|
Assalamualaikum Terpanggil aku utk berbicara pasal MAWI, AF3. Cuba selami
dan fahami bicara yg aku lakarkan. Halusi dan fahamilah dgn pengertian yang
mendalam dengan bertunjangkan akal yg waras. Aku wanita yg pernah lalui keadaan seperti MAWI ini
cumanya waktu itu aku tidak di
kenali. Waktu itu, Pusat Islam menganjurkan Audition utk mencari ramaja2 yg
berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan. Terbuka utk remaja yg berminat dan
pesertanya dari ceruk rantau di Malaysia ni. Aku tergerak utk pergi dan aku
berjaya. Seperti yg di beritahu oleh pengendali audition tu, akulah peserta yg
mempunyai markah paling tinggi (nyanyian) dlm audition tu. Aku mmg gembira sgt
masa tu. Juri masa tu, Roslan Imam, Ibrahim Bachik dan 2 lagi (tak
ingat). Peringkat seterusnya, peserta yg terpilih dipanggil utk
saringan seterusnya dan aku berjaya Hanya 20 peserta yg betul-betul berjaya
termasuk aku dan kami di minta selama 1 bulan utk menghadiri kursus yg
disediakan. Bak sekarang mcm AF tu la. Tapi kami tak glamour mcm tu. Tak ada
wartawan / kamera yg mengekori. Tapi kdg2 masuk juga paper. Dalam tempoh kursus
tu, mcm2 yg kami pelajari. Masa seisi kelas berjalan, mmg ada percampuran lelaki
dan perempuan tapi kami tahu batas2nya. Niat kami hanya satu iaitu ingin
pelajari sebanyak mana ilmu yg di beri oleh tutor yg terdiri dari pelakon dan
penyanyi popular. Percayalah, di hati kami bukan utk menggatal, menggedik atau
ingin mencari glamour. Cumanya kami merasakan, kami meminati seni dan ini lah
permulaannya. Dalam seisi tu, kami masih tidak tinggal sembahyang malah
berjemaah. Kami mengamalkan konsep persaudaraan yg kukuh. Lepas habis kursus,
kami diserapkan pada show2 yg telah di atur. Aku faham keadaan MAWI. Aku wanita yg bertudung dan aku
meminati seni. Aku pernah mempunyai impian untuk menjadi penyanyi yg
menyampaikan unsur2 dakwah melalui lagu. Sebab aku tahu, kalau kita buat
ceramah2 Agama, yg hadir kebanyakannya ialah org2 veteran dan kemana anak2
remaja kita? Lalu dgn cara nyanyian, cara penampilan diri (mungkin) aku cuba
mengajak teman2 juga diriku agar kita sama2 menjadikan Islam itu asas kehidupan.
Aku rasa itulah yg MAWi cuba sampaikan. Kalian fikir, terlibatnya insan2 seperti
kami ini adalah utk mempersendakan Islam. Jawapannya tidak. Mungkin cara kami
ada kalanya salah tapi kami sebenarnya mahu membimbing rakan2 di luar sana utk
menjadi insan yang berguna. Perjalanan dan perjuangan MAWI masih jauh. Aku tahu untuk
merialisasikan impiannya, beliau perlu tabah. Aku tahu apa yang MAWI cuba
tonjolkan. Dia mmg ada kekurangan sebab dia juga manusia biasa tapi kita harus
memberikan dorongan padanya. Cuba kalian beritahu, tidak mahukah kalian melihat
anak2 gadis kita bertudung hanya kerana MAWi mengatakan beliau suka dgn wanita2
yang bertudung. Di situ saja sudah nampak mesej yang disampaikan. Itu lah
permulaannya. Aku tak rasa MAWI cuba utk mempersendakan agama. Aku juga tak rasa
MAWI cuba mencari populariti. Di dalam AF, mmg aku juga menyaksikan MAWI ada pegang
tangan wanita. Hukumnya tetap berdosa walau apa alasan sekali pun. Tapi aku
percaya, MAWI juga tak suka dgn keadaan tersebut. Kalau boleh beliau ingin
menjauhi keadaan itu. Aku harap MAWI berdoa memohon keampunan dari Allah dan
takkan mengulangi perbuatan itu di kemudian hari. Sekarang, karier aku sudar bertukar dari ingin menjadi
penyanyi aku menjadi eksekutif di salah sebuah sykt swasta. Sebabnya aku takut
dgn gelombang kehidupan seorang penyanyi. Lagi pun aku wanita, banyak yg harus
aku jaga demi mematuhi Islam. Aku mmg gembira dgn lahirnya kumpulan2 nasyid yang
lagunya lebih berkisar pada kehidupan dan ketuhanan. Lihat sajer kumpulan
Raihan, Rabbani, Hijjaz. Mesej yg disampaikan dalam lagu mmg berguna. Kalau
diselami dgn lebih mendalam lagi, keinsafan akan datang dalam diri. Hayati bait
lagu SELIMUT PUTIH, PERGI TAK KEMBALI, bukankah ianya mengundang keinsafan.
ALHAMDULILLAH DAN BISMILLAH, bukankah lagu itu cuba mengajar kita. Penyanyi spt
M.Nasir, Ramli Sarip, Waheeda, juga cuba menyampaikan mesej ketuhanan dan
kehidupan dalam lagu mereka. Itu juga dakwah namanya.
MAWI adalah antara generasi pelapis yang menyambung
kesinambungan kumpulan2 nasyid ini. Aku berdoa agar MAWI berjaya dalam apa yg
cuba beliau perjuangkan. Aku tak nafikan dan takkan menafikan bahawa Muhammad
s.a.w, junjungan besar adalah idola yang paling bagus. Perjuangan beliau akan di
sambung walau apa cara sekali pun dgn cara yg betul dan benar. Mungkin kaki kita
akan terpelecok sedikit, tapi kita kembali ke jalan yang lurus untuk memastikan
Islam itu terus bersinar di dunia ini. Yang penting dakwah itu harus
berterusan. Renunglah.. sesuatu yg baik itu tak semestinya sempurna, sesuatu yang jahat itu juga tak semestinya tidak lengkap. Apa pun... kesempurnaan itu hanya milik ALLAH YA RABBI dan kita manusia adalah khalifah di muka bumi yang dibahu tergalas berjuta tanggunggjawab. Lalu usah hanya pandai berkata, tapi pernahkah kita bertanya sudahkah kita menunaikan tugas kita, kerana amalan dan kejahatan walau sebesar zarah akan di hitung. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". YAHOO! GROUPS LINKS
|
