mereka lebih kecendekiawanannya berbanding dengan para intelek
di institusi-institusi ini? Institusi Pengajian Tinggi seharusnya bebas
untuk melahirkan pemikiran mereka, sama ada pro atau kontra, kerana inilah
keagungan mereka, mereka sememangnya perlu kritis, kreatif dan ada upaya
untuk melahirkan idea-idea dan gagasan-gagasan baru tanpa kongkongan,
apalagi kongkongan politik. Menggunakan kuasa politik untuk mengongkong
institusi pengajian tinggi adalah sangat salah dan contoh salah guna kuasa
yang jelas, bakal menumpulkan kecendekiawanan para ahli akademik dan
mahasiswanya. Bukti ketumpulan ini sudah di depan mata, bila lepasan
institusi pengajian tinggi swasta lebih laku berbanding denga n lepasan
institusi pengajian tinggi awam di pasaran kerja tempatan.
Tidak
cukupkah lagi dengan perlantikan Naib Canselor Universiti (terbaru di
Universiti Utara Malaysia) yang lebih berpaksikan merit âUmnoânya
berbanding dengan merit akademiknya? Tidak cukupkah lagi dengan adanya Biro
Tatanegara (BTN) yang begitu hodoh dan memualkan, yang kalau boleh bukan
sahaja mahu membasuh fikiran para pelajar dan kakitangan kerajaan, tetapi
seluruh rakyat Malaysia, bahawa Umno itu baik, Barisan Nasional itu baik,
yang tidak bersetuju dengan Umno dan Barisan Nasional itu semua jahat, yang
memimpin gerakan menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional itu semuanya jahat,
tidak bermoral, tidak patriotik, mahu menghancurkan negara, peliwat dan
sebagainya? BTNlah sepatutnya yang paling awal mesti diseret ke mahkamah
untuk didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghasut rakyat untuk
mempercayai pelbagai fitnah bikinan Umno dan Barisan Nasional. BTN juga
harus diseret ke mahkamah atas tuduhan menghina demokrasi di Malaysia, yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan cuba mempengaruhi rakyat
bahawa Malaysia hanya sesuai di perintah oleh sistem satu parti sahaja,
iaitu Barisan Nasional.
Tidakkah Kamal Saidin ini sedar bahawa para
pegawai seperti di BTN, ataupun Akademi Pengajian Tinggi Nasional yang
dicadangkan itu, gaji mereka bukan dibayar oleh Umno dan Barisan Nasional,
mereka bukan terima cek daripada Bendahari Umno atau Barisan Nasional,
rakyat yang membayar gaji mereka! Rakyat yang bukan sahaja membayar cukai
saban tahun, tetapi hampir setiap hari apabila membeli barangan atau
perkhidmatan.
Tidak cukup dengan itu, Kamal Saidin juga mencadangkan
supaya kerajaan mewujudkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dengan
peruntukan RM250 juta setahun, yang mana mengikut beliau wang dana ini
haruslah disalurkan melalui Umno selain Jabatan Pendidikan. â Laporan
Berita Harian
Alasannya kerana dikhuatiri orang bukan Umno akan
mendapat wang bantuan ini. Jelas ini memaparkan sikap Umno yang menganggap
bahawa setiap sen harta negara ini adalah mak bapak mereka yang punya,
seperti mana yang selalu kita lihat dalam hal-hal penyalahgunaan kuasa
kecil-kecilan oleh Umno di kampung-kampung, seperti salah guna balai raya,
dewan serbaguna, padang majlis perbandaran dan sebagainya, biasalah, mak
bapak mereka yang punya!
Apakah semua pemimpin Umno sememangnya
seperti Kamal Saidin, buta kayu tentang demokrasi? Atau sengaja dibiarkan
buta oleh pemimpin-pemimpin besar mereka? Sehingga tidak tahu tentang konsep
pemisahan kuasa dalam sebuah negara demokrasi? Tidak tahu bahawa parti
politik seperti Umno dan Barisan Nasional hanyalah sebahagian dari kerajaan,
itupun kerana mereka memenangi pilihanraya. Tidakkah mereka belajar bahawa
parlimen itu juga adalah sebahagian kerajaan, di dalamnya ada wakil dari
parti pemerintah, ada wakil dari parti pembangkang. Dewan Undangan Negeri
itu juga sebahagian dari kerajaan, di dalamnya ada wakil dari parti
pemerintah, ada wakil dari parti pembangkang. Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri bukan Umno, bukan Barisan Nasional! Kerajaan juga termasuklah
kementerian-kementerian (bukan menteri sahaja), jabatan-jabatan, badan-badan
berkanun dan suruhanjaya-suruhanjaya, kesemua ini juga bukan Umno atau
Barisan Nasional! Sekali lagi bukan Bendahari Umno atau Barisan Nasional
yang mengeluarkan cek untuk membina semua ini atau membayar gaji
pegawai-pegawainya saban bulan, sebahagian besarnya datang dari titik peluh
rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan.
Saya mula tertanya-tanya,
siapa sebenarnya yang galak menanam bibit-bibit benci sesama kita. Bagi saya
tidak berpecah Melayu hanya semata-mata parti politik yang pelbagai,
sekurang-kurangnya kita mampu mengumpulkan lebih banyak pandangan dari lebih
ramai barisan kepimpinan, tetapi sikap pemimpin Umno seperti Kamal Saidin
inilah yang sebenarnya memecahkan Melayu, â⦠dikhuatiri orang bukan Umno
akan mendapat wa ng iniâ¦,â siapa yang mahu dibantu ini? Anak-anak atau
adik-adik pintar kita yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran. Mereka
masih anak-anak, kenapa perkiraan politik kita tertuju kepada mereka? Kenapa
mereka menjadi mangsa pilih kasih politik? Mereka tidak bersalah, bayangkan,
mereka cuma lepasan SPM atau STPM, mereka memang âorang bukan Umno,â
tetapi mereka juga âorang bukan mana-mana parti politik, sama ada parti
yang memerintah atau parti pembangkang.â Kamal Saidin sedang memperjudikan
masa depan anak bangsa kita sendiri. Atau Umno terfikir untuk meletak syarat
kepada anak-anak dan adik-adik kita ini untuk mengisi borang Putera Umno
terlebih dahulu, barulah kemudiannya mereka diberi bantuan. Bagi pemimpin
Umno seperti Kamal Saidin ini, Malaysia ini memang mak bapak dia yang
punya!
Apakah Pak Lah tersenyum di atas pentas ketika Kamal Saidin
membahaskan soal ini? Tentulah Kamal Saidin ini salah seorang dari
kepimpinan Umno, sekurang-kurangnya di Negeri K edah, beginikah mentaliti
mereka? Cadangan Kamal Saidin jelas satu bentuk salah guna kuasa, sama
tarafnya dengan rasuah atau disebut oleh Umno sebagai politik wang. Anehnya
kepada perwakilan Umno, ia seperti satu gagasan yang mulia (kerana tiada
bantahan), kononnya atas tujuan memartabatkan bangsa. Piiirahhh!
Di
mana integriti yang Pak Lah perjuangkan? Saya tidak jumpa.
Yahoo!
Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling
worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
|