Kalau takut rugi jangan tukar jubin tu... Sepatutnya anda merasa untung sebab anda perasan (sedar) selama ini anda memijak kelimah "suci" tanpa sedar (itu suatu kerugian) ini bermakna anda sudah 4 tahun kerugian,..sekarang anda telah menebus kerugian itu... kalau anda masih merasa rugi,.. tak ada makna nya anda menukar jubin itu. ----- Original Message ----- From: <ruzaihan.junit> To: <[email protected]> Sent: Thursday, July 28, 2005 12:47 AM Subject: Bismillah [hidayahnet] 4 Tahun Pijak Ayat Suci
> KUANTAN: "Kami tidak menyangka jubin yang sudah hampir empat tahun lalu > dipijak ini ada tulisan ayat suci al-Quran," kata Abdul Razak Ahmad, 36, > seorang pemilik rumah di perumahan Pandan, di sini, semalam. > > Beliau terkejut selepas dimaklumkan oleh penyewa rumahnya yang lantai jubin > tempat letak kereta di hadapan rumahnya itu mempunyai tulisan ayat suci > al-Quran dan kalimah Allah. Menurutnya, kejadian itu hanya diketahui > penyewa rumah berkenaan, Mohd Afndi Arifin, 36, apabila anak lelakinya > melihat jubin di halaman rumah berkenaan > > "Anak saya terus ke halaman rumah dan melihat lantai jubin berkenaan > selepas saja tersiarnya berita mengenai penemuan jubin ayat suci al-Quran > yang dipasang pada lantai perhentian teksi di Johor Bahru, baru-baru ini," > kata Mohd Afndi ketika ditemui, semalam. "Saya kerugian RM1,600 selepas > jubin ini terpaksa dipecahkan untuk ditukar ganti. > > "Kalau saya tahu ia tertulis ayat suci sumpah saya tidak mahu membelinya > tapi apa hendak dikata. Sekarang saya terpaksa menanggung kerugian ini," > kata Abdul Razak ketika ditemui, semalam. > > Sementara itu, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) Pahang yang > dimaklumkan mengenai penemuan itu terus mengambil beberapa keping jubin > berkenaan untuk tujuan kajian. Tinjauan Metro mendapati secara kasar > tulisan kalimah itu boleh dilihat pada jubin yang dipasang sejak empat > tahun lalu. > > Pengarahnya, Raha Mohd Hafdzi, berkata pihaknya membawa balik beberapa > keping jubin terbabit bagi meneliti secara terperinci tulisan yang tercatat > pada jubin berkenaan. "Secara kasar kita pasti dapat lihat tulisan kalimah > Allah dan Bismillah pada jubin ini namun kajian secara teliti harus > dilakukan sebelum tindakan selanjutnya diambil. > > "Selepas kajian dilakukan, kita akan merujukkannya ke ibu pejabat untuk > tindakan selanjutnya. "Kalau benar ia mencatatkan kalimah Allah dan > Bismillah, ia sudah tentu menyentuh sensitiviti umat Islam," katanya ketika > ditemui. > > Selain itu pihaknya berkunjung ke syarikat penjual jubin di Jalan > Kuantan-Gambang, dekat sini bagi menyeiasat mengenai penjualan jubin > berkenaan. Bagaimanpun pihak syarikat berkenaan mendakwa jubin itu > diperolehi daripada pembekal lain di negara ini. > ***************************************** Outgoing mail is certified Virus Free. Checked by TrendMicro Interscan Messaging Security. For any enquiries, please contact FRIM IT Department. ***************************************** -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
