Dr LoLo Ghazali <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

TEKNOLOJI TERKINI MENGESAN BARAH PAYU DARA

ELECTRIC IMPEDANCE TOMOGRAPHY ( EIT )

10 SEBAB KENAPA ANDA HARUS MENJALANI UJIAN EIT

1 ALAT YANG SANGAT BERNILAI SEBAGAI KOMPLEMEN KEPADA
MAMMOGRAM DAN ATAU ULTRASOUND.
2 SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN UMUR.
3 SELAMAT DIGUNAKAN KEATAS IBU MENGANDUNG DAN WANITA
MENOPOS.
4 BEBAS DARI RADIASI ATAU KESAN SAMPINGAN
5 CEPAT DAN MUDAH DIGUNAKAN, HANYA MENGAMBIL MASA 20
SAAT UNTUK SATU PUSINGAN UJIAN.
6 PROSEDUR YANG SELESA DAN TIDAK MENYAKITKAN
7 SANGAT RINGKAS, IMEJ YANG TERANG, AGAK TEPAT DAN
BOLEH MENGIDENTIFIKASI BARAH DENGAN JELAS.
8 ALAT YANG KECIL DAN BOLEH DIBAWA KEMANA-MANA
MESKIPUN TEMPAT TERPENCIL.
9 TELAH DIUJI-KAJI OLEH PERSATUAN KEBANGSAAN KANSER
MALAYSIA ( terhadap 300 wanita )

Tahukah anda, wanita Malaysia seawal umur dua puluhan
dikesan mengidap KANSER ATAU BARAH PAYU DARA. Mengapa
biarkan diri anda dalam teka teki dan kerisauan
tentang fenomena yang menakutkan ini. Kini ada
teknoloji terkini dan MESRA pengguna untuk pengesanan
asas barah payu dara iaitu EIT atau pun ELETRIC
IMPEDANCE TOMOGRAPHY.

M udah

E fisyen

S elamat

tanpa Ra diasi

Pusat Perubatan Kohilal Taman Melawati menawarkan
khidmat EIT kepada semua wanita ( juga lelaki yang
disyakki ) bermula pada hari ini Selasa 9 Ogos 2005
dari 11 pagi hingga 3 petang. Sesi ini akan diteruskan
pada setiap Hari Selasa kecuali cuti umum. Sila
hubungi 03 41068466 / 7 / 8 untuk temu janji. Sila
sampaikan pesanan ini kepada orang-orang yang anda
sayangi dan mereka yang anda kenali.

“Sungguh menakutkan. Itulah yang dapat saya katakan
terhadap kanser Payudara yang telah meragut nyawa
seorang waris saya, di kampung saya. Pada mulanya kena
buang lepas tu lama kelamaan dia meninggal pada usia
yang muda....

Barah ini walaupun majoriti mangsanya adalah atas
40an, tetapi statistik menunjukkan wanita atas 18
tahun sudah punyai risiko terkena kanser ini. Justeru,
kepada kaum wanita, dinasihatkan supaya mula
berhati-hati,berwaspada dan ambil langkah awal dan
berkala untuk mengesan barah tersebut. Oleh kerana
peringkat awal biasanya tiada kesakitan yang dialami
simptom ini hanya dapat dikesan oleh pengidap setelah
kanser menimbulkan rasa sakit dan biasanya telah mula
merebak..... nauzubillah.... “ Daniel, seorang bakal
suami yang sangat prihatin…

10 FAKTA untuk wanita tentang Barah payu dara…

Fakta 01 Barah Payudara lebih kerap menyerang wanita
yang melebihi 45 tahun
Penyakit barah payu dara adalah penyakit yang lazimnya
tidak menyerang mereka yang muda usianya! Sekiranya
anda berumur dibawah umur 30an, maka risiko untuk anda
menghidap penyakit ini adalah rendah. 90% daripada
kelainan payudara bukanlah barah!

Fakta 02 Ramai yang mengenali seseorang yang diserang
barah payudara…
Kaum wanita zaman ini lebih peka dengan isu serta
permasalahan penyakit payudara. Ini adalah kerana
penyakit ini pastinya pernah menyerang seseorang yang
mereka kenali. Ianya mungkin kaum keluarga, sahabat
handai atau rakan sekerja di pejabat.

Fakta 03 Wanita yang menyusukan anak secara eksklusif
selama 6 bulan atau lebih kurang berisiko untuk
mendapat barah payu dara
Satu pandangan dan pendapat terkini. Penyusuan ibu
bukan sahaja bermanfaat untuk anak tetapi juga ibu
yang menyusukan

Fakta 04 Bagaimana mengurangkan kehilangan nyawa
daripada barah payudara? Pengesanan awal adalah
kuncinya… Langkah pencegahan penyakit barah payu dara
berupaya untuk mengurangkan angka kehilangan nyawa
serta penderitaan akibat daripada penghidapan penyakit
tersebut. Usaha pengesanan awal adalah kunci utama
dalam menangani penyakit barah payudara.

Fakta 05 Kesihatan anda tertakluk kepada diri sendiri
anda
Amalan kesihatan payudara adalah terletak di tangan
anda! Usia dan kesibukan bukanlah halangan untuk anda
menguruskan kesihatan payudara anda.

Fakta 06 Ketahui Serta Kenalilah Payu Dara Anda
…Lakukan PSP
Pemeriksaan sendiri payudara (PSP) memang boleh
dilakukan secara sendiri tanpa perlu berjumpa doktor,
tetapi adakah anda melakukannya? Ianya haruslah
dilakukan apabila seseorang individu itu mula mencecah
usia belasan tahun. Ianya haruslah dilakukan selang
tiga hari selepas berakhirnya haid mereka, setiap
bulan atau pada masa yang lebih kurang sama dalam
pusingan haid



Sikap tidak peduli, kesibukan dan kurang yakin dengan
boleh diatasi dengan ujian EIT yang semudah
pemeriksaan sendiri payudara

Fakta 07 Untuk mereka yang berumur 30-39 tahun –
pemeriksaan klinikal payudara diperlukan
Selain daripada PSP, mereka yang berumur di antara
30-39 tahun sepatutnya menjumpai pengamal perubatan
setiap 2 tahun sekali untuk ujian klinikal walaupun
tidak mengalami kelainan payudara. Ujian klinikal
iaitu yang dimaksudkan disini sebagai Ujian EIT boleh
dilakukan bersama ujian PAP smear secara berkala. Juga
boleh dilakukan secara berasingan dan lebih kerap
seperti setiap 6 bulan sekali

Fakta 08 Secara am, anda tidak memerlukan pemeriksaan
ultrasound ataupun mamografi kalau payudara anda
terasa normal
Ini adalah pendapat yang agak terkebelakang. Walaupun
PSP mungkin mencukupi sebagai langkah aktif tetapi
ramai yang tidak melakukannya. Pemeriksaan saringan
ultrasound atau EIT perlu dijalani jika terasa
kelainan pada payudara anda. Pengimbasan mamografi
kurang popular kerana kesan sampingan radiasi dan
menyebabkab kesakitan terutama kepada wanita yang payu
daranya bersaiz kecil, oleh itu lebih sesuai untuk
kaum wanita yang usianya melebihi 40 tahun. Namun
begitu Ujian mamografi diperlukan sebagai langkah
pengesahan terhadap keputusan positif EIT dan juga
ultrasound, juga untuk mereka dari golongan berisiko
tinggi seperti yang mempunyai riwayat keluarga
pengidap barah payudara..

Fakta 09 Rasa kebimbangan yang keterlaluan tidak sihat
Rasa kebimbangan yang keterlaluan terhadap payu dara
anda bukanlah sesuatu yang sihat! Sebaliknya, tidak
berpengetahuan dan tidak ambil peduli mengenai
kesihatan payudara tidak bererti anda akan senang hati
selamanya.

Fakta 10 Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan
dan banyak makan makanan berlemak mempunyai lebih
risiko mendapat barah payu dara
Ini adalah fakta yang menakutkan dan melibatkan ramai
wanita. Menu makanan Malaysia yang agak kurang menitik
beratkan kesihatan dan lebih kepada rasa yang sedap
dan lazat mungkin menyumbangkan kepada kenaikan kadar
barah payudara


Disediakan oleh

Dr Lo’lo’ bt Hj Mohamad Ghazali
Pengarah Eksekutif
Pusat Perubatan Kohilal
225 Jalan Negara 2
Taman Melawati, Kuala Lumpur. Tel: 03 41068466
[EMAIL PROTECTED]




Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


Too much spam in your inbox? Yahoo! Mail gives you the best spam protection for FREE! Get Yahoo! Mail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke