Najmil Faiz Mohamed Aris, 26, pelajar Malaysia pertama
dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
(KUiTTHO), Batu Pahat diberi penghormatan dan
pengiktirafan membentang kajian Micro Machine Process
kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan
memenangi anugerah The Best Research of Good Prospect
(2005).

Najmil buka mata industri UK kebolehan rakyat kita

KUALA LUMPUR 22 Mac -

Terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang,
Najmil, 25, yang sedang mengikuti pengajian peringkat
kedoktoran dalam bidang kejuruteraan di University
Metropolitan, Leeds, berjaya membuka mata industri
United Kingdom (UK) terhadap kebolehan rakyat Malaysia
menerusi inovasi yang dihasilkannya.

Serentak itu, beliau menjadi pelajar Malaysia yang
pertama diberi penghormatan dan pengiktirafan
membentangkan kajiannya kepada anggota Parlimen United
Kingdom di London pada 14 Mac lepas.

Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen
yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya
tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk
meneruskan kajian beliau yang membabitkan "Nano" dan
"Micro-Machine Process".

Hasil daripada pembentangan yang memancarkan
kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi
itu, Menteri Perindustrian Britain Brian Edden
menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk
membentangkan hasil kajiannya di House Of Common,
Westminster di London itu.

Berasal dari Ipoh, Najmil mula melanjutkan pelajaran
ke UK pada tahun 2000 bagi pengajian sarjana muda
dalam kejuruteraan sebelum menyambung ke peringkat
kedoktoran.

Jika tidak ada apa-apa halangan, beliau dijangka
pulang ke tanah air pada Mac tahun depan untuk muncul
sebagai salah seorang daripada segelintir rakyat
Malaysia termuda memiliki PhD.

Beliau terpilih untuk membuat pembentangan itu hasil
daripada perakuan universitinya.

Menurut Najmil kajiannya yang memenangi anugerah "The
Best Research of Good Prospect" itu berkaitan
teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan
kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan
sektor pembuatan.

Katanya pengurangan geseran akan membantu meminimumkan
kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam
sektor perkilangan.

Najmil berkata, penggunaan teknologi yang dihasil
menerusi kajian itu akan membolehkan sektor
perkilangan dan pembuatan di seluruh dunia menjimatkan
kos berbilion ringgit.

"Kajian saya ini sangat diminati oleh pengilang kerana
ia dapat menjimatkan kos operasi dan masa,
meningkatkan kadar hayat mesin dan gear yang digunakan
serta meningkatkan keefisienan," katanya.

Menurutnya selain itu, kajiannya juga boleh
dimanfaatkan oleh sektor perubatan bagi membantu dalam
kejayaan pembedahan tulang belakang dan tulang
pinggul.

Katanya langkah meminimumkan geseran pada permukaan
dan sendi tulang dapat memastikan tulang berfungsi
dalam keadaan terbaik dan ini dapat membantu kehidupan
para pesakit tulang dan sendi di seluruh dunia.

http://us.f2.yahoofs.com/bc/41de317e_f005/bc/


                
___________________________________________________________ 
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre. http://uk.security.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke