Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Kalaulah kita hendak jumpa pemimpin negeri katakan
Menteri Besar, kita berhajat hendak dapatkan projek,
atau meminta sokongan permohonan biasiswa anak, atau
hendak minta didirikan balairaya di kampung kita, atau
hendak minta dibuat padang bola untuk remaja di taman
kita bermain, malu tak rasanya kita pergi dengan
pakaian compang camping, rambut kusut masai, badan bau
hapak ?
Lepas tu kita hendak minta sokongan biasiswa untuk
anak kita, anak kita tidak hadir bersama, lebih teruk
lagi anak kita yang nakal tu mencalarkan kereta MB,
berlumba motosikal depan rumah MB dan sebagainya ?
Pasti malu dan segan rasanya. Sudah pasti kita akan
berpakaian segak, pastikan rambut kita kemas, kalau
perlu digunting kita gunting dahulu. Lepas tu kita
nasihatkan anak-anak kita supaya bersopan apabila
jumpa MB, anak-anak muda yang hendak minta padang bola
juga hendaklah bersopan apabila jumpa MB dan tidak
lagi berlumba motosikal di hadapan rumah MB dan
sebagainya.
Apatah lagi kita dengan Allah. Tidak malukah kita
minta diadakan solat hajat akan seluruh rakyat jelata,
sedangkan mereka yang sering ingkar melanggar perintah
Allah dan meninggalkan suruhan Allah ini tidak disuruh
dahulu berbuat baik dan meninggalkan segala maksiat/
Jerebu, kekurangan air, tiada hujan, kenaikan harga
barangan semua ini adalah masalah besar yang melanda
semua rakyat di Malaysia ini. Sudah pasti hendaklah
diarahkan dahulu umat Islam di negara ini berbuat baik
dan meninggalkan kejahatan, sebelum kita memohon satu
hajat yang begitu besar daripada yang Maha Esa, kerana
ini adalah solat hajat untuk seluruh negara, bukannya
solat hajat untuk anak kita lulus cemerlang dalam
UPSR. Sedangkan jika kita mengadakan solat hajat untuk
anak kita lulus cemerlang dalam UPSR pun kita ajak
anak kita melakukan solat hajat dan membaca Yasin
secara berjemaah.
Memang benar jerebu adalah disebabkan kebakaran hutan
di Sumatera, tapi mengapa angin meniup jerebu tadi ke
Malaysia, mengapa tidak ke Lautan Hindi ? Jika
jawapannya ialah monsun, mengapa pula ada monsun dan
seterusnya. Sesungguhnya kebakaran hutan tadi adalah
penyebabnya sahaja, seperti mana kalau kita makan
kenyang ada juga orang makan yang tak kenyang-kenyang,
kerana semua ini adalah ketentuan Allah.
Rozmal bin Malakan , Taman Alamanda, NS
Layari http://rozmal.blogspot.com
Too much spam in your inbox? Yahoo! Mail gives you the best spam protection for FREE! Get Yahoo! Mail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
