BERDAMAI AKHIRNYA...Menteri Keadilan Indonesia Hamid Awaluddin dan pemimpin Gerakan Aceh Merdeka (GAM) Malik Mahmood bersalaman sebagai tanda perdamaian selepas belasan tahun bertempur antara satu sama lain. Memorendum Persefahaman (MoU) itu ditandatangani di depan bekas Presiden Finland, Martti Ahtisaari di Helsinki semalam. Perdamaian yang digerakkan selepas bencana tsunami membunuh puluhan ribu rakyat Aceh itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Aceh yang sudah lama menderita akibat peperangan.
 
 
PAS bersyukur Jakarta-GAM berdamai
Tuesday, August 16 @ 17:21:34 MYT

Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Hrkh) – PAS amat mengalu-alukan dan bersyukur kepada Allah SWT berikutan termeterai perjanjian damai antara kerajaan Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka (GAM).

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS, Dr Siti Mariah Mahmud, persetujuan itu bukan saja untuk kepentingan penduduk di bumi Aceh malah untuk rantau ini.

“Bersyukurlah kita kerana selama ini pertumpahan darah telah lama terjadi, maka dengan termeterai perjanjian tersebut sekurang-kurangnya wilayah Aceh dapat dibangunkan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Malah katanya, yang dihubungi Harakahdaily hari ini, perkembangan tersebut secara tidak langsung akan turut menstabilkan rantau ini.

“Sebenarnya PAS bimbang dengan apa yang berlaku ke atas Aceh sebelum ini kerana yang bertembung melibatkan orang Islam tambahan pula pemimpin Indonesia serta penduduk Aceh majoritinya adalah Islam dan tidak patut ia terus menerus bergolak,” katanya sambil berharap sebarang perjanjian yang diikat perlu memberi keuntungan kepada rakyat.

Semalam kerajaan Indonesia dan GAM menandatangani perjanjian damai bagi menamatkan pergolakan politik yang berlarutan sejak tiga dekad lalu.

Perjanjian tersebut yang dibuat di Helsinki, Finland ditangani oleh Menteri Kehakiman Indonesia, Hamis Awaluddin dan wakil GAM, Malik Mahmood.

Perjanjian tersebut juga akan memberi pengampunan dan menyaksikan perlucutan senjata GAM mulai 15 September ini. - lanh


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke