From: "mohdfazel mohdsalleh" <[EMAIL PROTECTED]> Date: Tue, 16 Aug 2005 07:39:33 +0000 Subject: Bacalah, nasib bangsa Melayu
Bangsa Melayu jika masih memperjuangkan bangsa tidak akan ke mana. Selama mereka memperjuangkan atas nama bangsa, selagi itulah mereka tidak dapat pergi jauh. Apa buktinya? Betapa sudah 40 tahun setelah merdeka, bangsa melayu di negara ini memperjuangkan bangsa tetapi bangsa melayu masih di takuk lama. Baik dalam bidang ekonomi mahupun pendidikan, melayu di negara ini jauh ketinggalan berbanding bangsa lain. Malah, bangsa melayu terutama remajanya, boleh dikatakan ramai terlibat dalam pelbagai gejala sosial. Itulah sebabnya jika bangsa melayu mahu maju, mahu berdaulat, mahu menjadi bangsa yang agung sehingga ke tahap empayar, mereka kena mengubah dasar perjuangan. Jangan lagi memperjuangkan bangsa. Tetapi kena memperjuangkan Tuhan. Kena memperjuangkan agama Tuhan iaitu Islam. Sejarah membuktikan bangsa Arab itu maju dan berjaya kerana mereka memperjuangkan Tuhan, bukannya bangsa. Bila perjuangkan Tuhan, insyaAllah Tuhan akan backing. Tuhan akan membela kita. Tuhan tidak akan mempersiakan usaha hambaNya yang mahu memperjuangkanNya dan agamaNya. Hasilnya kelak, insyaAllah, mereka bangsa akan menjadi maju dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Selain itu, bangsa melayu yang memperjuangkan Tuhan bukan sahaja akan berjaya lahiriahnya, tetapi mereka juga akan dapat menyelesaikan masalah sosial yang sedang meningkat naik di kalangan mereka. Mereka akan menjadi bangsa melayu yang berakhlak mulia dan berkasih sayang. Inilah yang sepatutnya menjadi agenda utama kepimpinan Bangsa Melayu hari ini. Perjuangkanlah Tuhan! ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
