Salam~

 

Khalifah

 

Khalifah adalah ketua daulah (ra’is ad-dawlah) dimana daulah adalah wilayah kesatuan bagi negara-negara (bilad) umat Islam. Penunjukkan wujudnya sebuah daulah Islam itu adalah dengan terlantiknya seorang khalifah melalui pembai’atan umat muslim kepada seorang calon Khalifah. Manakala Khilafah pula adalah nama yang menunjukkan wujudnya sebuah pemerintahan (politik) Islam yang bersempadankan suatu wilayah yang disebut tadi, daulah Islamiyyah. Secara umumnya, Khalifah adalah ketua/kepala bagi Khilafah. Beliau mewakili umat dalam kekuasaan dan pelaksanaan syara’. Syeikh Taqiuddin An-Nabhani mendefinisikan Khilafah sebagai kepemimpinan umum untuk seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum syara’ dan mengembang dakwah Islam ke seluruh dunia.

 

Syarat-syarat Khalifah

 

Seorang khalifah wajib memenuhi tujuh (7) syarat agar dia boleh memegang tampuk kekhilafahan, juga agar bai'at terhadap pengangkatan jabatan kekhilafahannya dapat diberikan. Tujuh syarat tersebut adalah syarat sahnya pengangkatan seorang khalifah (syurutul in'iqad). Apabila salah satu dari ketujuh syarat ini kurang, maka jabatan kekhilafahan ini tidak dapat diberikan. Selain itu, terdapat syarat afdalliyyah ( keelokkan / kemolekan ) bagi perlantikan seorang Khalifah yang tidak dapat menasakh 7 syarat sah yang disebutkan.

 

Syarat In'iqad

 

Pertama, muslim. Kerana itu, khilafah secara mutlak tidak boleh diberikan kepada orang kafir. Dan hukum mentaati orang kafir itu tidak wajib. Kerana Allah SWT. berfirman:

 

"Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang mukmin." (Q.S. An Nisa': 141)

 

Pemerintahan (kekuasaan) adalah jalan yang paling kuat bagi seorang hakim (penguasa) untuk memaksa rakyatnya. Ditambah pernyataan Allah dengan menggunakan "Lan" yang biasa dipergunakan untuk menyatakan penafian selama-lamanya (nafyut ta'bid) itu boleh menjadi indikasi (qarinah) tentang adanya larangan terhadap orang kafir untuk memimpin pemerintahan kaum muslimin, baik untuk menjadi khalifah mahupun yang lain, maka semuanya tadi merupakan larangan yang tegas dan pasti (nahyan jaziman). Dan selama Allah mengharamkan orang-orang kafir untuk memiliki jalan agar boleh menguasai kaum muslimin, maka hukumnya haram bagi kaum muslimin untuk menjadikan orang kafir menjadi penguasa mereka.

 

Disamping itu, khalifah esensinya merupakan seorang waliyul amri, sedangkan Allah mensyaratkan agar waliyul amri kaum muslimin itu adalah seorang muslim. Allah berfirman:

 

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri dari kamu sekalian." (Q.S. An Nisa': 59)

 

"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka." (Q.S. An Nisa': 83)

 

Kata ulil amri tidak pernah disebut di dalam Al Qur'an, kecuali selalu disertai indikasi agar mereka adalah kaum muslimin. Hal ini menunjukkan bahawa waliyul amri disyaratkan wajib orang Islam. Kalau khalifah merupakan waliyul amri, dimana dia juga boleh mengangkat waliyul amri yang lain, seperti para mu'awin, wali dan para amil, maka orang yang diangkat oleh khalifah itu disyaratkan wajib orang Islam.

 

Kedua, laki-laki. Maka, wanita tidak boleh menjadi khalifah. Dengan kata lain, khalifah wajib laki-laki. Dia tidak boleh seorang wanita. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar yang mengatakan: "Sungguh Allah SWT. telah memberiku manfaat --dari kata-kata yang pernah kudengar dari Rasulullah SAW-- pada saat perang Jamal,  setelah semula hampir saja aku mengikuti tentara Jamal (yang dipimpin oleh Aisyah yang mengenderai unta) dan berperang di pihak mereka". Lalu ia melanjutkan: "Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kaisar sebagai ratu, maka beliau bersabda:

 

"Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan kekuasaan (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita."

