Zakaria Latif <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
(Embedded image moved to file: pic22929.pcx)
Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.
Hadis riwayat Muslim, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
'Barang siapa melewati jalan di mana ia menuntut ilmu pada jalan itu,
nescaya Allah SWT
memudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga'.
Berikut adalah Jadual Porgram Kuliah/Pengajian anjuran Masjid Asy-Syakirin,
KLCC dalam tempoh seminggu ini, Insya'Allah.
22/08/05(Isnin) 01.00 TGH - Kuliah Zohor (Daulah Islamiah) - Ustaz
Mohd Najib Ali.
23/08/05(Selasa) 01.00 TGH - Kuliah Zohor (Fiqh Ibadah) - Ustaz
Ahmad Rosli Mokhtar.
24/08/05(Rabu) 01.00 TGH - Kuliah Zohor (Fiqh Islam) -
Dato' Mokhtar Shafie'.
25/08/05(Khamis) 01.00 TGH - Kuliah Zohor (Asas2 Dakwah) - Ustaz
Yusof Johan.
26/08/05(Jumaat) 12.30 TGH - Tazkirah Jumaat - Ustaz Mohd
Nizam Kamaruzaman.
Dimaklumkan di sini antara Seminar, Bengkel dan Aktiviti yang bakal
diadakan di Masjid KLCC Sempena Bulan Kemerdekaan.
Program 1 : PROGRAM HARI KESIHATAN TAKAFUL MALAYSIA
Tema : Kesihatan Dijaga Ummah Bahagia.
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh : 21 hb. Ogos 2005. (Jam 830 pagi - 430 petang).
Peserta : Terbuka.
Aturcara :
10.00 pagi - 03.00 petang
Pemeriksaan kesihatan percuma oleh PUSRAWI dan Kaunter Promosi
Produk-produk Takaful Malaysia.
10.00 pagi - 10.30 pagi
Ceramah Kesihatan 1 - Kesihatan dijaga ummah bahagia
Oleh Dr Adilah Mamat - Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan
Kesuburan Hospital PUSRAWI
10.30 pagi - 11.00 pagi
Ceramah Kesihatan 2 - Stress at Work Place
Oleh Dr Norjan Kassim - Pakar Psikiatri, Hospital PUSRAWI
11.00 pagi - 11.30 tgh
Ceramah Takaful - Takaful Malaysia dan Kesihatan
Oleh Wakil Takaful Malaysia
11.30 tgh - 12.00 tgh
Ceramah Kesihatan 3 - Early Care & Early Treatment : sihatkah Jantung Anda
Oleh Dr Azar Azman Hj Abu Bakar - Pakar Perubatan & Kardiologi Hospital
PUSRAWI.
Program 2 : Klinik Hafazan Al-Quran
Pimpinan Ustaz Ahmad Shazili Abdullah (Imam Besar Masjid Asy-Syakirin,
KLCC).
Pengisian : Hafazan surah-surah juz 30 dan perbetulkan pembacaan Al-Quran
Remaja.
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh : 22 - 25 Ogos 2005. (Jam 830 pagi - 430 petang) - Konsep Nursery.
Peserta : Berumur 7 - 12 tahun.
Program 3 : Kolokium Kesukarelawan Dalam Islam.
Anjuran Bersama Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan Muslim Care Malaysia.
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh : 28 Ogos 2005. (Jam 830 pagi - 430 petang).
Peserta : Terbuka.
Yuran : Percuma.
Objektif Program Kolokium :-
1. Memperkenalkan kepada masyarakat konsep kesukarelawan dan kebaikannya
kepada masyarakat dan negara.
2. Mendekatkan dan menggalakkan masyarakat dengan kerja-kerja
kesukarelawan serta memberi panduan bagaimana menjadi sukarelawan
dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
3. Menarik minat masyarakat khususnya muda-mudi untuk bersama-sama
Muslim Care dalam misi-misi / kerja-kerja Sukarelawan di
masa akan datang baik di dalam mahupun di luar negara.
Program 4 : Sehari Remaja Bersama Masjid Sempena Hari Kemerdekaan.
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh : 28 Ogos 2005. (Jam 830 pagi - 430 petang)
Peserta : Terbuka kepada semua peringkat remaja bawah 15 tahun.
Yuran : Percuma.
Pengisian: Pertandingan Hafazan, Scrabble, Mewarna, Lukisan Collage,
Nasyid dan seumpamanya.
Maklumat lanjut, syarat penyertaan dan pendaftaran akan diumumkan kemudian.
Program 5 : Sambutan Hari Kemerdekaan Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Anjuran Bersama Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan Badan Kebajikan Bank Islam
Malaysia Bhd.
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh : 30 Ogos hingga 31 Ogos 2005.
Peserta : Terbuka kepada semua.
Pengisian : Selepas Solat Maghrib Forum Perdana.
Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusof (UIAM). Ustaz Masridzi Sat
(PERKID) dan Ustaz Nazri Chik (BIMB).
Selepas Isya' Persembahan Nasyid / Zikir Muhajat.
Bersama Ustaz Zulkarnain Hamzah, Kump. Nasyid Wadi Al-Jadid,
As-Soufi dan UNIC (Masih dalam perundingan).
3.30 pagi Qiamullail Bersama Ustaz Zulkarnain Hamzah.
Selepas Solat Subuh Tazkirah Ustaz Zulkarnain Hamzah.
Program 6 : Seminar Sehari Memahami Persoalan Mazhab
Pimpinan : Ustaz Khairuddin Aman Razali (UKM).
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh : 03 hb September 2005. (Jam 8.30 pagi - 4.30 petang).
Peserta : Terbuka.
Yuran : RM 30.00 (Sebahagian didermakan kepada Sekolah Tahfiz Anak-Anak
Yatim di Bangi yang diusahakan oleh Ustaz Khairuddin Aman
sendiri.
Pengisian: Akan diumumkan kemudian.
Maklumat lanjut, syarat penyertaan dan pendaftaran akan diumumkan kemudian.
Program 7 : Pertandingan Futsal Remaja Sempena Hari Kemerdekaan.
Tempat : SuiteStay Green.
Tarikh : 10-11 hb. September 2005.
Peserta : Kategori Bawah 12 Tahun dan Kategori Bawah 16 tahun.
Terbuka kepada 10 pasukan sahaja bagi setiap kategori. (Jumlah pemain
sepasukan 5 pemain + 3 simpanan).
Yuran : Percuma.
Program 8 : Pertandingan Liga Futsal Silatur'rahim, Masjid Asy-Syakirin,
KLCC.
Tempat : SuiteStay Green.
Tarikh : 25 - 30 hb. September 2005.
Terbuka kepada 10 pasukan sahaja. ( Setakat ini 8 pasukan telah mendaftar.
Yuran : RM 200.00 ( Sewa Padang, Pengadil, Minuman, dan seumpamanya ).
Kepada yang berminat untuk turut serta boleh e-mailkan permohonan melalui
e-mail ini dengan menyatakan Program yang ingin disertai dan dinyatakan
nama peserta, umur, alamat dna no. handphone. Bagi remaja harap dinyatakan
nama penjaga / contact no.
Dimaklumkan juga di sini, Insya'Allah RAYHAR TRAVEL dengan kerjasama Masjid
Asy-Syakirin, KLCC akan mengadakan Kursus Haji pada setiap hari Ahad ( dari
Jam 9.30 pagi hingga 12.30 tgh. ) bermula daripada 14 hb. Ogos hingga 02
hb. Oktober 2005.
Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua,
agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai.
Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga
ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.
Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan
kemaafan dipohon.
Taqabalallah minna wa minkum.
B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
(Embedded image moved to file: pic16541.pcx)
Sedikit perkembangan terbaru berhubung Missi Bantuan Tanpa Sempadan -
Muslim Care
Berita Dari Melauboh, Acheh, Indonesia.
17 hb. Ogos 2005. 12 Tgh - Missi Ketiga Delegasi Muslim Care ke Melauboh,
Acheh seramai 8 orang yang diketuai oleh Saudara Zul Nani dari (SIRIM) tiba
di Medan. 10.00 malam menaiki Bas Yayasan Amal / KKIA dari Medan melalui
jalan darat ke Melauboh.
18 hb. Ogos 2005. 01.00 Tgh - sampai di Pusat Khidmat KKIA Melauboh. Di
sini Delegasi Muslim Care akan menunaikan hajat seorang penderma dari
Malaysia untuk menyembelih seekor kambing untuk di sederkahkan kepada
masyarakat di sana. Wassalam.
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
