My iSkanDaR <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
----- Original Message -----From: haziq7000 Subject: Sebenarnya Malaysia tak pernah MerdekaSebenarnya Malaysia tak pernah Merdeka
Oleh : haziq700031hb Ogos kini kembali, pesta dan hiburan disana sini. Pejuang sudah lama hilang, semangat sudah lama tumbang, melihat anak-anak Melayu semakin terbuang. Erti perjuangan sudah dilupakan. Erti sambutan dan hiburan terus di sematkan, ke hati anak muda MELAYU yang tidak pernah selami erti sebenar PERJUANGAN dan KEMERDEKAAN.
Rakyat tidak tahu maksud kemerdekaan sebenar. Terusan ditipu oleh media dan pemimpin yang ada. Apakah MELAYU rasai perjuangan, keperitan dan kemerdekaan. Apa yang MELAYU tahu, setiba 31 Ogos, PEMIMPIN akan menjemput untuk berhibur. Anak MELAYU hanya rasai nikmat kemerdekaan. Melonjak, menjerit sambil berpelukan dengan hiburan sambil menanti jam 12 tengah malam untuk teriakan, MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Dihujung kota, Nenek tua termenung, rumah sudah pun kosong. Ke
Bandar dan Pesta anak cucu berkunjung, Bersendirian lah ia sambil
linangan air mata. Terkenangkan suami yang sudah lama tiada,
terkorban untuk kemerdekaan anak, cucu dan bangsa. Suami bersemangat
juang, penjajah akan terus ditumbang, tanpa makanan dan minuman,
yang ada hanya harapan untuk satu kebebasan. Penjajah semakin leka,
minuman arak sepanjang masa, yakin kejayaan dan kuasa terus dirasa.
MELAYU sangkanya tiada daya, malah tiada lagi punya senjata serta
lemah berkata-kata. Mereka tidak bimbang kerana PENGKHIANAT ada
bersama. Sekiranya jatuh, UMNO akan menanti. Nenek keliru, adakah PENGKHIANAT sudah mati. Apa bezanya PENJAJAH, PENGKHIANAT DAN UMNO. Serupa resepinya, tindakannya, agamanya, anutannya, kepercayaannya, rasuahnya, kebudayaannya dan hiburannya.
Kulihat kini sejarah telah kembali, KEMERDEKAAN sebenarnya memang tiada, kerana penjajah masih disini. Bukan dengan senjata tetapi ekonomi. Ingatkan bidalan PENJAJAH, " IF YOU CAN'T FIGHT THEM, FOLLOW THEM." Inilah cara mereka untuk merobek harta MELAYU dan berlalu. Mudah sekiranya TANAH MELAYU dicampur aduk pelbagai bangsa, kerana PECAH dan PERINTAH. Siapa yang membuat angkara? Bukan kah PENJAJAH juga? Permusuhan antara kita akan memudahkan mereka mencari
harta. Kenapa sebelum 1957 kita mudah bersatu dan kini semua
membisu, walaupun sedar ditipu.
Anak cucu sudah lali, perangai penjajah yang berpesta mereka kagumi. Asas perjuang sudah lama dilupakan, asas AGAMA bukan lagi pegangan. Zina, arak, judi sudah kembali kini. Akibat PENGKHIANAT yang mengaku sebagai MENTERI. Lihat sahaja Bahasa MELAYU tidak berguna lagi kerana BAHASA INGGERIS yang dijulang-julang kini.
Nenek tahu, apabila anak cucu kembali, anaknya akan kepenatan dan cucunya akan kelalaian. Berhiburan dan berpesta dan lupa akan perjuangan. Pasti, 31hb Ogos akan terus kembali, anak BANGSA akan terus bermimpi. Tidak tahu akan sampai bila lagi. Perjuangan Kemerdekaan sudah tiada lagi, kerana PENJAJAH berkata kita sudah merdeka dan Perjuangan hanyalah sejarah yang tidak perlu diulangi.
Inikah generasi BANGSAku, manakah perginya MELAYU? Mudahnya TERTIPU. Inikah kemerdekaan yang dilaungkan, inikah kemerdekaan yang kita inginkan? Bukan kedamaian dan kemajuan, tetapi semata-mata kemiskinan dan permusuhan. Adakah MELAYU sudah lupa atau PENJAJAH sudah bertukar rupa. Baka pejuang seolah-olah beransur tiada, Baka PENGKHIANAT yang terus berkuasa dan berkembang-biak nampaknya.
Menjajah bukan lagi dengan serangan, menjajah bukan lagi dengan senjata. Dadah menjadi pelurunya, hiburan menjadi senapangnya, ajaran sesat menjadi penjaranya, Makanan haram menjadi racunnya, UMNO adalah pentadbirannya. Menjadi kerajaan adalah caranya. Hanya kerajaan yang memegang kuasa. Kalau MELAYU sudah merdeka, kenapa undang-undang penjajah masih di laksana. MELAYU merdeka sekiranya PENJAJAH dan PENGKHIANAT dihalau keluar.Persoalannya, kenapa 1957, Penjajah masih dipayungkan, masih di iringkan, masih dihormati, sepatutnya mereka dihalau pergi. Adakah kemerdekaan TANAH MELAYU sama dengan kemerdekaan bumi IRAQ, Afrika. Sedangkan kita tahu
walaupun Negara mereka sudah tidak dijajahi, tetapi talibarutnya terus menjadi PERDANA MENTERI. Kita kecoh Negara orang, kita lupa Negara sendiri. Adakah kita juga serupa?
Sedarkah MELAYU, PENGKHIANAT sudah lama mengaku MELAYU, TALIBARUT sudah lama mengaku PEJUANG, KAFIR sudah lama mengaku ISLAM. Anak MELAYU hanyalah sekadar sekumpulan burung tiong dan kakak tua yang diberikan makanan hanya sebiji-dua dan untuk menyebut sepatah dua. Bertukar rupa menjadi anjing gila sebagai pendinding ketua. Seolah olah MENTERI adalah TUHAN, hingga sanggup bunuh rakan dan taulan, kerana ketagih HABUAN.
Sejak UMNO berkuasa, PENGKHIANAT telah menjadi KERAJAAN, dan sejak itu, Kemerdekaan bukanlah kebebasan, Kekayaan bukanlah kesenangan, DEB bukan untuk diagihkan, ISLAM bukanlah anutan, yang HARAM kini jadi makanan, AJARAN SESAT dibiarkan, HIBURAN di galakkan, RASUAH dibenarkan Biarkan MALAYSIA hancur, harta sudah banyak ku kumpul, Biar MALAYSIA rugi, aku kaya dan mampu lari. Biar MELAYU terus sendiri dan terus rugi. Kucari asal usul MELAYUku, sejarahku, supaya semangat Berjuang akan kembali, MALANGnya PENJAJAH sudah lama bawa
lari. Supaya semangat MELAYU juga terus mati.
Suasana menjadi sunyi, tanpa cengkerik menyanyi kerana hutan sudah ditebang dan kebun menjadi lapang. Nenek tua kepenatan dan tertidur lagi anak cucu ditunggu belum kembali. KEMERDEKAAN sudah tersalah erti, Penjajahan sudah berakar umbi, cuma MELAYU tidak sedari, kerana KELALAIAN yang UMNO beri, supaya MELAYU terusan begini.Hilang agama dan harga diri. Sesungguhnya, UMNO takut kalau MELAYU berdiri, UMNO takut sekiranya MELAYU kembali, UMNO takut sekiranya MELAYU bersatu hati. Sekiranya JEBAT hidup kembali, perjelaskan siapa yang sebenar yang menikam. PASTI, Mahathir dan Ali Rustam akan tergamam. Kerana mereka ini tahu siapa MELAYU dan sejarah sebenar MELAYU.
Kini nenek tua menunggu saat mati, pesanan pejuang tidak bererti, amanah suami, anak cucu tidak endahi. Nenek tahu, suami tertipu, KEMERDEKAAN hanya direka, MELAYU tidak pernah merdeka, semuanya hanyalah sandiwara. MELAYU hanya sekadar pelakon dan penonton yang diulit mimpi untuk meneruskan agenda PENJAJAH dan PENGKHIANAT.
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
