Tabiat rilek orang Melayu dah di pupuk selama beratus ratus tahun sejak
dari zaman orang Melayu tu jadi orang Melayu. Jadi kalau nak dibanding
dengan tabiat kaum pendatang, nampak sangatlah jauh bezanya. Kaum
pendatang datang kesini kerana kesempitan hidup dinegeri asal atau
kemahuan yang kuat untuk mencari kekayaan disini. Jadi secara lumrahnya,
mereka akan bekerja lebih kuat dari kaum penduduk asal. 

Oleh kerana kaum penduduk asal tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang
mantap semasa kaum pendatang tiba disini berbondong-bondong dalam masa
100-150 tahun yang lepas, maka selepas beberapa dekad kaum pendatang
telah pun dapat menguasai sebahagian dari ekonomi negeri ini. Bila
ekonomi sudah dikuasai, ,maka sangat susah kuasa ekonomi ini mahu
diambil balik oleh kaum peribumi kerana kekurangan sumber kekayaan,
sumber manusia dan kepakaran. Jika tempoh antara 1970-2005 dijadikan
sebagai ukuran pencapaian ekonomi kaum peribumi, saya rasa tempoh ini
amat singkat jika dibanding kan dengan kengkangan penjajahan selama
beratus tahun dan penguasaan ekonomi kaum pendatang selama
berdekad-dekad sebelum dan selepas merdeka. Jadi jika kita lihat kaum
peribumi masih ketinggalan, ini bukan satu perkara yang luar biasa. 

Perkara yang luar biasa pada saya ialah jika kaum peribumi berusaha
bersungguh-sungguh tidak mahu memajukan diri sendiri. Walaupun bunyinya
pelik sikit,tapi hakikatnya, kaum peribumi terutamanya
bersungguh-sungguh untuk merosakkan diri sendiri seperti menjadi kaum
penagih dadah teramai di Malaysia, bohsia paling banyak bersepah ditepi
jalan, pembunuh bayi baru lahir yang paling ramai dan juga perosak masa
depan anak gadis sendiri yang teramai di Malaysia.

Ramai orang bertanya kenapa jadi begini?
Jawapan saya ialah tidak faham 2 kalimah syahadat lalu tidak tahu macam
mana nak praktikkan kalimah ini. Bunyinya simple. Tapi apakah jawapan
ini salah?? 
              

>>> norjannah mohamed noh 28/07/2005 11:29:07 >>>
Rasanya bukan setakat tak mampu bela bangsa melayu bahkan kita sebagai
negara islam pun tidak terbela. 
 
Saya nak beri satu contoh shj iaitu tempat solat.Cuba tengok, bina
masjid besar besar hanya untuk tontonan sedangkan tidak berfungsi
sepenuhnya sebagai masjid.
 
Kalau kita pergi tempat2 pelancongan atau paling senang shopping
complex, berapa kerat jer diantara shopping complex ni yang memiliki
surau yang selesa dengan kemudahan tandas (yg hampir dgn surau)
telekong, sejadah, kitab malah ruang solat juga memainkan peranan. KLCC
shopping complex yang besar tu hanya ada surau kecil yang apabila tiba
waktu maghrib, penuh sesak sampai kena beratur menunggu giliran untuk
ambil air sembahyang & solat. Sangat menyedihkan. Bukankah KLCC tu under
Petronas???
 
Sepatutnya Malaysia sebagai negara Islam harus menitik beratkan
kepentingan umat islam khususnya bukan hanya bangsa melayu. Saya dapati
banyak company di negara ini yang mana dipelopor oleh bukan islam
majoritinya langsung tidak mengambil kira solat itu penting maka surau
itu juga penting.
 
Saya banyak mendengar cerita daripada kengkawan berkenaan syarikat yang
tidak menyediakan surau malah ada yang menghalang staff mereka untuk
mengenakan tudung. Di Istana hotel, sorang member in pergi apply post HR
Executive disana dan alhamdulillah diterima tetapi syarat untuk beliau
bekerja ialah menanggalkan tudungnya. Saya tak pasti sama ada ia benar
atau tidak tapi itulah cerita yang sidengari. Satu lagi di Samsung
Senawang, pekerja lelaki dihalang dari pergi menunaikan solat Jumaat.
Inin benar2 berlaku tapi alhamdulillah setelah rundingan demi rundingan
antara staff dengan management sana kini mereka diberikan kebenaran
tersebut. malah ada suatu ketika semasa saya bekerja di Port Kelang ada
satu company ini yang saya dengar menghalang management mereka untuk
rekruit pekerja melayu (islam) kerana mereka tidak mahu staff mereka
buang masa pergi solat.
 
Even hotel juga begitu. Ada hotel yang mnyediakan surau yang baik ,cth
seperti Hotel Crone Plaza, Sheraton Imperial tapi ada juga yang langsung
tidak menyediakan fasiliti ini cth Grand Season.
 
Apa yang saya ingin tekankan disini hanya satu iaitu kemudahan untuk
solat bagi kita umat islam di Malaysia kerana bukankah Malaysia ini
negara Islam. Mungkin ada diantara cerita saya ini kurang jelas oleh
kerana fakta yang saya juga tidak beberapa mengetahui melainkan
sekiranya dialami sendiri. Saya highlight perkara ini kerana saya gemar
berjalan-jalan tetapi tidak bermakna solat itu diabaikan.
 
Saya rasa pemimpin kita yang mengaku islam itu patut menitik beratkan
banyak perkara dan solat serta tempat solat itu adalah salah satu
perkara tersebut. Bukankah solat itu tiang agama. 
 
wallahualam
 
Norjannah Mohamed Noh
 
 


Amir Hamzah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Umno perlu ditolak selepas gagal bela Melayu
Wednesday, July 27 @ 12:24:51 MYT 


Oleh Hashim Abdullah
KUANTAN, 27 Julai (Hrkh) - Tempoh panjang sudah diberikan kepada Umno
untuk membela bangsa Melayu tetapi ia sentiasa gagal sudah cukup menjadi
ukuran agar rakyat bertindak menolak kepimpinannya, kata Ketua
Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Mat Saad.


Merujuk kepada suara Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC), baru-baru ini terhadap kegagalan kerajaan Umno/BN
memperjuangkan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam pengagihan kekayaan
ekonomi negara, Suhaimi memberitahu Harakahdaily, tempoh yang panjang
tidak menunjukkan rekod yang baik bagi orang Melayu berkembang dalam
pelbagai sektor. 
"Tempoh yang panjang, 50 tahun lebih memerintah, kekayaan negara
tidak dapat dinikmati oleh orang Melayu, berbanding orang lain keadaan
orang Melayu terus gagal mendapat tempat sewajarnya, bukan saja ekonomi
tetapi juga melibatkan pelbagai perkara termasuk pendidikan," katanya. 
Tambah Suhaimi, isu ekonomi orang Melayu hanya dibangkitkan ketika
Perhimpunan Umno menunjukkan mereka tidak serius membela nasib orang
Melayu sebaliknya mereka mengambil kesempatan membentuk golongan kaya
dalam Umno. 
"Agenda ekonomi orang Melayu hanya dibangkitkan apabila ada
perhimpunan Umno. Pengagihan ekonomi negara tidak diurus dengan baik.
Mereka membentuk golongan kaya bertambah kaya yang miskin terus miskin.
Isu AP sebagai contoh, bagaimana Umno bentuk golongan kaya. Mereka tak
serius membela nasib orang Melayu. 
"Dalam bidang pendidikan, lihat bagaimana mereka bekukan pinjaman
Mara. Buka kuota pada orang lain dalam pendidikan di MRSM. Macam mana
nak kata bela orang Melayu. Itu baru sedikit contoh, banyak lain lagi,
sebab tu kita ajak rakyat tolak Umno," katanya. - lanh 







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".  
Yahoo! Groups Links



 




DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke