Lupa nak update , Mawi dah masuk final , keluar muka depan diMM . Pakai gelombang TsuMAWI akan melanda sakan la jawabnya . Teringat saya akan pesan Nabi - peristiwa diakhir zaman . Tak payah sebut satu persatu disini sebab kita dah sedia maklum , cukup kalau disebutkan yang mungkar akan kelihatan baik sedangkan yang makruf akan kelihatan janggal . Last week diDebat Perdana didebatkan pasal hiburan ni . Yang menentang dianggap sebagai golongan lemah dan
mudah takut malah dicap sebagai membincangkan isu remeh temeh . Dia kata kalau iman kuat semua ni tak jadi hal , yang penting ialah kekentalan hati walaupun si Inul dengan goyang gerudinya tak jadi hal !
So apa nak kata , dewasa ni suara makruf semakin lemah dan ajakan mungkar semakin dapat tempat dalam media dan dihati pendengar .
Diceramah ceramah pun para ust menyentuh isu ni tapi yg mendengar tak seberapa cuma ..
Diakhir zaman satu sunnah yang nak ditegakkan ibarat mengenggam
bara api - susah dan payah tapi itulah ujian sebab hidup ni pun satu ujian
yang maha hebat , cuma segelintir saja yang akan selamat .

A few of my ladies friends jadi mangsa kemungkaran manusia. Oleh kerana di kurniakan rupa paras yang cantik, waktu di interview si penginterview yang memang nyata orang melayu dan islam bagi syarat, kami boleh hire you kerja sini tapi dengan syarat buka tudung. Ni bukan isolated case a few dah terjadi. Jadi tepuk dada tanya iman. Walau pun company tu bukan company yang diragui tapi kalau kerja perlu melakukan kemungkaran begini nak terima ke? Kalau dah tau company yang nak kerja tu melakukan kerja2 syubahah kenapa yang apply kerja sana? Ada banyak lagi kerja tempat lain takkan ini kira darurat jugak? Serupalah macam orang2 melayu ramai yang kerja di kilang buat arak guines tu, adakah mereka tak ada pilihan lain ? do you know pekerja kilang arak tu hampir separuh adalah orang melayu ?

Saya bukan kata company maxis dan astro ni tak halal tapi tepuklah dada tanya iman, rezeki yang dibawa pulang adalah untuk diberi makan pada anak isteri. Apa akibatnya jika membawa pulang rezeki yang syubahah. Tengoklah sendiri program astro bukan semua yang memberi knowledge malah daya tarikan utamanya ialah yang bercorak hiburan.

Rancangan hiburan ni merupakan konsep demand and supply. Kalau tak ada demand maka tak ada lah supply nya. Disebabkan masih ramai lagi orang melayu yang beragama islam menjadi penyokong utama kepada program ini sebab itulah dia masih lagi dihidupkan hingga ke musim ke 3 sekarang ni. Ingatlah dalam setiap perbuatan kita akan ditanya kelak apa sumbangan kita untuk menghalang kemungkaran atau menggalakkan kemungkaran. Sokongan yang penonton berikan tak kira dari segi undian atau tontonan sekali pun merupakan satu subahat. Apatah lagi menyokong beria-ia sangat sampai lupa dunia. Mahukan anda di sabitkan sama bersalah kelak di atas perlakuan sumbang para peserta AF tu ? terangan2an boleh berpegang tangan ? duduk berhimpit2 lelaki permpuan. Musim pertama dulu khabarnya ( dari suratkhabar yang dibaca) sampai berpelukan2an antara lelaki perempuan tak kira agama pulak tu ? ini lah sahaja pandangan dari saya tersilap kata ampun dan maaf, manusia adalah sebaik2 makhluk ciptaan tuhan kerana di kurniakan akal fikiran gunakanlah sebaik mungkin.

 

Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke