Friday, 05 August 2005  
Berhati-hati dengan Mullah Bradley ciptaan Bush dan
Blair

Lanjutan dari serangan keatas Kota London, AP pada
28hb Julai 2005 telah melaporkan, “Dalam kenyataan
yang dipanggil fatwa, Majlis Fiqh Amerika Utara yang
dianggotai oleh 18 orang ahli mengatakan bahawa
orang-orang yang melibatkan diri dalam aktiviti
terroris atas nama Islam adalah “penjenayah, bukan
syahid”. Tidak ada justifikasi di dalam Islam untuk
melakukan aktiviti melampau atau terroris”, seorang
ulamak menulis. Salah satu strategi utama yang
dilakukan oleh pihak Inggeris dan Amerika
(Anglo-America) dalam misi globalnya menentang Islam
adalah percubaan untuk menggunakan Islam itu sendiri
untuk membantu mereka dalam usaha menguasai sumber dan
kuasa di seluruh dunia. David E. Kaplan dalam
artikelnya yang berjodol ‘Hearts, Minds and Dollars’
yang ditulis dalam bulan April tahun ini menulis,
“Rumah Putih telah setuju meluluskan strategi rahsia
peringkat tertinggi yang menyamar sebagai Muslim World
Outreach, yang mana untuk pertama kalinya menyatakan
bahawa Amerika Syarikat mempunyai kepentingan
keselamatan negara untuk mempengaruhi apa yang berlaku
dalam (dunia) Islam. Antara taktik yang diguna-pakai
adalah:

 
Bekerjasama dengan golongan militan seperti al-Qaeda
dan mengadakan kempen rahsia untuk mendiskredit
golongan fanatik yang anti-Amerika…memberi bantuan
kewangan untuk ‘menjinakkan’ golongan militan, anti
jurucakap Amerika dan kader-kadernya. “Jika kamu
mendapati bahawa Mullah Omar berada di satu selekoh
jalan melakukan begini, kamu hendaklah mengadakan
Mullah Bradley di seberang jalan yang bertentangan
untuk melawan balik”. Sungguhpun fakta-fakta luar
biasa masih lagi menyelubungi pengeboman pada tanggal
7 Julai di London dan badan perisikan British iaitu
M15 menyatakan bahawa peperangan ke atas Iraq adalah
faktor utama, Blair telah berjaya memutarbelit dan
mengalihkan kemarahan dan histeria rakyat jauh darinya
atas peperangan tidak sah ke atas Iraq, sebaliknya
pihak yang mendalangi pengeboman itu ditujukan kepada
Islam dan umat Islam di UK. Sebagaimana Israel yang
memiliki kehebatan untuk menuduh mangsanya atas
jenayah yang ia (Israel) lakukan, Blair dan
kerajaannya dengan bantuan pihak media telah berjaya
menyalahkan umat Islam atas kesan buruk perang tidak
sah di Iraq dan menjadikan umat Islam sebagai tebusan.
Untuk menyembunyikan dan menjustifikasi hujah mereka
yang lemah agar ia selaras dengan logik akal dan
moral, pihak Barat telah menggunakan ‘Maulana-maulana’
dan Mullah-mullah Bradley mereka untuk tujuan itu.

Imam atau ulamak upahan ini bersedia untuk membela dan
mencari justifikasi atau alasan keatas kekejaman yang
bakal dilakukan oleh kerajaan di negara yang menaungi
mereka. Pada masa yang sama, mereka (imam) tidak akan
bertolak-ansur atas pendapat atau idea-idea yang
disuarakan oleh umat Islam yang bertentangan dengan
‘fatwa’ nya. Inilah Peperangan Bodoh (Stupid War) yang
mana umat Islam di seluruh dunia dapat saksikan dari
perspektif berbeza. Jika ‘fatwa’ di atas boleh
dikeluarkan (diistinbath) oleh Majlis Fiqh Amerika,
seorang Muslim yang beriman hendaklah bertanya, fiqh
manakah yang dimaksudkan? Umat Islam di seluruh dunia
terpaku dengan sikap prejudis dan kepura-puraan Barat
yang ditampilkan secara terang-terangan dan sikap
membela diri dan memuji diri sendiri atas ‘pembunuhan
keatas orang-orang yang tidak berdosa’. Blair dan Bush
hanya prihatin dengan kematian 50 orang di London, dan
bukannya 200,000 nyawa umat Islam tanpa nama yang
dibunuh sepanjang ’penjajahan’ mereka di Afghanistan
dan Iraq – yang mana 25,000 jiwa melayang sejak
pendudukan mereka di Iraq. Mereka hanya nampak aksi
terroris di London, bukan di Falluja atau Ramadi atau
Baghdad. Mereka bebas menumpahkan darah umat Islam
tetapi tidak sanggup menerima tindakan balas atas
pertumpahan darah yang mereka lakukan. Sepatutnya
mereka menyedari bahawa menyembelih beri-ribu nyawa
untuk meraih minyak dan kuasa sebagai tindakan kejam
dan tidak bertamadun dan tidak sewajarnya dijadikan
satu kaedah yang diterima untuk mengekalkan hegemoni
politik dan ekonomi di seluruh dunia. Sebaliknya,
persekongkolan Inggeris-Amerika menentang Islam
dilihat sebagai percubaan untuk menciptakan satu
keadaan yang membolehkan umat Islam di Britain, di
Amerika dan di Eropah dijadikan tebusan. Apakah sikap
yang sepatutnya kita tunjukkan atas ugutan keatas umat
Islam yang dijadikan tebusan? Apakah yang patut kita
lakukan ke atas Maulana-maulana dan Mullah-mullah
Bradley ini? Bersambung... 
 



                
___________________________________________________________ 
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre. http://uk.security.yahoo.com






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke