Hampir 1,000 sertai bantah ISA di Masjid Negara
Friday, August 12 @ 11:56:27 MYT


"9 tahanan ISA, termasuk Nik Adli, telah genap empat tahun ditahan tanpa bicara"

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - Hampir 1,000 aktivis hak asasi manusia dan pemimpin politik menyertai perarakan membantah penahanan sembilan tahanan ISA yang kini menjangkau empat tahun.

Perhimpunan yang dimulakan di perkarangan Masjid Negara sebaik sahaja selesai Solat Jumaat tadi berakhir di Pejabat Suhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Turut menyertai perhimpunan itu adalah Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Noh Syed Ibrahim.

Turut serta adalah para pemimpin PAS Pusat dan Wilayah Persekutuan.

Antaranya Salahudin Ayub, Ketua Pemuda PAS, Bendahari Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Nor dan lain-lain lagi.

Pagi tadi, rakyat Malaysia sekali dirayu sertai tunjuk perasaan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan diadakan selepas solat Jumaat petang ini di hadapan Masjid Negara.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Kerja Kempen Bebaskan Tahanan Empat Tahun ISA, Nashita Mohd Nor perarakan Aman itu diadakan sempena Kempen Bebaskan sembilan tahanan yang genap empat tahun ditahan ISA.

Mereka adalah Ahmad Pozi Darman, Alias Ngah, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Solehan Abdul Ghafar, Mohd Luthfi Ariffin, Mohd Rafi Udin, Mohd Zulkifli Mohd Zakaria, Zainon Ismail dan Zid Sharani Mohd Isa.

Program itu adalah anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Satu perarakan mengiringi isteri tahanan dibuat dari Masjid Negara ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) selepas berhimpun di Masjid Negara. -wn


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke