[EMAIL PROTECTED] wrote:
Soal Jawab Iblis (Alaihi Laknat) Dengan Rasulullah saw

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya 
dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala 
rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya 
ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai 
peringatan dan perisai kepada umat manusia. 

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa 
Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke 
hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau 
dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan 
sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, 
nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu 
serta disiksa dengan azab yang amat keras." 

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat 
ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan 
menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut 
putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi 
salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka 
sembah Iblis (alaihi laknat), 

"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? 
Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi 
dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk 
baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu 
Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya 
dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup 
dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia 
sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi 
Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai 
isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah 
menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya 
salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau 
saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku 
kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin 
yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan 
adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan 
hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba 
terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi 
Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu 
persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka 
Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, "Ya Rasulullah! 
Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah 
badan hamba menjadi abu." 

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata 
dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala 
perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis 
ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1): 
"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku 
terhadap engkau?"

Jawab Iblis: 
"Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara 
segala musuh hamba di muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana 
ketakutan. Sambung Iblis, "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat 
merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain 
hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan 
sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya 
hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. 
Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan 
berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk 
memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka 
kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat 
Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam 
neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba."

Soalan Nabi (2): 
"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?" 

Jawab Iblis: 
"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya 
kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan 
benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya 
meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, 
hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, 
rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan 
haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. 
Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan 
minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran 
dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa 
pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada 
pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah 
mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. 
Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau 
amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. 
Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil 
isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, 
megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka 
akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda 
mereka setiap saat."

Soalan Nabi (3): 
"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan 
pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat 
yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai 
kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan 
usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi 
pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis: 
"Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. 
Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar 
jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi 
ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari 
satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di 
dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-
tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di 
dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki 
(Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada 
lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada 
hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar 
menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah 
menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri 
(Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki 
dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui 
Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya 
dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun 
dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka 
mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya 
Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak 
puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. 
Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan 
mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan 
yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga 
mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang 
lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu 
daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. 
Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak 
dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, 
kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. 
Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar 
dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala 
tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya 
terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera 
hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi (4): 
"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis: 
"Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama 
ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak 
berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-
kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi (5): 
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal 
engkau?"

Jawab Iblis: 
"Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan 
lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis 
datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. 
Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas 
sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada 
pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis 
solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri 
kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi 
yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang 
sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau 
duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis 
sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis 
itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan 
menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman."

Soalan Nabi (6): 
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?" 


Jawab Iblis: 
"Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah 
tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari 
daripadanya."

Soalan Nabi (7): 
"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

Jawab Iblis: 
"Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka 
telah mencukupkan rukun Islamnya."

Soalan Nabi (8): 
"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada 
hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya 
Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. 
Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang 
lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak 
dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba 
ialah segala isi langit dan bumi ; yakni Malaikat, bulan, bintang, 
burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang 
yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan 
pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup 
manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan 
angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke 
dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah 
Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba 
dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan 
tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi 
yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu 
kami." "Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan 
dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri 
telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan 
bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding 
bulan biasa." 

Soalan Nabi (9): 
"Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar - besar seteru 
hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang 
dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang, 
"Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu 
mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu 
Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir 
kepadanya, inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu 
percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan 
tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini 
dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan 
Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan 
berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak 
menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani 
hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum 
syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka 
gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana 
imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya 
Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku", kerana dia adalah 
orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam 
hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak 
boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. 
Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi 
menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat 
datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu 
sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan, "Barang siapa menulis 
Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan 
dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati 
syahid." Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana 
hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, 
alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka 
terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta 
beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah 
menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali 
Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 
'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu 
dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantu kepada 
tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya."

Soalan Nabi (10): 
"Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?" 

Jawab Iblis: 
"Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit 
yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat 
kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan 
laranganNya seperti kata Jibrail a.s, "Ulama itu adalah pelita dunia 
dan pelita akhirat." Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang 
yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal 
soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; 
terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. 
Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan 
hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut 
kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak 
hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak 
mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta 
kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka 
dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan 
istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan 
tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik 
hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan 
menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan 
maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."

Soalan Nabi (11): 
"Siapa yang serupa dengan engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar 
agama Islam."

Soalan Nabi (12): 
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi (13): 
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?" 

Jawab Iblis: 
"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa 
pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke 
badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi (14): 
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa 
pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba 
akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba 
dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar 
kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua 
kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan 
tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. 
Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi (15): 
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, 
menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil 
air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi (16): 
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" 

Jawab Iblis: 
"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak 
atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba 
mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada 
bulu itu."

Soalan Nabi (17): 
"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh 
tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga 
terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan 
isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat."

Soalan Nabi (18): 
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak 
diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat 
tengah malam."

Soalan Nabi (19): 
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya" 


Soalan Nabi (20): 
"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" 

Jawab Iblis: 
"Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, 
membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah 
bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'"
--- End forwarded message ---
 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke