Program ni adalah satu pembaziran. Macamlah dah tak der sketsa lain yang nak dipikirkan. Banyak lagi program² berbentuk ilmiah seperti bagaimana membentuk sahsiah diri anak² muda, program pemantauan orang² tua yang terbiar disebabkan kejahilan anak² dsbnya.
Kalau setakat Cik Elly......saya dah reject dulu lagi. Ini dah menjadi program "mencari glamour"...yang paling syok tu...abang², kakak² Cik Elly yang tolong jual dia murah² kat satu Malaya.....malu oih.
| "johari johari"
Sent by: [email protected] 13/08/2005 04:56 PM
|
|
salah satu program yang telah menjatuhkan maruah atau martabat seorang
lelaki,pada mulanya program ini rasa macam ok tapi setelah pikir-pikir
kembali banyak buruk nyer sebagai contoh lelaki tersebut akan cuba
selindungkan tabiat dia, dan pihak perempuan pulak terpaksa pilih suami atau
kekasih, macam kene paksa ler pulak kan kita tahu cinta itu tak boleh di
paksa,tapi kat dalam nie dah jadi lain ler plak.....harap-harap pihak
berkenaan terutama stesen tv yang terlibat dapat menilai dahulu pandangan
org ramai tetang rancangan ini..
>From: dina scully
>Reply-To: [email protected]
>To: [email protected]
>Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] MENCARI CINTA PROGRAM YANG MENCARI
>KECEWA LELAKI
>Date: Mon, 8 Aug 2005 19:04:24 -0700 (PDT)
>
>Assalamualaikum, saya sokong pendapat cik noor. Saya dan suami hanya tengok
>siri ni on and off sahaja, sebab rasa tak berfaedah, tak tahu lah apa
>faedahnya kepada pembangunan masyarakat mahupun keluarga.
>
>Lagi satu, saya sebenarnya kasihan dengan nasib semua sembilan jejaka yang
>ambil bahagian dalam siri ni. Frankly said, kalau saya lah, after I tengok
>lelaki-lelaki ni disingkir atau lebih tepat di"reject" oleh Cik Elly
>Zakaria tu, mmg saya tak amik buat jadi suami....
>
>bukan apa, rasa macam second choice pulak, tengok dalam tv tu gilakan Cik
>Elly tu macam desperado jer.....pastu kena reject, reti pulak cari pompuan
>lain....My hubby pun kata memalukan orang lelaki je....all of them nampak
>mcm dah takde perempuan lain, especially masa first time diorg bertemu
>dengan Cik Elly tu, puji melambung2 mcm nak rak...come on guys, all women
>are beautiful actually, apatah lagi wanita yg bertudung, jika anda lihat
>wanita bertudung itu cantik, bayangkan kecantikannya apabila membuka
>tudung.....
>
>sorry to say, if a man seek for wife candidate yg free hair (ada lelaki yg
>mcm tu), then apa speciality yg u dapat? rambut dia? u dapat tengok, lelaki
>lain pun dapat tengok jugak...see....rugi apa...i ada a few friends yg
>bertudung tapi jenis simple (yg takde la kita buleh kategorikan cantik
>macam wardina ke apa...), tapi bila i tengok diorg buka tudung, masyaAllah,
>cantik....i yg perempuan ni boleh kata diorang cantik (jarang orang pompuan
>nak puji orang pompuan ni cantik)...itu dair fizikalnya lah.........yang
>penting sekali sbenarnya ialah SPIRITUALnya.....
>
>i tak tahu...tapi i am 99% so sure that man will look on kecantikan at
>first sight, after that baru tengok yg lain. masa i study kat UKM, i duduk
>di kamsis yg boleh i kategorikan sebagai kamsis "hijau". i've got many
>muslimah friends yang jenis pakai tudung labuh (even i pakai tudung biasa
>jer), sbb i suka involve dgn kawan2 yg mcm ni...tapi of course dalam ramai2
>yg pakai tudung labuh tu ada yg kulit cerah (lawa le, muka licin), ada juga
>yg sederhana, ada juga yg kulitnya gelap (kejadian Allah SWT, siapa kita
>untuk menafsirkan ianya sebagai tidak cantik). tetapi lumrah manusia, si
>pemakai tudung labuh yang kulitnya mulus ini, yang putih ini, peminatnya
>yang terdiri dari kaum muslim (yang tak kurang berkopiahnya), amboi
>ramainya, kalau tak salah saya, adalah dalam 10 jejaka yg try approach
>dia....tapi saya kasihan dengan rakan saya yang lain (yg turut bertudung
>labuh), tetapi sedikit mengeluh kerana risau tidak berteman, sedangkan usia
>meningkat dan seru untuk kahwin sudah sampai.
> Bukanlah saya bermaksud nak suruh buat maksiat pegi dating ke apa, tapi
>sekurang2 nya ada teman, bolehlah berkenalan sebentar dan terus je masuk
>meminang, tak payah couple lama-lama.
>
>Akhirnya saya memberanikan diri bertanya kepada 2-3 orang peminat kawan
>saya yang agak "cantik" ini, kebetulan lelaki-lelaki ini adalah kenalan
>saya. Soalan saya lebih kurang begini "Jika korang rasa korang nak cari
>wanita bertudung labuh sebagai bakal isteri, kerana mungkin imej bertudung
>labuh itu meyakinkan kalian bahawa wanita itu lengkap akhlaknya, dan cukup
>tinggi pengetahuan agamanya, maka kenapa kamu rela berebut2 memenangi hati
>si pemakai tudung labuh yang cantik berkulit putih ini, sedangkan ramai
>lagi rakan-rakan kita yang bertudung labuh, tapi wajah biasa-biasa
>sahaja.....masih kesepian, tidak berteman...dan ada antara mereka yang
>rendah diri mengatakan "aku tak lawa", semata-mata kerana tidak diminati
>lelaki".....unfortunately, none of them dapat menjawab soalan saya hingga
>kini.
>Jadi, para netters nilailah
>sendiri...........................sekian..........
>
>Ya Allah Ya Tuhanku...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
>Isteri yang dikasihi
>Isteri yang soleha
>Isteri yang sentiasa dihati
>Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
>
>
>[EMAIL PROTECTED] wrote:
>Assalamualaikum;
>
>Pada semua, sesuatu utk difikirkan.
>
>Noor
>
>
>Title: MENCARI CINTA PROGRAM YANG MENCARI KECEWA LELAKI
>
>Posted By: ladyice (NuR, LyNn)
>Posted On: Tue, 02 Aug 2005 08:13:14 AM
>
>Pengenalan:
>Program realiti TV3 terbaru iaitu Mencari Cinta yang memaparkan sembilan
>lelaki merebut untuk menawan hati seorang gadis semakin hangat diperkatakan
>di kalangan peminat rancangan Realiti Tv. Jadi dekat sini sebagai penonton
>program realiti ingin membuat sedikit komen atas rancangan tersebut yang
>sememangnya kita ketahui meniru akan program dari negara barat. Begitu juga
>dengan program realiti televisyen yang lain seperti Mentor, Akademi
>Fantasia,
>Audition yang sememangnya lebih kepada hiburan kosong semata-mata. Rakyat
>Malaysia hari ini lebih kepada membicarakan isu pitisan dan hiburan semata-
>mata tanpa lebih membicarakan isu yang lebih mendatangkan faedah kepada
>pembangunan akhlak.
>
>Berbalik kepada Mencari Cinta awal-awal lagi saya mengatakan bahawa program
>ini sebenarnya tidak ada matlamat dalam sebuah rancangan. Jauh sekali
>mendatangkan kebaikan pada pihak penonton ataupun mereka yang terlibat.
>
>Mencari cinta ini sebenarnya tidak tepat dengan tajuk utama iaitu istilah
>mencari cinta tapi lebih kepada mencari kecewa lelaki. Saya mengatakan di
>sini ialah lelaki-lelaki yang masuk rancangan tersebut lebih kepada
>mengejar
>sesuatu yang tak pasti dan seolah-olah pasrah kepada jodoh sehingga sanggup
>mempromosi diri dalam tv dan menjual maruah sebagai seorang lelaki. Berebut
>dan mengejar seorang wanita yang sememangnya kita tak ketahui apakah
>sebenarnya keistimewaan yang ada pada dia dan adakah beliau memenuhi ciri-
>ciri seorang wanita yang patut dijadikan isteri. Sedangkan dalam AL Quran
>itu
>sendiri telah menggariskan beberapa perkara yang sememangnya menjadi ikutan
>golongan lelaki dalam mencari jodoh.
>
>Saya bersyukur sangat kepada peserta pertama dulu yang menarik diri
>awal-awal
>lagi. Sudah pasti dia tak mengalami rasa kecewa, putus asa, dimalukan serta
>menjatuhkan maruah seumur hidup. Tapi kepada lelaki yang memasukinya dan
>tersinggir sudah pasti merasai saat kekecewaan ini. Mereka berhempas pulas
>menandingi satu sama lain semata-mata memikat gadis yang dikenali dalam
>televisyen semata-mata. Gadis yang saya lebih katakan kepada pasrah dalam
>mencari jodoh sehingga masuk televisyen jual muka semata-mata mencari suami
>semata-mata umur juga telah lanjut. Jadi kepada lelaki saya nak tanya
>perempuan macam inikan yang kamu semua nak dijadikan bini.
>
>Soalan ini saya rasa tak perlu saya tanya pada diri anda sendiri tetapi
>cuba
>tanya dahulu pada ibu bapa atau kaum keluarga anda. Memang apa yang kita
>nampak semuanya lebih memuji satu sama lain tapi hakikatnya kita tak tahu
>lagi situasi sebenar di belakang kamera. Lagi satu saya nak ulas peserta tu
>dinilai sebagai anak yang baik tapi kenapa dalam ramai-ramai adik-beradik
>dia
>tu dia seorang je yang tak bertudung, berambut merah dan berkuku panjang.
>Layakkah dia membasuh beras menggunakan kuku untuk menyediakan nasi kepada
>seorang suami. Saya bukan nak menjatuhkan maruah sesiapa tapi kena fikirlah
>sewajarnya sebagai insan yang dikurniakan akal baik lelaki atau perempuan
>tersebut atau pihak penganjur program realiti ini.
>
>Yang nyata keluarga dari pihak perempuan pula seolah-olah diistilahkan
>lebih
>sudu dari kuah tanpa mengetepikan atau tak sedar bahawa cinta yang
>sebenarnya
>adalah cinta yang berputik dari hati. Dua hati bersatu menjadi satu diikuti
>rasa kasih dan sayang yang mendalam. Cinta juga lahir dari hati dan bukan
>paksaan kaum keluarga. Keluarga sibuk bertanya macam-macam sehinggakan si
>peserta yang bernama Azhari tak sempat menghabiskan hidangan. Tapi kaum
>keluarga kita lihat bahawa pinggan mereka sebenarnya sudah licin. Begitu
>juga
>kaum keluarga telah membuat penilaian mereka dalam tempoh waktu yang
>singkat
>saja. Melebalkan orang tu macam ni orang! tu macam tu. Orang ni peramah,
>orang tu sopan dan macam-macam lagi. Sibuk juga membicarakan fasal
>keluarga,
>fasal pekerjaan dan sebagainya. Apa dia ingat anak dia tak ada masa depan
>ke
>kalau berkahwin dengan salah seorang dari mereka. Lepas tu siap buat
>cabutan
>macam nak beli nombor ekor lagi. Siapa tak berkenan dia akan singkir. Siapa
>yang memenuhi ciri dia akan ambil tanpa persetujuan sejati dari pihak
>wanita.
>
>Jadi dengan sini jelas pihak lelaki sengaja diperbodohkan pihak perempuan
>atau pihak penganjur sendiri apatah lagi dengan tak disangka SMS penonton
>tetap menjadi trend kepada program yang berbentuk realiti. Saya nak tanya
>kepada penonton yang sms tu. Apa kaitan sms anda dengan soal jodoh mereka.
>Buat apa undi sedangkan tidak ada
>
>faedah walau sedikit pun yang saya nampak. Jauh sekali mengenali mereka
>semua. Bila dah sms tu sudah tentu pihak penganjur kan yang dapat untung.
>Pihak penonton yang sms tu apa yang dia dapat. Kalau dapat mana-mana lelaki
>dalam sembilan orang tu kira baik le tapi sebaliknya.
>
>Cuba kita lihat bagaimana perasaan lelaki yang dipuji, disukai, dilayan
>dengan baik oleh pihak perempuan dan kaum keluarga dengan sebaik-baiknya
>tetapi kesudahannya dipecat juga dengan pelbagai alasan tertentu yang tak
>masuk akal semata-mata nak mencari yang terbaik antara sembilan lelaki
>tersebut. Jadi saya nak tanya nak mencari yang terbaik di sini dimaksudkan
>ialah kalau kita nak mencari yang terbaik sudah pasti kita bertanyakan pada
>diri kita sendiri(perempuan tersebut) baik sangatkan diri anda yang
>sebenar.
>Kalau baik dan terbaik sampai sembilan lelaki berebut kenapa anda tidak
>berkahwin sampai mencecah umur 40.
>
>Dunia hari ini kita sedia ketahui bahawa kaum wanita melebihi jumlah kaum
>lelaki. Jadi kalau sembilan wanita mencari satu lelaki itu dah kira boleh
>diterima le. Tapi dalam hal ini telah bertukar kepada sembilan lelaki
>mencari
>satu perempuan. Dan pada perempuan tersebut apakah anda telah habis cara
>dalam mencari jodoh. Dan adakah anda bahagia dengan puluhan mulut kaum
>keluarga memilih dalam mencari lelaki yang dianggap terbaik itu.
>
>Cuba bayangkan betapa hancur hati seorang lelaki bila cinta ditolak oleh
>seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Hanya mereka yang mengalami
>semua
>ini akan merasai akibatnya. Sudah tentu lepas ini akan mewujudkan perasaan
>dendam, kecewa, sedih, menjatuhkan maruah kaum lelaki seolah diri ini tidak
>setanding digandingkan dengan wanita tersebut hatta mana-mana wanita sekali
>pun sehingga dibuang begitu saja tanpa adanya kebaikan tertentu. Yang nyata
>keburukan lebih bertandang. Jadi lelaki yang dibuang ini sudah pasti terus
>dibelenggu dengan perasaan rendah diri kerana cinta mereka telah ditolak
>secara terang-terangan dan disaksikan berjuta rakyat Malaysia. Sudah
>pastinya
>lelaki yang ditolak secara diketahui umum ini akan membuatkan wanita-wanita
>kat luar juga tidak mendekati lelaki ini kerana lelaki ini pernah ditolak
>dan
>dikecewakan wanita tersebut. Dan sudah pasti memandang serong kenapa lelaki
>ini ditolak. Kalau dah ditolak sudah pasti akan menimbulkan perasaan
>negatif
>dan mengakui lelaki tersebut tidak mendapat tempat di hati wanita dan kaum
>keluarga . Jika ada pun wanita-wanita kat luar meminati lelaki ini juga
>sudah
>pasti atas dasar kepopularan lelaki tersebut masuk tv sebagaimana penonton
>memuja Mawi, Zahid, Jacquelin Victor dan sebagainya atas dasar penilainya
>dalam sebuah program realiti tv yang lebih memaparkan realiti kebaikan dari
>realiti keburukan..
>
>Dari minggu ke minggu satu persatu lelaki akan dikeluarkan begitu saja.
>Jadi
>dekat sini lapan hati lelaki akan kecewa. Bila dah kecewa sudah pasti
>mereka
>tidak mempercayai wanita lagi dan membuatkan dia semakin takut untuk
>mencari
>jodoh dan bercinta dengan mana-mana wanita. Ini membuatkan mereka rasa
>kecewa
>dan tak nak mencari cinta lagi jauh lagi untuk menamatkan zaman bujang
>dalam
>masa terdekat.
>
>Kepada kaum lelaki saya nak tanya apakah tak ada cara lain lagi dalam
>mencari
>seorang wanita. Di mana sifat lelaki anda sehingga menyuruh orang lain
>mencarikan jodoh untuk anda. Apakah perasaan anda dan kaum keluarga anda
>bila
>anda ditolak oleh seorang wanita yang sememang kita kenal bukan sepopular
>Siti Nurhaliza, secantik Aiswarya Rai jauh lagi bertutup aurat seiras
>Wahida.
>Jauh sekali wanita itu dari kalangan kerabat diraja atau golongan hartawan.
>Begitu juga jauh sekali kita nak bezakan semulia dengan insan yang bernama
>Siti Khadijah atau Rabiatul Adawiyah .
>
>Apakah yang membuatkan anda semua masuk program ini semata untuk mencari
>glamor, atau mempromosi kaum keluarga, mempromosi tempat kerja dan majikan.
>Atau sememangnya menjual maruah anda sendiri atau melahirkan kekesalan diri
>anda lagi tewas dengan seorang wanita. Apa moralnya gadis itu terpilih. Dan
>yang nyata apakah anda yang hensem, yang memiliki pekerja tetap dan hebat
>ini
>tidak mempunyai kekasih hati. Apakah pula wanita yang dianggap sopan, baik
>pada keluarga itu tidak mendapat jodoh. Itulah hakikat sebenarnya yang
>perlu
>penonton tahu.
>
>Kesimpulannya pihak penganjur mengatakan tidak semestinya diakhiri dengan
>perkahwinan. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan nak diakhiri dengan
>apa lagi. Nak diakhiri dengan kecewa kaum lelaki atau perasaan megah
>seorang
>wanita kerana ramai lelaki meminatinya. Jadi kalau tak diakhiri dengan
>perkahwinan sudah pasti program ini sebenarnya telah lari dari tajuk asal.
>Jika program ini menyediakan 10 lelaki dan 10 perempuan dan mereka mencari
>jodoh masing-masing rasanya itu dianggap lebih manis dan berkesan dalam
>mencari jodoh bukan semata mencari kecewa lelaki.
>
>Yang pasti di saat tv3 memaparkan program realiti tv Bersamamu yang
>membuatkan orang ramai menangis kesedihan kerana mengenangkan kemiskinan
>kita
>pula disogokkan dengan perasaan kecewa dalam mencari cinta. Waktu siaran
>pula
>adalah selama satu jam tapi program Bersamamu itu yang merupakan rancangan
>terbaik, memberi manfaat, berkesan pula dalam tempoh tak sampai setengah
>jam.
>Jangan terlalu leka dengan program realiti tv sehingga apa yang dipaparkan
>tak memberi faedah langsung kepada semua penonton.
>
>Banyak lagi rasanya rancangan yang perlu diketengahkan dalam mencari
>penonton
>tertinggi seperti memaparkan atau mendedahkan isu kelakuan aib remaja
>berpasangan atau tak senonoh di tempat terbuka, rancangan keinsafan atas
>kesalahan besar dilakukan dalam hidup seseorang seperti membuat temu ramah
>rancangan yang memaparkan tentang keinsafan, taubat atau rancangan luahan
>orang cacat, yatim piatu atau yang memaparkan isu hari-hari terakhir
>seorang
>pesakit AIDS, seorang yang akan dijatuhkan hukuman gantung atau rancangan
>yang memaparkan isu kenapa seseorang ibu bapa yang tua ditinggalkan di !
>rumah Seri Kenangan. Rancangan lebih kepada berbentuk pengorbanan dan kasih
>sayang yang sebenar.
>
>Saya yakin rancangan yang saya maksudkan ini akan mendapat penonton dan
>disukai ramai kerana ia adalah sebuah rancangan realiti yang
>sebenar-benarnya
>daripada program realiti lain yang lebih kepada hiburan kosong semata-mata
>dan hanya sebuah lakonan dalam pentas teater. Yang pasti rancangan yang
>dipaparkan lebih kepada perasaan memupuk kasih sayang dan keinsafan
>daripada
>kita menangisi tentang cinta tidak kesampaian atau menangisi tentang
>penyingkiran seseorang yang baru belajar nak menyanyi dan mencari sebuah
>haluan hidup yang tak pasti.
>
>
>--
>This message is intended for the recipients named above. It may contain
>confidential or privileged information. If you are not the intended
>recipient, please notify the sender immediately by replying to this message
>and then delete it from your system. You should not read, copy, use, store
>or circulate this e-mail whatsoever.
>
>Disclaimer:
>Internet communications are not secure. While every reasonable effort has
>been made to ensure that this communication has not been tampered with,
>Salcon Berhad and it's associated companies cannot be held for any
>alterations made to the contents of this message. If you wish to receive a
>hard copy of this message for comparison or should you require any form of
>confirmation of the contents of this message, please contact the sender.
>
>
>
>
>
>
>--------------------------------------------------------------------------
>
>All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
>in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
>approved otherwise.
>
>If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
>daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
>change your mail delivery settings or email the moderators at
>[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
>
>
>
>SPONSORED LINKS
>Divine inspiration Islam
>
>---------------------------------
>YAHOO! GROUPS LINKS
>
>
> Visit your group "hidayahnet" on the web.
>
> To unsubscribe from this group, send an email to:
> [EMAIL PROTECTED]
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
>
>
>---------------------------------
>
>
>
>
>---------------------------------
> Start your day with Yahoo! - make it your home page
_________________________________________________________________
Find just what you are after with the more precise, more powerful new MSN
Search. http://search.msn.com.my/ Try it now.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
