"Sembilan" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
KEBANGKITAN MELAYU - selamat tinggal Central Market
untuk peniaga - peniaga Bumiputera
Dari laman web UMNO reform
http://www.umno-reform.com/URnews/centralmarket.htm

Kami di minta hadir untuk mendengar rayuan sekumpulan
anak - anak muda Melayu yang bakal kehilangan tempat
berniaga di Pasar Seni Kuala Lumpur. Kami mendengar
dengan penuh teliti bagaimana mereka mengatakan bahawa
Pasar Seni ini telah di jual oleh Khazanah Nasional
dan pengurusan baru telah menaikkan sewa kepada satu
kadar yang tidak akan mampu di bayar oleh mereka.
Kadar sewa bagi ruangan legar adalah pada RM 780.00
dan disewakan semula oleh penyewa kepada mereka dengan
kadar RM 2,000 sebulan. Hari ini kadar itu di naikkan
kepada RM 2,000 dan penyewaan semula kepada kami
adalah sekitar RM 3,000 - RM 3,500 sebulan.

Hampir 100 - 150 peniaga kecil akan kehilangan tempat
berniaga dan kesemuanya adalah orang - orang Melayu
yang telah menyewa dan berniaga di situ selama 12 - 15
tahun.

Penelitian kami lebih tertumpu apabila di maklumkan
kepada kami bahawa syarikat yang memiliki Pasar Budaya
tersebut adalah syarikat Cina - sungguhpun syarikat
lokal tetapi di beritakan pemilik sebenarnya adalah
Global - Singapura.

Kami sedang berusaha untuk meneliti syarikat itu yang
bernama Prestige Debut Sdn Bhd dan dari mana asal
syarikat tersebut tetapi apa yang kami dengar sungguh
tidak menyelesakan, apa lagi sedang kita berbincang
untuk kebangkitan Melayu dan meneruskan rancangan kita
dalam Dasar Ekonomi Baru.

Apa yang menjadi kekhuatiran kami adalah penerusan
Dasar Ekonomi Baru yang di beri pernafasan semula
tetapi perlaksanaan adalah seperti yang sekian ada
yang bakal menyaksikan kegagalan berterusan dasar
tersebut. Sungguhpun kami percaya bahawa di Pasar Seni
Kuala Lumpur tersebut tidak ada penyewaan atas dasar
kuota menteri tetapi di tempat - tempat perniagaan
lain khususnya di bawah Majlis Tempatan dan khususnya
Bandar Raya Kuala Lumpur terma seperti kuota menteri
wujud.

Kami juga di maklumkan di Pasar Borong Selayang - di
bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kuota
menteri wujud dan penyewa - penyewa yang berani
berniaga di dalam Pasar Borong tersebut adalah Cina
yang membayar sewa hampir RM 7,000 - RM 8,000 sebulan.
Ini amat memeritkan untuk peniaga Melayu bersaing.

www.umno-reform.com percaya kepada teori lembu suci
dan percaya sekiranya di selongkar mengenai lembu -
lembu suci ini ada antara kita dalam kepimpinan UMNO
terlibat. Bagi www.umno-reform.com - kami percaya
semua Majlis Kerajaan Tempatan khususnya Dewan Bandar
Raya Kuala Lumpur terlibat dalam memelihara lembu -
lembu suci ini biar lembu ini dari kalangan ahli
politik atau proksi pemegang amanah pegawai yang
berkuasa



Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com


Does your mail provider give you FREE antivirus protection?
Get Yahoo! Mail



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke