Di Sini Kita Bermula..
Dr. Omar bin Yaakob

28. Neraca Peradaban Islam

Perlu dijelaskan bahawa Islam juga mementingkan sejarah dan
perkembangan tamaddun.  Tetapi Islam tidak melihatnya semata-mata dari
konteks kemajuan kebendaan.

Kita akui perkembangan tamaddun boleh berlaku tetapi al-Quran tidak
pernah menyuruh mencontohi atau mengambil sebagai model/ikutan 
tamaddun yang lebih hebat dan tinggi dari segi kebendaannnya.

Pada zaman Nabi s.a.w., umat diseru bukan untuk mendewa-dewakan
tamaddun lama yang hebat dari segi material tetapi al-Quran mengajak
mereka melihat apa yang terjadi kepada mereka yang menolak tuntunan
dan petunjuk Ilahi dalam kehidupan mereka.  Yang penting tentang
sejarah peradaban manusia ialah sejauh mana mereka berjaya atau gagal
dalam menyesuaikan diri dengan tujuan hidup manusia mengabdikan diri
hanya kepada Allah yang Esa.  Kebenaran ditekankan di dalam al-Quran
sebagai mutlak, rabbani (divine) dan kekal dan tidak bersifat evolusi,
buatan manusia, relatif dan subjektif.

Ukuran progresif dan bertamaddun dalam al-Quran ialah sejauh mana
masyarakat tersebut hampir dengan jalan yang benar yang ditetapkan
oleh Allah.

Oleh itu, tamaddun Islam di Madinah di zaman Nabi, walaupun tanpa
meninggalkan sebarang monumen fizikal adalah jauh lebih agung dan
bermakna daripada tamaddun Firaun, Babylon, Aad dan Thamud. Dalam
konsepsi al-Quran, Adam dan Nuh (as) adalah dua contoh manusia paling
mulia dan bertamadun serta patut kita contohi sedangkan menurut
tafsiran golongan modenis, kedua-dua orang Nabi tersebut dilihat
sebagai kuno, kolot, manusia zaman batu yang tidak bertamadun, tidak
beradab.

Saya tidak menolak kemungkinan terdapat di kalangan golongan yang
melaungkan slogan pemodenan dan 'progresif' ini ikhlas mahukan Islam
maju dan berkembang di era abad 21.  Namun, apa pun niat kita, kita
perlu berhati-hati dengan kaedah yang digunakan.

Pada hemat saya, kebangkitan Islam tidak mungkin terjadi sehingga kita
memutuskan hubungan pemikiran dan neraca penilaian kita daripada
pengaruh luar.

Malangnya, walaupun sudah beberapa dekad kita membebaskan diri
daripada belenggu penjahahan fizikal penjajah, namun ramai umat Islam
yang masih terjajah kerangka pemikiran dan pandangan hidup; masih
mempunyai inferiority complex, masih merasa rendah diri dengan
falsafah dan idealisme barat sehingga sanggup menilai Deennya dengan
perspektif penjajah.

Bersambung.. inshaAllah…



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke