Tantawi sambut baik Islam Hadhari
Saturday, 13 August 2005

Menurut beliau, konsep tersebut sejajar dengan Islam yang menuntut umatnya mencapai kemajuan dan melakukan keadilan kepada semua rakyat.

``Pelaksanaan Islam Hadhari bagi membangunkan umat di Malaysia merupakan usaha yang amat baik dan selaras dengan maqasid al-syariah (matlamat syariah) bagi mewujudkan negara hadhari,'' katanya.

Dikemaskini ( Saturday, 13 August 2005 )
Baca lagi...


Komentar : Dulu Sheikhul Al-Azhar ini mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam, bahkan sebagai Negara Islam Contoh meskipun mengamalkan undang-undang warisan British. Kemudian hari ini Sheikh Al-Azhar sekali lagi mengiktiraf Islam Hadhari, dan mendakwa bahawa Islam Hadhari ini berasaskan prinsip Islam yang kukuh. Semenjak Islam Hadhari diperkenalkan di Malaysia tidak pernah kita melihat Kanun Kesiksaan (hukum buatan manusia) bertukar kepada kepada hukum hudud, takzir dan jinayat Islam (qisas) . Bahkan perempuan Islam yang membuka aurat sentiasa ada di mana-mana, judi tetap berleluasa, sistem riba tetap berjalan, mahkamah syariah tetap mendapat kuasa maksima 6 kali sebatan, 3 tahun penjara dan RM5000 denda maksima. Nampaknya Teknik Pembungkusan sahaja baru tapi isinya tetap sama, tetap sistem sekular. Untuk melihat Islam sebenar Sila rujuk SN berjudul Islam Hadhari...Islam Kaffah?



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke