Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Oleh Jason Bennetto, wartawan jenayah
Bom-bom yang digunakan dalam serangan pengganas Khamis lalu âberasal dari pihak tenteraâ, menurut seorang pegawai kanan polis Perancis yang dihantar ke London untuk membantu dalam apa yang dilihat sebagai penyiasatan jenayah terbesar dalam sejarah Britain.
Christophe Chaboud, ketua Unit Penyelaras Anti Pengganas Perancis, memberitahu akhbar Le Monde yang bahan letupan yang digunakan dalam serangan bom tersebut âberasal dari pihak tenteraâ, yang beliau gambarkan sebagai âsangat membimbangkanâ. âKita lebih biasa dengan sel-sel membuat bahan letupan buatan rumah dengan bahan-bahan kimia,â kata beliau. âBagaimana mereka mendapatkannya? Sama ada melalui pasaran gelap, contohnya, di Balkan, atau mereka mempunyai seseorang di dalam yang membolehkan mereka membawa keluar dari markas tentera.â
Beliau menambah yang kecederaan-kecederaan mangsa mencadangkan yang bahan letupan, yang âtidak berat tetapi berkuasaâ, telah diletakkan di atas lantai, mungkin di bawah kerusi.
Sehingga 400 polis tambahan telah dikerah untuk membantu dengan siasatan pengeboman itu. Kebanyakkan dari polis tambahan tersebut akan membantu dalam menganalisa beribu-ribu jam rakaman video dari kamera di dalam dan di sekitar sistem keretapi bawah tanah dan bas yang diserang oleh pengganas-pengganas itu. Polis setakat ini telah mengambil 2,500 pita video dan dijangka mengkaji lebih banyak lagi semasa siasatan itu.
Detektif-detektif kanan berkata analisa gambar-gambar dari kamera pengawasan adalah penganalisa menggunakan CCTV yang terbesar setakat ini. Scotland Yard telah menyewa bilik-bilik video tambahan untuk melihat pita-pita tersebut. Detektif-detektif tersebut berharap akan ada gambar pengganas diantara berpuluh ribu jam rakaman tersebut.
Selain dari mengkaji kamera-kamera dari tiga keretapi bawah tanah yang terjejas akibat letupan bom itu, polis telah mendapatkan kembali setiap kamera di stesen-stesen yang dilalui keretapi-keretapi tersebut, dan kamera-kamera di luar pintu masuk setiap stesen. Bom-bom keretapi bawah tanah itu berada di landasan Piccadilly yang menghala ke selatan dan landasan Circle, yang bermakna terdapat 40 stesen bawah tanah di mana pengebom-pengebom itu boleh naik.
Selain dari mengkaji kamera-kamera pada kedai-kedai, bank-bank, dan perniagaan-perniagaan lain, polis juga akan melihat kamera-kamera kelajuan. Kamera di atas bas No. 30 yang telah diletupkan di Tavistock Square pada mulanya disangka telah rosak.
Satu sumber dari jabatan polis berkata mengenai tugas CCTV tersebut: âIa adalah satu tugas yang amat berat yang memakan masa yang lama; ia kelihatan mustahil â tetapi ia tidak.â Di antara 200 dan 400 pegawai tambahan dari Polis Metropolitan ditugaskan unutk siasatan ini. Ini adalah tambahan kepada 400 pegawai dari cawangan anti pengganas dan kebanyakkan dari 800 dari Cawangan Khas Metropolitan.
Peranan penting yang boelh dimainkan oleh CCTV dalam siasatan jenayah diketengahkan dalam kes David Copeland, âpengebom pakuâ yang telah melakukan serangan di Soho, Brixton dan Brick Lane, timur London. Sekumpulan pegawai polis mempunyai 26,000 jam video pengawasan dari berdozen-dozen kamera di Brixton, selatan London. Mereka mengambil masa 24 jam sehari meneliti aktiviti jalanan yang sibuk dalam usaha mereka mengecam penyerang tersebut.
Pengebom itu pertama kali dilihat dari kamera-kamera yang sedang merakamkan pintu masuk kedai runcit Iceland. Copeland dicam oleh bos beliau dan seorang drebar teksi selepas polis mengeluarkan gambarnya yang diambil pada hari beliau meletakkan bom pertamanya pada April 1999.
Pakar-pakar sains forensik dan pegawai-pegawai anti pengganas semalam terus mengkaji keempat-empat kawasan jenayah untuk bukti-bukti bom dan kemungkinan pengebom berani mati. Ini termasuk melakukan X-ray ke atas mayat-mayat untuk melihat sama ada terdapat sebarang bahagian-bahagian bom atau alat jangka masa, yang boleh memberi petanda yang penting, tertanam di dalam mereka. Masih tidak jelas jika ada pengganas yang terkorban dalam bas yang dibom itu, yang meletup sejam selepas letupan-letupan di dalam keretapi bawah tanah.
Detektif-detektif sedang meneliti kesemua mangsa-mangsa dalam letupan bom itu. Seorang sumber jabatan anti pengganas berkata mereka telah mendapat bukti-bukti penting, tetapi masih berfikiran terbuka sama ada terdapat penglibatan pengebom berani mati. Sir Ian Blair, pesuruhjaya di Metropolitan Polis, menggambarkan kawasan siasatan sebagai âkawasan jenayah yang terbesar dalam sejarah Inggerisâ.
James Hart, pesuruhjaya Polis Bandaraya London, menambah: âKita tidak boleh membuat andaian apa yang terjadi pada hari Khamis adalah yang terakhir. Kita harus berhati-hati.â
--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 8/11/2005 11:15:00 AM
Too much spam in your inbox? Yahoo! Mail gives you the best spam protection for FREE! Get Yahoo! Mail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
