Hadapi kenaikan harga petrol dan barangan lain, gaji KM Melaka naik RM1,289 lagi
Wednesday, August 10 @ 13:31:04 MYT


KOTA MELAKA, 10 Ogos (Hrkh) - Bagi menghadapi kenaikan harga petrol dan barangan lain yang menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, gaji Ketua Menteri Melaka telah dinaikkan lagi kepada RM14,175 berbanding RM12,886 sebelum ini.

Kenaikan itu pula terpaksa di'back dated'kepada 1 Januari 2004 lagi kerana harga minyak dan barangan lain telah mula naik sejak tarikh tersebut.

Mungkin itulah alasannya kenapa gaji Ketua Menteri Melaka, para exco dan wakil-wakil rakyatnya itu dinaikkan.

Dewan Undangan Negeri Melaka baru-baru ini meluluskan kenaikan gaji dan elaun anggotanya sebanyak 10 peratus yang dipercepatkan kepada "mulai 1 Januari 2004".

Kenaikan itu dibuat di bawah Members of the Administration and the Legislative Assembly (Remuneration) (Amendment) Enactment 2005 .

Kenaikan itu telah menyebabkan kos tambahan sebanyak RM437,813 sebulan kepada kerajaan negeri Melaka.

Langkah itu akan menyebabkan setiap Adun akan menerima gaji baru sebanyak RM4,112 sebulan berbanding RM3,738 sebulan sebelum ini, selain pelbagai alaun yang lain.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor juga mengambil tindakan yang sama.
-ZS


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke