Ummah kehilangan permata dengan pemergian Sheikh Ahmed Deedat
Tuesday, August 09 @ 16:50:15 MYT


Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) - PAS menganggap umat Islam sedunia telah kehilangan sebutir permata apabila pendakwah terkenal, Sheikh Ahmed Deedat, 87, meninggal dunia setelah terlantar diserang sakit angin ahmar serius selama sembilan tahun.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang berkata, PAS mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan Allah SWT bersama-sama dengan para syuhada iaitu di syurga Firdaus.

"Kita doakan semoga usaha dakwah yang dibawa oleh Allahyarham akan terus berkembang terutama dalam konteks sekarang di mana umat Islam sedang berhadapan dengan cabaran hebat pada abad ke-21," katanya.

Menurut beliau, umat Islam memerlukan tokoh-tokoh agama yang boleh berhujah dengan baik terutama ketika berhadapan golongan pendukung Kristian.

Ustaz Ahmad mengenali secara dekat dengan Allahyarham awal tahun 1980-an dan sering mengadakan perbincangan iaitu ketika beliau adalah Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia dan Pengarah Pusat Islam di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang pendakwah yang cukup luas pandangan serta mempunyai pengalaman bukan sahaja dalam agama Islam bahkan dalam konteks masyarakat Barat iaitu Kristian.

Ahmed Deedat dilahirkan di daerah Surat, India pada tahun 1918 dan beliau telah mengasaskan Pusat Penyebaran Agama Islam Antarabangsa (IPCI) di Durban, Afrika Selatan.

Beliau banyak menerbitkan buku-buku berbahasa Inggeris dan buku tersebut tersebar di kalangan penganut Kristian sehingga ramai penganut agama itu memeluk Islam.

"Kita percaya Allahyarham banyak meninggalkan warisannya iaitu pendakwah-pendakwah yang kini berada di rantau Afrika Selatan, manakala buku-buku terbitan Allahyarham perlu dikumpulkan untuk dikaji semula dan perlu diletakkan di semua perpustakaan," katanya.

Menurutnya, Allahyarham yang mempunyai BA (ijazah) dalam bidang undang-undang pernah bekerja di warung dengan mendapat upah yang sangat rendah serta rajin membaca 'Bible' untuk membuat perbandingan antara agama-agama yang membawa kebenaran. - lanh


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke