Tindakan Umno mahu PAS terima Islam Hadhari tidak masuk akal-Ustaz Nasha
Tuesday, August 16 @ 14:34:42 MYT


Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Hrkh) – Tindakan Umno mahukan PAS terlebih dahulu menerima prinsip Islam Hadhari sebelum bermuzakarah tidak masuk akal, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Ini kerana katanya, untuk menerima sesuatu perkara, sewajarnya satu perbincangan diwujudkan kemudian baru dibezakan inti patinya.

“Jika tidak diadakan perbincangan macam mana hendak ditentukan hala tujunya terutamanya perkara-perkara baru,” katanya kepada Harakahdaily.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyuddin Yassin, hari ini dipetik sebuah akhbar tempatan sebagai berkata PAS perlu menerima prinsip Islam Hadhari sebagai pembuka jalan bagi muzakarah.

Sementara itu pada sidang media di Taman Melewar, Ahad lalu, Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS telah menghantar surat rasmi kepada Setiausaha Agung Umno, menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan parti tersebut bagi membincangkan pelbagai isu dan masalah kepentingan rakyat.

Bagaimanapun Ustaz Abdul Hadi berkata, sehingga hari ini PAS belum menerima jawapan daripada Umno.

Dalam pada itu Ustaz Nasharudin menyifatkan pemimpin Umno kurang waras dalam memperjuangkan partinya.

Malah katanya, banyak hal yang diputarbelitkan Umno contohnya dalam pengurusan ekonomi, politik, pembangunan, dan termasuk juga dalam konteks kefahaman Islam.

Bagaimanapun katanya, PAS sentiasa bersikap terbuka dalam menangani sesuatu masalah khasnya yang membabit kepentingan agama dan negara.

“Sebab itu kita bersedia untuk berdialog dengan semua pihak dan mesej yang dibawa kita buka seluas-luasnya,” katanya.
- lanh


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke