Phew! Heavy stuff! Hope it gets heavier!
Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Oleh Zulkifli Mohamed
KULIM - 30 Julai: Datuk Seri Rafidah Aziz dikatakan menyerang bekas mentornya, Tun Mahathir Mohamed berkaitan isu AP dalam mesyuarat pos-kabinet antara beliau dengan kakitangannya baru-baru ini.
Menurut Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Noor, maklumat itu diperolehinya daripada sumber MITI sendiri.
Dalam mesyuarat tersebut Rafidah dikatakan mendedahkan penglibatan Mahathir dalam pengagihan saham bumiputera kepada parti Gerakan.
âOrang kata saya tidak kenang jasa Perdana Menteri (Mahathir). Mereka kata sepatutnya saya telah didakwa berdasarkan pendedahan Ezam dahulu, tetapi Mahathir pertahankan saya. Sekarang saya lawan Dr. Mahathir, orang kata saya tidak kenang jasa Dr. Mahathir,â jelas Rafidah.
âSaya hendak beritahu tuan-tuan, yang Mahathir pertahankan bukan saya tetapi yang dipertahankan dirinya sendiri.â
âTuan-tuan tahu, bukan menantu saya sahaja yang dapat, sepatutnya menantu saya dapat RM7 â RM8 juta, tetapi Mahathir telefon suruh saya berikan (saham bumiputera ) kepada parti Gerakan.â
Menurut Rafidah, perkara itu hanya diketahui oleh beliau, Lim Keng Yaik dan Mahathir.
âSebab itu apabila Ezam dan Anwar buat pendedahan itu, (rasuah Rafidah) Mahathir cepat-cepat mengarahkan kes itu ditutup,â katanya.
Menurut Rafidah, Mahathir bukannya mahu mempertahankan dirinya tetapi mahu mempertahankan apa yang bekas Perdana Menteri telah lakukan.
Ezam mendedahkan perkara itu ketika berceramah di Kampung Sungai Badak di sini, Sabtu.
Sehubungan itu, Ezam mencabar Perdana Menteri, Abdullah Badawi menyiasat perkara berkenaan.
âKalau Abdullah benar-benar mahu bersih, mahu menentang rasuah, mahu kononnya mengangkat martabat dan agenda Melayu, kita cabar beliau untuk siasat semua ini,â katanya.
Ezam menggesa Abdullah melakukan perubahan dengan menubuhkan suruhjaya bebas dan meminda akta rasuah, memberikan kuasa sepenuhnya kepada BPR untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana menteri yang rasuah seperti mana di Indonesia atau Thailand.
âTetapi mengapa kuasa ini tidak boleh diberikan kepada BPR di Malaysia? tanya Ezam.
Ezam turut mencabar Datuk Seri Rafidah Aziz mempelawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat dirinya bagi membersihkan namanya.
âTetapi saya yakin beliau tidak akan berbuat demikian kerana beliau tidak ada kekuatan moral. Beliau memang terpalit dengan cukup banyak persoalan penyalahgunaan kuasa dan rasuah,â kata Ezam.
Penyalahgunaan kuasa Rafidah menurut Ezam, bukan sekadar persoalan AP tetapi termasuk persoalan peruntukan saham bumiputera.
Ezam turut merujuk kembali kertas siasatan BPR yang pernah didedahkannya tentang penyalahgunaan kuasa Rafidah.
Beliau juga menggesa Umno untuk menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat semua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru semenjak ianya dilaksanakan.
âPersoalannya sekarang bukannya masalah tiada semangat DEB, tetapi persoalan pelaksanaan yang tidak telus dan bertanggungjawab. Jika Umno mahu mewujudkan agenda baru, mereka perlu selesaikan dahulu agenda lama.â
Katanya suruhanjaya bebas itu perlu menyiasat semua kuasa yang diberikan melalui kementerian yang menjurus kononnya untuk mengangkat martabat bangsa Melayu.
âSaham di MITI, AP, kementerian kewangan, kontrak, semuanya harus disiasat suruhanjaya bebas secara telus dan terbuka dan diwartakan kepada rakyat sebelum apa-apa agenda baru dibuat.â
Menurut Ezam, jika perkara sepenting itu kerajaan tidak dapat lakukan tidak mungkin akan berlaku perubahan dalam pentadbiran negara.
âItu semua hanya retorik pemuda Umno, khususnya Khairy Jamaluddin yang hanya untuk mendapat tempat di kalangan orang-orang Melayu, tidak lebih daripada itu,â katanya.
--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 8/01/2005 09:05:00 AM
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
