PAS Selangor ucap takziah kepada MB Selangor
Wednesday, August 17 @ 18:50:00 MYT


SHAH ALAM, 17 Ogos (Hrkh)- PAS Selangor mengucapkan takziah kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo atas kembalinya ke Rahmatullah ayahanda beliau, Haji Joyo.

Dalam satu kenyataan, Pesuruhjaya PAS Selangor bagi pihak seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri Selangor merakamkan ucapan takziah itu.

 


 

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangannya, Roslan Shahir.

Joyo Erodikromo meninggal dunia di rumahnya di Tali Air 2, Ban 4, Sungai Burung, dekat sini hari Rabu kerana sakit tua.

Joyo, 98, meninggal dunia pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Siti Aminah Mohd Taib dan sembilan orang anak, lima lelaki dan empat perempuan.

Dr Mohamad Khir merupakan anak kelima pasangan itu.
-zs


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke