Zaafarani Zahirul Haq <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Sertakan Dia Dalam Hidupmu

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuuh.

 

Dengan segala kerendahan hati izinkan saya mengambil waktu antum barang sejenak.

 

 

MARI LEKATKAN ZIKIR

 

Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah membangunkan aku dari tidurku dan telah

menghidupkan aku dari matiku pagi ini, yang denganNya masih sempat kuhirup udara segar

kehidupan ini sementara sebahagian makhluk telah sampai janjinya untuk kembali

kehadapan Sang Khalik. Dengan NamaMu Ya Allah aku berniat melakukan seluruh kegiatan

hari ini dengan niat ibadah dan mencari keredhaanMu, bimbinglah aku dalam setiap

tindakan dan fikiran ku agar selalu ingat akan batas-batas yang telah engkau gariskan.

 

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah atas semua nikmat dan pemberian yang Engkau

limpahkan. Yang dengannya aku masih dapat menguntumkan seulas senyuman ungkapan

kedamaian sementara yang lain menekuk muka dan menampilkan kekusutan kerana

terperangkap oleh jaring-jaring dunia yang penuh tipuan. Sesungguhnyalah tidak akan ada

satu alat penghitung apapun yang akan sanggup menghitung nikmat dan pemberianMu

dimuka bumi ini, masih tetapkah kita bertahan dengan segala keangkuhan untuk tidak mahu

bersyukur kepadaNya?

 

Laa ila ha illallah, tiada Tuhan Yang wajib Disembah selain Allah, pengakuan yang tulus

dari seorang hamba kepada Sang Khalik Sang Maha Pencipta, yang dengan semangat

tauhid yang ditimbulkannya tersingkirlah segala ketakutan, kekhuatiran dan kebimbangan.

Dengannya sirnalah semua keangkuhan, terkikis habis kesombongan, hancur lebur

keangkara-murkaaan dan sewenang-wenangan, tidak ada lagi penghambaan kerana yang

Hak adalah Engkau Ya Allah.

 

Allahu akbar, Maha Besar Allah yang telah menciptakan segala sesuatu yang tidak akan

pernah terjangkau oleh ilmu dan fikiran segala makhluk, yang dengan keyakinan akan

kebesaranNya menyingkirkan duri–duri penusuk dan kerikil-kerikil yang menghambat roda

kehidupan dalam kebenaran. Adakah lagi sesuatu yang lebih Besar dan yang perlu aku

agungkan selain Engkau? Sungguh jauhkanlah sifat kerdil diriku terhadap tipuan-tipuan

syaitan dan dunia ini Ya Allah. Yakinkan diriku, tanamkan kebanggaan padaku bahawa aku

adalah keturunan hambaMu yang Engkau ciptakan dengan sebaik-baik kejadian.

 

Subhanallah, Maha suci Allah yang telah membimbingku untuk tetap istiqamah dijalanNya.

Dengan Rahman dan RahimMu telah Engkau bukakan mata hati ini untuk memimpin tubuh

lemah ini agar tetap berjalan di jalanMu. Maha Suci Engkau Ya Allah yang telah

membukakan pintu hati ini kejalan yang telah Engkau gariskan.

 

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang telah memberikan tempat berkarya di tempat

terpencil ini dikelilingi hutan belantara dan ancaman nyamuk malaria yang engkau batasi

dengan hamparan samudera luas namun dengan Rahman dan RahimMu, Engkau kuatkan kami

untuk dapat memenuhi panggilan azan Sholat JumaatMu. Engkau anugerahkan kami untuk

kembali memperbaharui tauhid dan keimanan. Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah yang

telah mengurniai pendengaran ini yang dengannya kami merasakan sendu dan dan

kerinduan terhadapMu dikala mendengarkan kumandang bilal dibelantara rimba ini

sementara manusia-manusia kafir yang engkar kepadaMu mengelilingi kehidupan kami.

 

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah yang memberi kami kemudahan untuk berkumpul

dalam menyembahmu sementara sebahagian dari kami yang harus memikul tugas di tengah

hiruk pikuk dunia ini entahkan dapat melaksanakan Jumaat ini atau mungkin telah engkau

butakan mata hati mereka untuk menyambut seruanMu.

 

Laa ila ha illallah, Tiada sesuatu yang patut disembah kecuali Allah, dengan berpegang

kepada kalimah tauhid ini ya Allah, hilang semua ketakutan dan tiada satupun yang dapat

menaklukkan langkah yang kami ayunkan, tidak si boss atau supervisor, tidak penyakit atau

pun ancaman. Laa ila ha illallah, tiada sesuatu yang kami takuti kecuali azab dan murka

Allah, Laa ila ha illallah, tiada sesuatu pun yang dapat memberikan erti dalam hidup ini

kecuali Allah.

 

Allaahu Akbar, Maha Besar Engkau Ya Allah  tiada yang lebih membanggakan dan

membesarkan erti kami dari pada pengakuan Syahadat atas Mu dan RasulMu, Muhammad

SAW makhluk yang paling Engkau tinggikan darjatnya diantara manusia-manusia yang

terdahulu mahupun yang akan datang.

 

Sahabat,

 

Betapa banyak ragam dan kehidupan kita sehari-hari yang masing-masing harus kita lalui

penuh dengan suka, duka, keberhasilan, kegagalan, pedih menyakitkan bahagia dan

keceriaan.

 

Tetapi kita sering lupa dan terlalai dengan segala keasyikan itu untuk mengingati siapakah

yang berada dibelakang semuanya itu.

 

Berapa minitkah waktu yang telah kita luangkan dalam putaran hari yang berputar selama

24 jam untuk bertafakkur dan sejenak merenungkan semua yang melingkari hidup dan

kehidupan ini?

 

Sahabat,

 

Tidakkah kita mahu mengambil keuntungan yang sangat besar yang ditawarkan dan

dihidangkan di depan mata? Apakah kita termasuk orang-orang bodoh yang menolak

hadiah besar yang telah disiapkan hanya kerana kelalaian yang seharusnya tidak perlu

terjadi.

 

Marilah kita meraih keberuntungan ini dengan memperbanyak mengingatiNya, bukankah itu

tidak akan mengganggu dan mengurangi waktu kerja ataupun kesibukan, kerana zikrullah

( mengingat Allaah dapat dan memang sudah seharusnya kita lakukan selama 24 jam sehari

dengan tanpa menyita dan mengambil waktu khusus ). InsyaAllah waktu atau jam kerja

yang kita anggap sangat berharga itu tidak akan berkurang atau hilang dengan

mengingatiNya. Mari kita mulai belajar bersama membiasakan diri untuk selalu dalam

zikrullah. Bukankah zikrullah tidak harus dilaksanakan dengan ucapan lidah semata….!!!

 

Sahabat,

 

Sejenak kita segarkan kembali keimanan kita dengan menghayati beberapa ayat dan

hadith di bawah ini :

 

“ Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu ( dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu ),

supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan

janganlah kamu kufur ( akan nikmatKu ). ”

Q.S Al-Baqarah : 152

 

“ ( Iaitu ) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan

duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang

kejadian langit dan bumi ( sambil berkata ): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau

menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami

dari azab Neraka. ”

Q.S Aali Imran : 191

 

“ Wahai orang-orang yang beriman, ( untuk bersyukur kepada Allah ) ingatlah serta

sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. ”

Q.S Al Ahzaab : 41

 

“ Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya

adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat

dalam keadaan buta. ”

Q.S Taha : 124

  

“ ( Iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah".

Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. ”

Q.S Ar-Ra’d : 28

 

Dan mari kita renungkan dua dari sekian banyaknya Hadith Rasulullah SAW :

 

Nabi SAW bersabda yang ertinya;

“ Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla berfirman, 'Aku beserta hamba-hamba-Ku selagi dia

mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak-gerak menyebut-Ku. ”

HR Ahmad dan Ibnu Majah

 

Dalam hadith yang lain beliau bersabda;

“ Tidaklah segolongan orang mengingat Allah, malainkan para malaikat menghormati

mereka, rahmat menyelubungi mereka, ketenangan turun kepada mereka, dan Allah

mengingat mereka bersama orang-orang yang ada di sisiNya. ”

HR Muslim dan At-Tirmizi

 

Begitu banyaknya Ayat dan Hadith shahih tentang zikir ini, marilah kita mulai

merenungkan, menghayati dan melaksanakannya.

 

InsyaAllah, antum mempunyai waktu untuk membuka Al Quran dan silalah membuka ayat-

ayat Allah tentang zikir pada ayat-ayat tersebut dibawah ini :

 

Keutamaan Zikir :

Al-Baqarah : Ayat 152, 156, 185, 198, 203

Al-Anfaal : Ayat 45

At-Taubah : Ayat 112

Ar-Ra’d : Ayat 28

Al-Kahfi : Ayat 24

Taha : Ayat 34

An-Nuur : Ayat 37

Al-Ankabuut : Ayat 45

Al-Ahzaab : Ayat 21, 35

Al-Jumu’ah : Ayat 10

Al-Munafiquun : Ayat 9

Al-A’laa : Ayat 15

 

Berbanyak Berzikir :

Al-Baqarah : Ayat 200

Aali Imran : Ayat 41

An-Nisaa’ : Ayat 103

Al-Anfaal : Ayat 45

Taha : Ayat 33, 34, 130

Al Hajj : Ayat 40

Asy-Syu’araa’ : Ayat 227

Al-Ahzaab : Ayat 21, 35, 41

Al-Jumu’ah : Ayat 10

 

Zikir Yang Paling Baik :

Ar-Ra’d : Ayat 28

Al-Kahfi : Ayat 46

Maryam : Ayat 76

 

Mudah-mudahan bermanfaat, dan mohon dimaafkan kalau terdapat kejanggalan dan kesalahan.

 

Wallahu'alam Bisshawab



Sujud aku di kakiMu
Bersimpuh dalam lautan doa
Laa ilaaha illallaah
Memuja namaMu
Pada zikir-zikir tanpa batas


Start your day with Yahoo! - make it your home page


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke