Assalammualaikum
>
> Tolong sebarkan.
>
Gambar diatas memperjelaskan kedaifan yang ditanggung
dan dibebani oleh asrama tersebut. Kepada sesiapa yang
bersimpati dan ingin menghulurkan sumbangan bolehlah
berbuat demikian seperti butiran dibawah.
>
> Assalamualaikum,
>
Saya ingin menyebarkan maklumat tentang asrama
tersebut agar ada yang dapat dan ingin membantu.
Asrama merangkumi 3 buah rumah (tengok gambar), satu
untuk lelaki, satu perempuan & satu untuk surau /
tempat belajar, dan sebuah bangsal yang di gunakan
sebagai tempat makan & belajar (tengok gambar).
>
> Rumahnya jenis berderet satu tingkat berukuran
lebih-kurang 20kaki X 30kaki tiap2 satu,
> mengandungi:
>
> -2 bilek (tengok gambar: padat dengan katil)
> -1 ruang tamu (tengok gambar: katil lagi & almari)
> -1 dapur.
>
> Asrama ini menempatkan lebih 40 orang kanak-kanak,
hampir 20 lelaki, lebih 20 perempuan, antara 6 hingga
15 tahun:
>
> - anak-anak saudara baru / orang asli,
> - anak yatim,
> - serta anak fakir miskin yang tercicir dari
sekolah.
>
> Amat sesak.
>
> Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Sentul, KL
> No 5 Kampung Bandar Dalam 6/4,
> 51100 Sentul,
> KL
> 03-4022 2404
>
> Keluar dari MRR2 ke Sentul, bila sampai di lampu
isharat belok ke kiri menuju Setapak kalau kanan ke
pekan Sentul. Antara 100 ke 200m dari lampu isharat
akan sampai ke selekoh tajam ke kanan. Jangan ambil
selekoh, tetapi belok kiri ke Kampong Bandar
> Dalam, "kereta potong" di sebelah kanan. Kemudian
ikut papan tanda ke asrama.
>
> Asrama ini di tubohkan pada awal 2004. Pengasasnya
ialah Ustazah Sharimah Ali (tengok gambar), yang masih
mengelolakan asrama tersebut. Dia dibantu oleh
beberapa sukarela termasuk suami (En Azman, orang
Sentul, peniaga di Pasar Gombak)& saudara-mara suami.
> Ustazah, suami & saudara-mara tersebut tinggal
berdekatan asrama. Ustazah Sharimah memberanikan diri
memulakan asrama tersebut tanpa dana yang cukup oleh
kerana tidak sanggup tidak membuat sesuatu untuk
kanak-kanak tercicir yang dilihatnya di dalam kerja
harian & kerja2 amalnya.

> Ustazah Sharimah menjayakan asrama ini dengan
sokongan orang ramai.
>
> Sekurang2-nya RM5,000 di perlukan sebulan. RM450 X 3
= RM1,350 untuk sewa rumah, baki nya untuk api-air,
makan-minum, sewa van sekolah, dan lain2, tak termasuk
duit saku ke sekolah, kain-baju, buku2 dan sebagainya.
Tiada bantuan didapati dari Kerajaan. Malah pihak
Jabatan Kebajikan mengarahkan asrama dipindahkan ke
tempat lebih sempurna. Saya yakin tempat sekarang tak
akan lulus audit Bomba, Kesihatan & sebagainya.
Tetapi, tanpa dana yang cukup & berterusan, tiada
pilihan .... nasib lebih 40 kanak2 tak boleh
diabaikan. Saya perhatikan BANTUAN YANG AMAT
DIPERLUKAN ialah:

> 1.    bantuan kewangan berterusan (untuk meneruskan
operasi asrama)
> 2.    premise yang lebih sempurna-contoh. 2/3 pintu
rumah teres di
kawasan
> perumahan
>       (supaya tak ada isu2 bomba, kesihatan dll)
termasuk rumah corner
lot
> (perlu
>       kawasan luas)di kawasan Sentul (di mana
Ustazah, suami & sukarela
> berkerja)
>       dekat dengan sekolah (supaya perbelanjaan van
dielakkan)
> 3.    perkembangan kanak2
>
> Tolonglah hulurkan bantuan & sebarkan message ini.
Yang ada connection
> untuk mendapatkan
> premise / perumahan lebih baik, tolonglah uruskan.
Yang boleh hulurkan
> kewangan, sila tulis chek atas nama:
>
> Persatuan Penyayang Nur Iman dan masukkan ke:
> Akaun: 227-202-100032-7 AM Finance, Sentul
>
>
> Yang dapat beri barang makanan asas saperti minyak
masak, asam-bawang,
> makanan tin dan sebagainya, silalah hantarkan ke:
>
> Asrama Penyayang Nur Iman KL
>
> No 5 Kampung Bandar Dalam 6/4,
> 51100 Sentul,
> KL
>
> Yang perlu lebih maklumat sila hubungi:
>
> Ustazah Sharimah Ali
> 019-251 9082
>
> Walaubagaimana pun, apa saja bantuan pasti
dialu2kan.
>
> ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN (HARAP SEBARKAN)
>
> > Assalamualaikum,
> >
> > Baru-baru ini kami telah menziarahi sebuah asrama
> > perlindungan yang menempatkan 45 orang kanak-kanak
yang kebanyakannya
>
> > terdiri daripada anak-anak orang asli, anak yatim
serta anak fakir
>
> > miskin yang tercicir dari sekolah. Anak-anak orang
asli ini telah
> diislamkan
> > di sini dan telah diselamatkan sebelum pihak lain
mengambil mereka
>
> > untuk dikristiankan atau sebagainya.
> > Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Kampung
Bandar Dalam, Sentul,
>
> > Kuala Lumpur dan dikelolakan oleh Ustazah Sarimah
Ali. Kini Ustazah
>
> > Sarimah menyewa rumah 3 pintu dengan belanja
RM1,350 sebulan yang
>
> > dijadikan 2 buah asrama, sebuah untuk laki-laki
seramai 24 orang dan
> sebuah
> > untuk perempuan yang seramai 21 orang manakala
sebuah lagi dijadikan
> surau dan
> > pejabat. Kesukaran mendapatkan dana menyebabkan
anak-anak ini hidup
dalam
>
> > keadaan yang begitu dhaif, mereka hanya ada tempat
tidur dan makan
> sahaja,
> > tidak lebih daripada itu. Keadaan asrama yang
begitu sempit, kurang
> selesa
> > dan hanya berbekalkan katil sahaja menjadi tempat
perlindungan mereka
>
> > setiap hari.
> > Di atas belas ihsan orang perseorangan, di
bahagian tepi sebuah asrama
>
> > tersebut telah dibina satu kawasan seperti garaj
parking kereta yang
>
> > dinamakan "dewan" menjadi tempat anak-anak ini
makan dan belajar.
Keadaan
>
> > "dewan" yang begitu sempit berlantaikan simen
berpasir kasar beratapkan
>
> > zink dan tanpa dinding amat mengharukan dan
langsung tidak sesuai untuk
>
> > pembelajaran 45 orang kanak-kanak.
> >
> > Keadaan mereka sungguh menyedihkan kalau
dibandingkan dengan asrama
>
> > penyayang lain. Di dalam almari pakaian diperbuat 
daripada besi yang
>
> > sudah roboh pintunya dan usang diletakan pakaian
harian mereka yang
> nampak
> > begitu lusuh sekali. Begitu juga dengan kasut
sekolah yang begitu usang
> tersusun
> > di luar asrama menjadikan kami begitu insaf.
> >
> > Menurut salah seorang pengelola yang ditemui iaitu
Puan Noraini, mereka
>
> > baru sahaja mendapat katil daripada Hamba Allah
yang perihatin. Sebelum
>
> > ini mereka semua tidur diatas simen berbekalkan
tilam buruk aje....
>
> > Menurutnya lagi, anak-anak ini mungkin ada yang
tak biasa tidur diatas
>
> > katil, tiba-tiba hilang, bila dicari rupanya tidur
 dibawah katil,
orang
>
> > dah biasa susah..........
>
> >
> > Alhamdullillah, kami difahamkan setakat ini
Ustazah dapat menyediakan
>
> > makanan untuk mereka setiap hari walaupun berbekal
hanya nasi dengan
satu
>
> > jenis lauk sahaja. Anak-anak ini tak kisah makan
satu lauk sahaja
kerana
>
> > mereka dah biasa susah dan tak makan. Keadaan
dapur yang kami lihat
amat
>
> > menyedihkan dan serba kekurangan. Menurut Puan
Noraini setakat ini
> bekalan
> > beras belum pernah putus tapi barang-barang lain
seperti bawang, cili,
>
> > minyak masak dan sebagainya kadang-kadang menjadi
masalah bagi mereka.
>
> > Segalanya bergantung kepada belas ihsan orang
ramai.
> >
> > Kami juga difahamkan pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat telah datang
dan
>
> > mengarahkan supaya Ustazah Sarimah mencari
tempatyang lebih sesuai
untuk
>
> > anak-anak Asrama Penyayang ini, tetapi
memandangkan dana yang terhad
amat
>
> > menyukarkan Ustazah untuk mencari tempat yang
lebih selesa. Puan
Noraini
>
> > ada menyatakan sekiranya asrama ini di arahkan di
tutup maka nasib
>
> > anak-anak orang asli ini akan balik semula pada
keadaan mereka yang
bukan
>
> > Islam serta anak-anak yatim dan fakir miskin akan
hilang tempat
berteduh
>
> > dan tidak dapat terus pergi ke sekolah. Maka dalam
 keadan yang serba
>
> > kekuranan ini Ustazah Sarimah meneruskan niat
untuk mengendalikan
asrama
>
> > penyayang ini.
> >
> > Saudara-saudari boleh merujuk artikel berkenaan
Asrama Penyayang Nur
Iman
>
> > ini yang dimuatkan dalam Majalah Anis bulan Jun
2005. Asrama ini
> memerlukan
> > pelbagai bantuan dalam apa jua bentuk seperti
bantuan kewangan,
pakaian,
>
> > pinggan mangkuk, almari, kerusi meja, kasut
sekolah, kasut jalan, alat
>
> > tulis, buku sekolah dan macam-macam
lagi...........
> >
> > Untuk sebarang sumbangan boleh menghubungi terus
> > Ustazah Sarimah
> > 03-40222404 / 019-2519082 atau disalurkan ke akaun
> > AM Finance no.
> > 2272021000327.
> >
> > Sekian terima kasih.
>


Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke