Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Hampir dua minggu negara kita Malaysia dilanda jerebu.
Menurut laporan ianya berpunca daripada kebakaran
hutan di Indonesia yang mana asap kebakaran hutan tadi
ditiup ke Malaysia oleh angin monsun pada ketika itu.

Sebelum jerebu melanda negara pada tahun ini tiada
sebarang ramalan pun yang mengatakan bahawa Malaysia
sekali lagi akan dilanda jerebu dengan kecanggihan
sistem satelit negara yang dapat mengesan tompok panas
di Sumatera. Malah dengan kecanggihan sistem ramalan
negara juga tidak dapat meramalkan bahawa angin monsun
tadi akan meniupkan asap kebarakan tadi dari Sumatera
ke pantai barat Semanjung terutamanya di sekitar
Lembah Kelang.

Maka mulalah pemimpin, rakyat dan media menyalahkan
kerajaan dan rakyat Indonesia kerana membiarkan rakyat
Malaysia menderita akibat hutan yang dibakar di
Indonesia bagi tujuan pertanian dan komersial.

Sejak dua minggu sudah , hari demi hari Indeks
Pencemaran Udara IPU menunjukkan peningkatan yang
membawa daripada keadaan udara yang tidak sihat ke
tahap yang bahaya. Kemuncaknya ialah apabila pada hari
Khamis 11 Ogos 2005 kerajaan Malaysia telah
mengisytiharkan darurat di dua tempat di Malaysia ini
iaitu di Kuala Selangor dan Port Klang. Orang ramai
mula panik tertanya-tanya apa akan berlaku apabila
perisytiharan darurat akibat jerebu ini, apa tindakan
yang harus mereka ambil.

Lebih memburukkan berita apabila dikhabarkan pula
kepada rakyat dalam semua media bahawa keadaan akan
bertambah teruk lagi kerana dalam masa dua minggu akan
datang pula angin monsun sekali lagi yang diramalkan
akan meniupkan lebih banyak asap daripada hutan yang
terbakar di Indonesia ke Malaysia.

Pelbagai cadangan yang sedang dalam pertimbangan untuk
memulihkan keadaan jerebu di Malaysia ini, yang mampu
dilakukan hanyalah pembenihan awam yang menelan
belanja yang tinggi untuk mendatangkan hujan yang
boleh menghilangkan jerebu tadi.

Satu kejadian alam yang aneh berlaku pada hari Jumaat
sebelum umat Islam menunaikan solat Jumaat. Pancaran
cahaya matahari mula keluar dari lilitan awan yang
cerah serta dikelilingi langit yang biru. Pemandangan
langit biru ini semakin lama semakin membesar setelah
solat Jumaat. Sebelum ini pemandangan yang terhad
akibat jerebu yang tidak sampai satu kilometer telah
menampakkan langit yang biru serta awan yang tinggi
yang letaknya beberapa kilometer diatas udara. Sedikit
demi sedikit jerebu hilang entah kemana, tiada hujan
yang turun untuk menghilangkan jerebu tadi. Ianya
hilang dengan sendiri.

Ramalan dengan penggunaan satelit yang canggih
seolah-olah dipersendakan oleh alam semulajadi atau
“mother nature”. Ramalan yang mengatakan sebelum ini
jerebu akan bertambah teruk dalam masa dua minggu
tiba-tiba hilang begitu sahaja. Ramalan yang
mengatakan hujanlah satu-satu faktor yang dapat
meredakan jerebu, membuktikan sebaliknya apabila
jerebu hilang begitu sahaja.

Apakah alam semulajadi atau “mother nature” ini
sengaja hendak mempersendakan manusia dengan tiupan
angin monsunnya ? Apakah kerana sebelum ini negara
telah dua kali digemparkan berada dalam keadaan
darurat iaitu darurat untuk membekalkan kondom kepada
pesakit HIV/AIDS dan darurat untuk menghalalkan
pelacuran , maka alam mempersendakan kita di Malaysia
ini untuk mengisytiharkan darurat yang sebenarnya ?

Siapakah sebenarnya yang mengawal sistem alam ini atau
“mother nature” ini kalau bukan Allah swt ? Maka
apakah mungkin Allah mempersendakan manusia dengan
jerebu, kerana manusia sering mempersendakan hukum
Allah yang terdapat didalam Al Quran ?

Persoalannya hutan di Indonesia itu terbakar setiap
tahun, malah mungkin setiap bulan, tetapi mengapa
tiba-tiba jerebu melanda Malaysia dan tiba-tiba jerebu
menghilangkan diri. Siapa yang mempersenda siapa ?

ROZMAL MALAKAN, Taman Alamanda, Senawang.



Layari  http://rozmal.blogspot.com


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke