Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Selamat menyambut kehadiran Rejab yang mulia. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengannya.. Sama-samalah kita perbanyakkan amalan di mulia ini.. bukan kerana terpedaya dengan hadis-hadis palsu yang banyak disebarkan tetapi semata-mata mengharapkan rahmat dan redhaNya.. Beribadahlah seolah-olah kita tidak punya peluang lagi untuk hidup esok hari dan bekerjalah seolah-olah kita kan hidup selama-lamanya.. Insyaallah tiap pekerjaan yang baik dengan niat yang ikhlas kerana Allah ianya tetap dan dikira sebagai ibadah dan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan samada sedar mahupun tidak....
Cerita AP (Ayah Pin dan AP) sudah agak reda, namun saya tertarik dengan motivasi pagi oleh Dr HM Tuah di Selangor FM setiap pukul 7.30 pagi, berkisar tetang ajaran sesat.. Ayah Pin contohnya.. nampak sangat sesatnya sebab diwarwarkan oleh media massa.. Tetapi kita ni belum tentu tak sesat.. katanya " Hmm.. tak solat tu.. ingat tak sesat ker.. Dan kalau pun solat tapi tak cukup rukunnya tu.. ingat tak sesat ker?? Fikir-fikirkanlah.. Yang kita nampak hanya kesesatan orang lain.. tapi kita tak memuhasabah diri sejauh mana Islam dan BERIMAN nya kita ni..
Agak-agaknya la.. Bayangkanlah yang kita ni hidup di zaman Rasulullah Sallallahu alai wassalam yang masyarakatnya hidup dalam kejahilan
pemerintahnya tak melaksanakan undang-undang dan hukum Islam.. Anak-anak perempuan dibunuh, maksiat bermaharajalela.. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang buta huruf tetapi terkenal dengan sifat benarnya mengaku yang Baginda seorang utusan Allah.. Agak-agaknyalah.. kita ni termasuk dalam golongan pengikut atau penentang ya? Kita ni yang dari dulu dilahirkan menjulang agama, undang-undang dan hukum yang sedia ada.. Tiba-tiba ada yang yang bawa agama baru dan mendakwa dialah yang benar.. Agak-agak Abu Jahal, Abu Lahab, Abi Talib tu tak mahu menerima Islam sebab tak mahu menerima ibadah-ibadah ritual atau sebab tak mahu menerima keseluruhan Islam itu?? Tentulah sebab tak mahu terima Islam dalam kehidupan.. Dari sekecil-kecil perkara dari bab adab-adabnya hinggalah sebesar-besarnya soal aqidah, muamalah, munakahat dan jinayah..
Agak-agaknya la, patut ker.. patut ker kita ni sewenangnya mendabik dada dan mengatakan kita ni akan masuk syurga setakat mengaku Allah adalah Tuhan Dan Nabi Muhammad adalah nabi utusan Allah, cukupkah setakat solat dan puasa ala kadar.. sedangkan seluruh hidup kita tak seperti mana yang kita selalu ikrarkan dalam doa iftitah yang kita baca tiap kali solat tu Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbi alamin
. Sesunggunya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah kerana Allah Tuhan sekalian Alam.
Kalau begitulah.. Bukankah Allah menjadikan kita ini sebagai khalifahNya untuk mentadbir alam ini
mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah nabi
Tapi kita lebih pandai pula dari pencipta alam ini dengan mengatakan TAK SESUAI , TAK RELEVAN dan umpamanya
Dalam Islam telah diajar tentang segala-galanya.. Ambil contoh bab makan, adab-adabnya.. tapi kita lebih rela guna budaya barat dengan suap mnggunakan tangan kiri apabila makan western food. Malu takut dikata tak tahu protokol.. Sedangkan ada hadis yang mengatakan makan dengan tangan kiri itu adalah orang yang takbur.
Pendekkata apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini jika ia bersesuaian dengan apa yang telah diajar oleh Allah dan Rasulnya kita akan selamat
Jika kita tak mampu lakukan kesemuanya janganlah pula ditinggalkan kesemuanya.. Tak mampu dan tak mahu ikut mana-mana sunnah, usahlah diperlekeh dan memperkecil usaha insane-insan yang mahu menghidupkan sunnah. Dosa dan pahala bukan di tangan kita. Dan yang paling penting ingatlah.. bahawa Nilaian Allah tidak sama dengan nilaian manusia.. Lakukanlah apa yang disukai oleh Allah dan Rasulnya walaupun dibenci manusia kerana tidak ada gunanya mencari redha manusia, mencari popularity di dunia ini sedang kita berada dalam kemurkaan Allah
Carilah ilmu.. kerana memuntut ilmu itu adalah wajib buat semua.. terutamanya Ilmu Tauhid/aqidah.. Bukankah awal-awal agama itu adalah mengenal Allah.. tak kenal Allah maka jadilah kita manusia yang lupa diri dan hidup dalam kesesatan.. Kita merasakan kita di pihak yang benar sedangkan di sisi Allah kita sebaliknya
. Belajar aqidah kita kan tahu batas-batas kita sebagai hambaNya, tahu perkara-perkara yang boleh membatalkan islam dan Iman.. dan berusaha menjaga serta meningkatkan iman
Maut akan menjemput tanpa kita ketahui tarikh dan waktunya.. Bimbang-bimbang nyawa kita diambil dalam keadan kita lalai, leka dan berdosa dengan Allah
Agama itu nasihat.. Mudah-mudahan ianya bermanfaat buat diri saya dan semua..
(Jom dengan ceramah kat radio pukul 1.30 di Selangor FM, ulangannya pukul 7.30 malam)
Yahoo! Mail for Mobile
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
