Monday, August 15 @ 19:00:50 MYT
Oleh Mohd Yusri Amin
KOTA BHARU, 15 Ogos (Hrkh) - Sikap toleransi dan pemuafakatan pelbagai kaum di Kelantan dapat dibuktikan apabila amalan kebudayaan, pertuturan dan cara berpakaian masih kekal dipraktikkan sehingga sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, model perpaduan kaum masih dipertahankan di negeri ini sehingga sekarang.
Bukti yang lebih jelas dapat dilihat semasa tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 rakyat Kelantan dari pelbagai kaum masih mampu hidup dalam suasana aman dan damai.
Bahkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negeri ini sering dirujuk pihak Kuala Lumpur mengenai resepi perpaduan kekal yang kekal utuh di Kelantan biar pun berlaku peristiwa rusuhan kaum di tempat lain, katanya di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan ketika itu mengarahkan supaya rakyat menjaga perpaduan di samping mengingatkan mereka kepentingan hidup bertoleransi.
"Alhamdulillah, hasrat itu disambut baik anggota masyarakat Kelantan dari pelbagai kaum, bahkan dalam Islam sendiri kita berasal dari satu keluarga yang semuanya berasal dari Nabi Adam," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, sambutan Bulan Kemerdekaan ke-48 dan kempen mengibar jalur gemilang turut diadakan di negeri biar pun ditadbir pembangkang.
Kerajaan negeri difahamkan telah mengatur beberapa program sempena sambutan tersebut yang bermula 17 Ogos ini, di mana diadakan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-48 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.
Pelbagai acara disusun antaranya paluan rebana ubi, pertunjukan silat seni tari dan deklamasi sajak di Padang Merdeka. Manakala pada 26 Ogos program solat hajat dan doa selamat akan diadakan di Masjid Muhammadi.
Majlis Sambutan Ambang Merdeka dengan pertunjukan bunga api, pidato kemerdekaan, dikir barat, persembahan kebudayaan kaum Siam, adat resam Orang Asli dan paluan gendang kaum Tionghua akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV pada 30 Ogos bermula jam 8 malam.
Upacara kemuncak pada pagi 31 Ogos akan berlangsung dengan upacara perbarisan dan perarakan kemerdekaan di sekitar bandar Kota Bharu. Majlis Penutup sambutan Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada 16 September depan.
- /mj
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