 

Ikhbar (pemberitahuan) Rasulullah dengan menafikan keberuntungan pada orang yang menyerahkan kekuasaan mereka kepada seorang wanita adalah larangan terhadap kepemimpinan wanita. Sebab pernyataan tersebut merupakan shiyagut thalab (bentuk-bentuk perintah). Ditambah pemberitahuan tersebut merupakan pemberitahuan yang berisi celaan (adz dzam) kepada mereka yang menyerahkan kekuasaannya kepada seorang wanita, dengan cara menafikan keberuntungan pada mereka, maka hal itu dapat dijadikan indikasi (qarinah) bahawa celaan tersebut merupakan larangan yang pasti dan tegas. Sehingga larangan mengangkat seorang wanita untuk jabatan kekuasaan di sini disertai dengan indikasi yang menunjukkan tuntutan meninggalkan perbuatan tersebut secara pasti. Jadi, mengangkat seorang wanita sebagai penguasa adalah haram. Yang dimaksud dengan larangan mengangkat seorang wanita menjadi penguasa di sini adalah menduduki jabatan khilafah dan jabatan-jabatan kekuasaan di bawahnya. Sebab, yang dibicarakan di sini adalah pengangkatan puteri Kaisar sebagai ratu yang berkuasa. Jadi persoalannya adalah khusus persoalan pemerintahan, bukan khusus mengenai kejadian diangkatnya puteri Kaisar saja, tetapi bukan bererti umum mencakup segala hal. Oleh kerana itu, larangan ini tidak mencakup hal-hal lain selain pemerintahan.

 

Ketiga, baligh. Tidak boleh anak-anak diangkat menjadi khalifah. Sebab ada riwayat dari Ali Bin Abi Thalib ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

"Telah diangkat pena (tidak dibebankan hukum) atas orang yang tidur hingga bangun, atas seorang anak kecil hingga baligh, dan orang gila sampai akalnya kembali."

 

Dan siapa saja yang diangkat pena dari dirinya, dengan sendirinya tidak sah untuk mengurusi perkaranya. Kerana menurut syara', dia tidak dibebani hukum (ghairu mukallaf). Jadi, dia tidak sah menjadi khalifah, ataupun menjadi pejabat yang memiliki autoriti kekuasaan, kerana dia tidak mampu mengatur kekuasaan. Dalil lainnya adalah bahawa Rasulullah SAW pernah menolak seorang anak yang hendak membai'at beliau. Iaitu ketika Rasulullah SAW menolak bai’at Abdullah Bin Hisyam dan beliau memberikan alasan kerana ia masih kecil. Sabda beliau kepada ibunya:

 

"Dia masih kecil." kemudian beliau mengusap-usap kepalanya dan mendo'akannya. Jika bai'at tidak boleh diberikan oleh anak kecil dan anak kecil itu tidak boleh membai'at orang lain sebagai khalifah, maka lebih tidak boleh lagi kalau dia dibai'at menjadi khalifah.

 

Keempat, berakal. Tidak sah orang gila menjadi khalifah berdasarkan sabda Nabi SAW:

 

"Telah diangkat pena (tidak dibebankan hukum) atas orang yang tidur hingga bangun, atas seorang anak kecil hingga baligh, dan orang gila sampai akalnya kembali."

 

Siapa saja yang diangkat pena dari dirinya, maka dia tidak termasuk seorang mukallaf. Kerana akal menjadi manath (tempat) pembebanan hukum dan menjadi syarat sahnya mengatur berbagai urusan. Sedangkan tugas seorang khalifah adalah mengatur urusan pemerintahan dan melaksanakan perintah-perintah syara', maka tidak sah kalau khalifah itu orang gila. Sebab orang gila tidak boleh untuk mengurusi urusan dirinya sendiri, apalagi mengurusi urusan orang lain. Kerana itu, lebih tidak sah lagi apabila orang gila mengurusi urusan orang lain dengan menjadi khalifah.

 

Kelima, adil, iaitu orang yang konsisten dalam menjalankan agamanya (bertakwa dan menjaga muru'ah). Jadi tidak sah orang fasik diangkat menjadi seorang khalifah. Adil adalah syarat yang wajib dipenuhi untuk pengangkatan khilafah serta keberlangsungan akad pengangkatannya. Sebab, Allah SWT. telah mensyaratkan pada seorang saksi dengan syarat 'adalah (adil). Allah berfirman:

 

"Hendaknya menjadi saksi dua orang yang adil dari kamu sekalian." (Q.S. At Thalaq: 2)

 

Kedudukan seorang khalifah tentu saja lebih tinggi daripada seorang saksi. Kerana itu, tentu lebih utama dia memiliki syarat adil. Sebab kalau kepada seorang saksi saja ditetapkan syarat adil, apalagi kalau syarat itu untuk seorang khalifah.

           

Keenam, merdeka. Seorang hamba sahaya tidak sah menjadi khalifah, kerana dia adalah milik tuannya sehingga dia tidak memiliki autoriti untuk mengatur, bahkan terhadap dirinya sendiri. Dengan demikian, dia tidak layak untuk mengurusi orang lain, apalagi menjadi penguasa atas manusia.

           

Ketujuh, mampu melaksanakan amanat khilafah. Sebab hal ini termasuk syarat yang dituntut oleh bai'at. Jadi, tidak sah bai'at kepada seseorang yang tidak sanggup untuk mengemban urusan umat (amanat khilafah) berdasarkan kitab dan sunah. Kerana berdasarkan kitab dan sunah inilah dia dibai'at.

 

Bersambung... ( Syarat Afdalliyyah )

 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke