Wednesday, August 10 @ 14:09:20 MYT
"SK Methodist Pantai Dalam, KL ditutup sessi petang manakala seorang pelajar SMK Sri Pantai KL muntah-mutah dikhuatiri kerana jerebu"
KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Kerajaan diminta mengumumkan secara langsung kedudukan indeks pencemaran udara (API) dan kesan kepada menusia manakala rakyat pula dicadangkan oleh PAS agar mengadakan solat sunat Istisqa' untuk memohon menurunkan hujan.
"Saya mencadang dan memohon agar semua masjid dan markas PAS menganjurkan solat sunat Istisqa' untuk memohon kepada Allah agar diturunkan hujan bagi membersihkan jerebu yang sedang menyelubungi negara kita kini," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Nasharudin berkata, rakyat perlu diberitahu secara langsung kedudukan API semasa agar mereka boleh bertindak secara yang tepat dan bermaklumat.
"Walaupun Dato' Seri Najib kata tidak perlu, tetapi bagi kita maklumat ini sangat perlu untuk menjadi panduan kepada rakyat bertindak dengan tepat," kata Nasharudin.
Beliau yang baru turun dari kapalterbang yang membawanya dari Kota Bharu ke KLIA dan berkenderaan ke rumahnya di Cheras berkata, jerebu menyelubungi seluruh negara.
"Di Kota Bharu tadi tidak berapa tebal sangat tetapi di KLIA sangat tebal bahkan kini dalam perjalanan ke rumah saya di Cheras ini, KL penuh diselubungi jerebu," kata beliau kepada Harakahdaily.
Menurut Nasharudin, "kita tidak perlu menyalahkan sesiapa sekarang yang penting adalah mengambil langkah untuk menyelesaikannya segera dan memberikan amaran apa yang tidak patut dibuat dalam keadaan sebegini."
"Rakyat perlu tahu tahap semasa dan kerajaan perlu umumkan.
"Bagi saya sekarang, aktiviti di luar sangat tidak sesuai dan perlu dielakkan khasnya bagi kanak-kanak tetapi yang lebih tahu sepatutnya kerajaan," kata beliau lagi.
Menurut Nasharudin, dalam perjalanannya dari KLIA ke Cheras, jarak penglihatan tidak sampai satu KM dan ini sangat bahaya.
Banyak kenderaan yang memasang lampu kenderaan masing-masing.
"Saya pohon supaya semua pihak berhati-hati di jalan raya khasnya kerana keadaan sangat bahaya di luar. Memasang lampu kereta adalah perlu ketika ini," kata beliau kepada Harakah.
Sekolah tutup sessi petang
Wartawan Harakahdaily pula melaporkan, Sekolah Kebangsaan Methodist Jalan Pantai Baru, Kerinchi, Kuala Lumpur menutup sessi petangnya berikut jerebu yang semakin tebal di sekitar kawasan itu.
Seorang pelajar SMK Sri Pantai Kuala Lumpur yang berdekatan pula dibawa ke hospital kerana muntah-muntah yang dibimbangi kerana jerebu.
Kesemua pelajar lain sekolah itu telah diarahkan pulang awal iaitu kira-kira jam 12.30 tengahari.
(Gambar kelihatan pengawal keselamatan SMK Sri Pantai mengosok matanya yang pedih akibat jerebu)
Anjur solat Istisqa'
Sementara itu, Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan solat sunat Istisqa' (minta hujan)pada 13 Ogos ini.
Menurut Timbalan pengerusi lajnah tersebut, Hj Mohamad Nor Mohamad, solat sunat tersebut akan diadakan pada pukul 10 pagi di Darul Ummah, no 42, Jalan 1, Kg Pandan, Kuala Lumpur.
API dan AP hangatkan Kabinet hari ini
Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dua isu utama iaitu API dan AP dijangka akan dibahaskan oleh pemimpin negara.
Air Polutant Indeks (API) dan Appoved Permit (AP) dikatakan bakal menjadi isu hangat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Dato' Seri Rafidah Aziz telah diminta oleh Perdana Menteri untuk menerangkan kepada Kabinet tentang isu itu.
"Banyak perkara yang dia perlu jelaskan kepada Kabinet," kata Abdullah kepada media.
-ZS
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
