Syukran kepada penulis surat ini. Semoga ada manfaat khas buat diri dan muslimat di luar sana. Maaf dipinta kerana memaparkan warkah ini tanpa kebenaran. Namun niat di hati hanya ingin berkongsi peringatan.
Buat diri dan muslimat yang dikasihi..Jadilah seperti sekuntum mawar...harum mewangi tapi tegar membentengi diri...wallahua'lam
cahaya_sufi![]()
__________________________________________________________________
Segala pujian kupanjatkan kepada Yang Maha Kuasa dan
dengan namanya kumulai suratku ini. Selawat dan salam
kuhulurkan kepada junjungan besar baginda Rasulullah
s.a.w., keluarga dan sahabatnya. Dan dengan panduannya
kuatur risalah ini... khas untukmu wahai gadis!.....
Sesungguhnya aku tidak tahu benar tentang dirimu wahai
gadisku. Aku sedar, ilmuku tentang tubuh lahirmu tidak
lebih daripada pakaian pembalut tubuhmu. Jauh, jauh
sekali untuk aku memahami tubuh batinmu yang berupa
emosi, fitrah akal dan jiwa halusmu. Kuakur
kekuranganku tentangmu, maka di awal suratku ini
kususun sepuluh jari meminta maaf darimu, kalau-kalau
penaku terlanjur melukai hatimu, atau mencemarkan
kesucian fitrahmu, atau meleset daripada hakikat
dirimu.
Aku tahu sewajarnya orang yang sehormon denganmu yang
menulis tentang dirimu. Bukan aku! Orang yang
berlainan hormon. Biarpun demikian, aku gagahi jua
jari-jariku untuk mencoretkan secebis bingkisan
buatmu, kerana aku pun tahu yang engkau begitu
kepingin menatap coretanku. Sementelahan pula aku
bukan menyingkap tabir jasadmu, bukan mencungkil
rahsia dirimu, apalagi mengkoreksi lahir batinmu.
Apalah salahku, kalau aku aturkan kata-kataku di sini
untuk memaparkan cetusan perasaan dan pendapatku yang
sering timbul tenggelam dalam benakku. Dan, kalau
sesekali aku tersinggung tenang dirimu berdasarkan nas
Tuhanku dan Tuhanmu, atau nabiku dan nabimu, kau tentu
menerima bukan?
Wahai Gadisku.....................
Ketika aku mengingati kalimat berikut ini..... (wahai
sekalian manusia, takutilah kamu akan Tuhan kamu yang
menjadikan kamu dari tubuh yang satu) An-Nisa ayat 1.
Atau... ..(sesungguhnya wanita itu saudara seibu
sebapa kaum lelaki) Wanita: Dr. Mustafa Assibaiy m/s
15, riwayat Ahmad. Sering kali aku merungut tentang
kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tak ubah seperti
binatang atau lebih sesat. Aku tertanya-tanya ke mana
perginya perasaan mereka terhadap saudara sendiri?
Apakah mereka lupa bahawa orang yang tidak bersimpati
itu tidak akan dikasihi? Apakah mereka ketandusan
sifat kemanusiaan mereka, atau memang mereka
kehilangan sifat itu?... Ah, aku cukup jengkel tentang
mereka!
Ada kalanya aku juga terfikir kenapa perempuan sering
kali menjadi mangsa lelaki? Dan bukan lelaki yang
menjadi mangsa perempuan? Atau .... lelaki juga
menjadi mangsa?!!! Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa
pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa
perempuan jalang! Dan mangsa penipuan dan godaan
syaitan! Ah, aku kesal.
Wahai Gadisku............
Aku turut bimbang, kau yang kucintai juga menerima
angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama ramai
gadis-gadis kini yang mula berjinak-jinak dengan jerat
pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa! Paling
tidaknya mangsa cinta! Peringkat awalnya hanya mahu
main-main cinta kononnya mahu mengecap nikmat cinta!
Sesudah sekian lama, cinta itu menjadi barah yang
tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad
pesakit cinta. Aku teringat ungkapan bapak HAMKA
dalam sebuah bukunya.... cinta itu suatu penyakit.
Tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi
sembuh!Ganjil bukan?
Bukan juga kalimat itu. Orang yang diserang demam
cinta, atau dijangkiti penyakit cinta jangan
diusik-usik. Tak usah dirawa-rawat. Nanti orang yang
merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta.
Kenapa? Kenapa orang yang ditimpa penyakit cinta
merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan
khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatannya
dicerobohi, tentu saja ia akan bangkit
mempertahankannya. Mempertahankan hak peribadi,
katanya. Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang
menelan usia bertahun-tahun, atau mungkin puluhan
tahun, tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda
yang kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap
dalam api yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orang
itu! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan
api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup
dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu di
dada!
Inilah yang aku takut! Inilah yang aku bimbang!
Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!
Apatah lagi apabila aku terkenangkan peringatan Tuhan
kita Yang Maha Agung di dalam surah Az-Zukhruf
(perhiasan) ayat 67 yang bermaksud: Teman-teman akrab
pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh kepada
sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang
bertaqwa. .......... jangan-jangan dikau yang
kucintai di alam ini tanpa restu Tuhan, menjadi musuh
di akhirat kelak. Dan aku yang kau senangi di dunia
ini menjadi kejahatanmu di hari kiamat nanti. Oh!
Alangkah ruginya jika, bercinta sementara merana
selama-lamanya!
Dan kepahitan yang lebih awal daripada itu ialah
keterlanjuran yang tak mampu dikawal iaitu ketika
nafsu berkuasa. Saat itu, akal akan kalah dan
terpinggir. Aku takut, aku bimbang kalau-kalau gadisku
rebah dalam pelariannya lalu disambar helang
kelaparan..... maka ia akan kalah dan gugur di atas
kelemahannya sebagai perempuan, atau di atas
kesilapannya membuka gawang!
Sekali ia kalah dan gugur itu mengandungi tiga kali
kalah dan gugur. Kekalahan dirinya sendiri sebagai
wanita bermaruah buat selama-lamanya, kekalahan ayah
ibunya yang melahirkan dan membesarkannya dengan
keringat dan darah, dan kekalahan zuriatnya untuk
menjadi penyambung generasi yang berhemah.
Aku takut cinta bisa memusnahkan harga dirimu dan
nilai keperempuananmu di dunia sebelum memusnahkan
jasadmu dan jiwamu di akhirat.
Wahai Gadisku.........
Biarlah kita bercinta tanpa berkenalan dan tanpa
bertemu, semoga kita menjadi dua sejoli di syurga
Allah. Biarlah aku tidak pernah mengenali dan
melihatmu untuk menghidupkan cinta kita, asal saja
kita boleh bersama di bawah payung Allah di saat tiada
lagi payung selain payungNya.
Bukankah kau juga mahukan nikmat cinta yang abadi?
Nikmat sejati? Semoga nikmat cinta kita yang tidak
kesampaian hari ini menjadi kenyataan di hari akhirat
nanti.
Biarlah aku mencintaimu tanpa mengetahui namamu siapa.
Biarlah aku menyayangimu tanpa mengenali rupa wajahmu.
Dan biarlah kau juga seumpamaku.....
Dalam pada itu, aku amat senang mencipta namamu dan
melukiskan rangka rupa parasmu. Aku amat senang
menamakan kau Fatimah Az-Zahra atau Maryam Al-Butuul,
atau Nasibah, atau Rabiah Adawiyyah, atau Zainab
Al-Ghazali atau Hamidah Qutb dan seumpamanya.
Nama-nama seperti ini cukup indah padaku seindah rupa
parasnya yang menawan.
Biar kupetik secebis rupa paras mereka untuk
modelmu.
Nama Rabiah Adawiyyah sesungguhnya amat cucuk dengan
rupa paras berikut ini: Suatu hari Hasan Al-Basri
bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah
Rabiah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk
salah seorang daripada mereka. Rabiah Adawiyah
menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan
syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang
dikemukakan olehnya. Rabiah bertanya: Berapa
banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu
perempuan? Lantas Hasan Basri menjawab: Nafsu lelaki
hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan
nafsu. Lalu Rabiah pun menyambut jawapan itu dengan
katanya: Jika benar demikian, kenapa kamu yang
bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku
yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat
demikian? Mendengar jawapan paku buah keras itu,
Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya
sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.
Wahai Gadisku..........
Rupa paras Rabiah Adawiyyah yang menarik ialah dua
bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan
kalimah dan maksudnya.
Tentulah kau tahu, bahawa kekurangan nafsu itu mampu
dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan
sifat malu........ satu-satunya sifat yang ada untuk
membelenggu nafsu dalam penjaranya. Malulah yang
menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga
maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu. Malu
itulah yang menjadi kata hikmah para nabi dahulu
seperti sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Apabila
kau tidak malu, buatlah apa yang kau mahu. Dengan
kata lain, apabila kau kehilangan sifat malumu, kau
boleh melakukan apa saja yang kau mahu sekalipun kerja
itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.
Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh
pakaianmu!
Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar
bahasa!
Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh
hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu! Waliaazubillah!
Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang
kehilangan sifat malumu. Kesian dia! Di dunia dihina,
di akhirat merana.
Wahai Gadisku..................
Bukankah namamu Rabiah Adawiyyah yang berupa paras
seperti kupaparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis
pilihanku itu.
Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan
hatiku ini. *****a di sini, aku ingin benar menukilkan
beberapa bentuk rupa parasmu yang perlu kau ukirkan,
dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan
dan diet jiwamu agar menjadi gadis yang paling
cantik di duniaku:
Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan
loyang, atau sutera bukan benang.
Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah
yang asli, bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli
terdiri daripada perkara-perkara berikut:
a) Ikhlas hati kepada Allah
b) Bersikap benar dalam segala keadaan.
c) Tetap pendirian dalam perjuangan.
d) Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w. atau hidup
dalam lingkungan syara.
e) Sentiasa redha dengan qada Allah.
f) Gigih berikhtiar sebelum bertawakal/berserah diri.
g) Meninggalkan jauh segala sifat-sifat nifak atau
kepura-puraan.
Apabila bahan-bahan itu diadun baik, pastinya kau
kelihatan sebagai sebutir permata di tengah-tengah
pepasir, bukan kaca yang bakal cair mengalir. Biarlah
pakaianmu ditenun dengan taqwa. Biarlah make-upmu
dicampur dengan senyum mesra. Dan biarlah gerak
langkahmu disulam dengan rendah diri sentiasa.
Kedua: Jadilah ubat bukan penyakit, atau mawar bukan
racun. Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang
kebanyakannya pahit. Atau sekuntum mawar tidak mudah
dipetik. Namun ia amat berguna. Ramuan ubat hendaklah
disatukan daripada bahan-bahan berikut:
a) Sabar yang indah dalam menempuh
tribulasi/mihnah/ujian. Tahan senafas!
b) Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang
berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau
yang tinggi ialah wau yang sanggup menempuh angin
bukan menurut angin!
c) Banyak memberi bukan menerima. Sudah tentu sebelum
memberi perlu memiliki, sebab orang yang tidak punya
sesuatu tidak mampu memberi sesuatu Berkhidmat dulu,
hasil menyusul kemudian.
d) Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran
menjadi kelas pertama.
e) Bertindak mencari kejayaan dan mencipta peluang,
bukan bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan.
f) Membuang segala sifat orang-orang kecil sejauh
mungkin, iaitu membuang masa, banyak menguruskan
hal-hal kecil dan suka bertengkar dan berdebat.
Semua ramuan di atas berupa sabar, lapang dada,
berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang
sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar
kehidupan cemerlang.
Ketiga: Jadilah penyuluh bukan pembunuh.
Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa
menariknya kuah hidangan. Jernih, tetapi berkilauan
apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya
kuat, mudah menerima sinar dan tembus oleh sinar itu.
Antara bahan yang diperlukan ialah:
a) Ibadah syakhsiyyah.
b) Nasihat dan kata hikmat.
c) Budi pekerti dan adab sopan berharga.
d) Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
e) Petunjuk Allah yang utama iaitu Al-Quran yang
mulia.
Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang
berkualiti, cas yang sentiasa hidup, sesiapa yang
berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya,
maka inilah sinarnya untuk menyuluh jalan hidup;
Al-Quran, Al-Hadis, Akhlak, Nasihat dan Ibadah.
Cubalah, kau akan jadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh
maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.
Keempat: Beberapa peringatan.
Senjata lidah ialah bahasa.
Jadilah orang yang pandai berbahasa, kau akan hidup
aman bahagia.
Jadilah orang yang berakal minda, kau akan meraih
kejayaan dan banyak harta.
Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang
banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan
identiti mendalam dan pengalaman hidup sendiri.
Dengan ini aku kira cukuplah diet atau penjagaan
diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang
rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah
itu, sesungguhnya serbat yang kukumpulkan itu bisa
menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan
purnama, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya
kau menjadi sebutir permata di tengah-tengah serpihan
batu yang bertaburan.
Wahai Gadisku..................
Buat akhirnya, jutaan kemaafan kupinta seandainya
surat ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan
juga kupinta seandainya terdapat di dalam suratku ini
kesiapan yang tidak dapat kutemui. Besarlah harapanku
daripadamu wahai gadis, agar kau bersedia menjadi
seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat
dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang
baik.
Dan....ingatlah bahawa:
laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan
perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik;
dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan
oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,
dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang
mukmin. (An-Nur: 3)
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang
keji, dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki
yang baik adalah untuk wanita-wanita yang
baik(pula)..... (An-Nur: 26)
Sekian, buatmu wahai gadis...........................
Penulis: MOHD NORDIN BIN JAAFAR
PERMATANG RAMBAI, PASIR PUTEH, Kelantan.
B.A (H) AL-AZHAR
Tarikh: 18 Nov. 1996,
Jam : 9.50 pagi

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.