Dr. Omar bin Yaakob
29. Islam dan Sains
Al-Quran bukan Buku Sains (Book of Science). Ia adalah Kitab Hidayah. Walaupun ia bukan buku sains, ianya tetap boleh dianggap sebagai Book of Signs , yakni ia juga buku yang menunjukkan tanda-tanda kebesaran Ilahi.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menceritakan penciptaan langit dan bumi, penciptaan manusia, tumbuhan, silih berganti malam dan siang serta pelbagai kejadian alam. Maksud ayat-ayat ini ada kalanya bersifat qat'i (muktamad/jelas/ non-debatable) tetapi ada yang bersifat dhanni (debatable/kurang jelas).
Sains juga mempunyai teori dan fakta yang berbeza tahap kesahihannya. Ada yang dhanni, ada yang muktamad, qat'i.
Prinsip penting dalam hubungan di antara sains dan al-Quran ialah: Tidak ada ayat al-Quran (samada dhanni atau qat'i) yang bercanggah dengan fakta sains yang telah sahih, terbukti secara muktamad. Sebaliknya, sesuatu fakta sains yang bercanggah dengan ayat-ayat al-Quran yang qat'i tidak mungkin betul.
Oleh itu, fakta dan teori sains yang telah jelas muktamad dan terbukti seperti 'teori graviti' atau 'bumi beredar mengelilingi matahari' tidak mungkin bercanggah dengan mana-mana ayat al-Quran.
Tetapi fakta atau teori sains yang masih di peringkat dhanni tidak mungkin betul sekiranya bercanggah dengan ayat al-Quran yang bersifat qat'i
Salah satu teori sains yang bersifat dhanni ialah 'teori' evolusi. Sehingga kini, 'teori' evolusi ini tidak dibuktikan. Ianya berasaskan andaian dan penuh dengan keraguan. Tetapi oleh kerana ia boleh dijadikan asas kepada tamadun materialisme barat, teori ini kini dinobatkan sebagai seolah-olah 'fakta' yang muktamad.
Sebaliknya ayat-ayat mengenai asal-usul penciptaan manusia adalah muktamad/qat'i/jelas. Keturunan manusia berasal dari Adam dan Hawa yang diciptakan oleh Allah. Dua world-view yang berbeza terhasil akibat perbezaan pandangan tentang asal-usul penciptaan manusia. 'Teori' evolusi mengatakan manusia adalah satu tahap atau mata-rantai dalam proses evolusi hidupan tumbuhan dan haiwan di atas muka bumi. Ia mengatakan manusia adalah hasil evolousi makhluk seperti monyet dan beruk.
Oleh kerana ia bercanggah dengan dalil al-Quran yang qat'i, kita yakin bahawa apa yang dikatakan teori evolusi ini sebenarnya bukan teori, bahkan ianya pembohongan yang ketara, yang tak mungkin akan dapat dibuktikan.
Sebaliknya, terdapat ayat al-Quran yang bersifat kabur, tafsirannya tidak begitu jelas. Ayat-ayat ini mungkin ditafsirkan secara berbeza oleh pelbagai pihak. Maka ada kemungkinan, tafsiran yang berbeza ini akan berselisih dengan fakta sains yang telah atau bakal terbukti.
Misalnya, ada orang cuba mentafsirkan beberapa ayat al-Quran yang tidak begitu jelas sebagai 'membuktikan' terjadinya letupan yang dahsyat (big-bang) semasa penciptaan langit dan bumi, atau bahawa terdapat ayat-ayat 'membuktikan' wujudnya 'makhluk asing' dan seumpamanya.
Semua ini mungkin dilakukan untuk menunjukkan bahawa Islam adalah serasi dengan sains moden. Saya mengira ini kita perlu berhati-hati dalam hal ini kerana kita mentafsirkan ayat yang membawa pelbagai makna untuk membuktikan keserasian al-Quran dengan fakta atau teori sains yang juga masih belum muktamad.
Inilah yang terjadi kepada pemuka gereja di abad pertengahan yang mentafsirkan ayat-ayat kitab Bible yang kabur mengikut fakta sains yang masih belum pasti seperti matahari mengelilingi bumi dan bulan memancarkan cahayanya tersendiri dan seumpamanya. Apabila ilmu sains membuktikan secara sahih dan qat'i fakta-fakta yang bercanggah dengan tafsiran tersebut, pendeta dan paderi tetap mempertahankan tafsiran benang basah mereka sebagai kebenaran mutlak, maka berlakulah kehilangan kepercayaan terhadap kepemimpinan gereja secara keseluruhan.
bersambung inshaAllah..
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
