Friday, August 05 @ 18:36:58 MYT
KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) Kelantan dijangka mampu menyumbang sehingga 35 peratus keperluan negara dalam pengeluaran beras, ternakan dan pelbagai industri berasaskan tani menjelang 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, kerajaan negeri turut memainkan peranan lebih aktif menggunakan pendekatan strategik bagi mengubah imbangan dagangan industri makanan di negara ini.
Ini memandangkan negara mengalami defisit sebanyak RM4 bilion dalam imbangan perdagangan berkaitan keperluan makanan sekarang, katanya pada perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2005 di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV di sini, petang semalam.
Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Program djulung kali diadakan di Kelantan tersebut berlangsung mulai semalam sehingga 11 Ogos ini.
Pelbagai aktiviti diadakan sampena program berkenaan termasuk pameran buah-buahan terbesar termasuk nangka, tembikai Cina, pisang, ternakan paling besar dan produk industri kampung.
Dr Nik Mazian berkata, Kelantan juga mensasarkan pengeluaran padi sebanyak 10 metrik tan sehektar pada 2015 melalui kaedah penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkesan.
Suatu mekanisme yang berkesan bagi membawa hasil penemuan R&D ke sawah, dusun, kolam ikan, ladang ternak, supaya ia dipraktik secara berkesan oleh petani kita, katanya.
Menurut beliau juga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM900,000 di bawah galakan industri kampung dan pembangunan desa bagi memperkembangkan perusahaan desa tahun ini.
Menteri Besar berkata, industri ternakan yang terbuka luas sekarang iaitu ayam pedaging, ayam penelur, lembu, kerbau, lembu tenusu dan ternakan ikan air tawar.
Katanya, industri ayam pedaging pada tahun 2003 telah mengeluarkan 34,391 metrik tan dengan nilaian kira-kira RM50 juta, di mana ia telah mencapai tahap sara diri di Kelantan.
Pada sambutan itu, sebanyak 12 anugerah disampaikan peladang, penternak dan nelayan yang berjaya di Kelantan bagi tahun ini. Mereka menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil penghargaan daripada Menteri Besar.
Anugerah Peladang Jaya Lelaki dimenangi Haji Burhanuddin Jusoh, 60 dari Pasir Puteh, anugerah Peladang Jaya Wanita disandang Rogayah Musa, 39, anugerah Peladang Muda Jaya Lelaki - Azeman Jaya, 36 dari Pasir Mas.
Anugerah Nelayan Jaya, Omar Salleh, 51 dari Tumpat, anugerah Usahawan Ikan Jaya - Mohamad Othman, 39, dari Pasir Puteh. Anugerah Penternak Jaya - Mohd Radzuan Hamat, 39 dari Bachok, anugerah Usahawan IKS Jaya - Che Zaharah Che Sulaiman, 49.
Anugerah Unit Peladang Jaya Peringkat Negeri dimenangi Unit Peladang Gong Kemumin, anugerah Pertubuhan Peladang Kawasan Jaya Peringkat Negeri disandang PPK Bukit Awang.
Persatuan Nelayan Kawasan Kota Bharu memenangi anugerah Persatuan Nelayan Jaya, anugerah Projek Kelompok Jaya dimenangi Projek Kelompok Kampung Kok Kiak, Machang dan anugerah Kumpulan Wanita Jaya dimenangi Kumpulan Pengembangan Wanita Kampung Kebakat, Tumpat.
- MJ
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
