KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....
Andai cerita ini rekaan atau rekaan yang penting intipati daripadanya....
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kahwin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila
mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara
jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50
ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil
waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut
dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer
perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga
ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya
dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak
saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak
perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15&
nbsp; ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang
amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan
kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada
adik-adik dan
kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras
kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"ISTERIKU TIDAK AKAN KUBERIKAN APA-APA KECUALI PENGAMPUNAN.TERLALU
BANYAK DOSANYA KEPADAKU. MAKA PENGAMPUNAN ADALAH HADIAH YANG PALING
BERHARGA."
"TIDAK PERNAH AKU MERASA MASAKANNYA SEJAK MULA BERKAHWIN WALAUPUN
PERNAH AKU SUARAKAN. TIADA BELAS KASIHAN TERHADAP AKU, BAIK SEMASA
SAKIT APATAH LAGI JIKA AKU SIHAT.
"HERDIK DAN TENGKING KEPADA AKU DAN ANAK-ANAK ADALAH LUMRAH. KELUAR
RUMAH TIDAK PERNAH MEMINTA KEBENARAN DARIPADA AKU. MAKAN DAN MINUM ANAK-ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB BIBIK (PEMBANTU RUMAH).KAIN BAJUKU TIDAK PERNAH DIURUSKAN, DAN YANG PALING MENYEDIHKAN, TIADA MAHUNYA DIA MENDENGAR PANDANGAN DAN NASIHATKU UNTUK KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA."
"KEBAHAGIAAN AKU SELAMA INI HANYA DENGAN AMALANKU, TUGAS
SEHARIANKU, ANAK-ANAKKU DAN ADIK-BERADIKKU, TERUTAMA KAKAKKU (YANG
SEBAGAIPENGGANTI IBU).
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa
berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
