assalammualaikum, pendedahan anda mengenai perkara ini amatlah dihargai semoga Allah memberikan nikmat kurniannya kepada anda dan saudara-saudari yg terlibat.
 
Apa kata kita bentuk satu sukarelawan yg boleh membantu meringankan bebanan ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN ini dan sekaligus  menolong mereka mendapatkan dana bagi menampung kos sara hidup penghuni di asrama tersebut melalui berbagai program pendekatan yg melibatkan penghuni asrama tersebut dan kutipan derma diserahkan kepada pihak pengurusan asrama tersebut. BERSATULAH wahai kaum muslimin dan musliman bantulah dan ringankanlah bebanan saudara saudara seagama dengan mu. Pihak saya insyaallah akan mengambil inisiatif untuk membantu mereka secepatnya dengan izin allah.
 
wasalam.
 
 

"ghazali Mohd. Said"@yahoo.com wrote:

--- Zain Azrin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN
> (HARAP SEBARKAN)
>
> Subject: Fw: ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN
>
>
>
> Misleha Juki
> Corporate Services & Business Development Department
> 6th Floor Menara PNB
> 201-A, Jalan Tun Razak
> 50400 Kuala Lumpur
> 03-20505702
>
> Assalamualaikum,
>
> Baru-baru ini kami telah menziarahi sebuah asrama
> perlindungan yang
> menempatkan 45 orang kanak-kanak yang kebanyakannya
> terdiri daripada
> anak-anak orang asli, anak yatim serta anak fakir
> miskin yang tercicir
> dari
> sekolah.  Anak-anak orang asli ini telah di islamkan
> disini dan telah
> diselamatkan sebelum pihak lain mengambil mereka
> untuk di kristiankan atau
> sebagainya.
>
> Asrama Penyayang Nur Iman ini terletak di Kampung
> Bandar Dalam, Sentul,
> Kuala Lumpur dan di kelolakan oleh Ustazah Sarimah
> Ali. Kini Ustazah
> Sarimah menyewa rumah 3 pintu dengan belanja RM1,350
> sebulan yang
> dijadikan
> 2 buah asrama, sebuah untuk laki-laki seramai 24
> orang dan sebuah untuk
> perempuan yang seramai 21 orang manakala sebuah lagi
> dijadikan surau dan
> pejabat.  Kesukaran mendapatkan dana menyebabkan
> anak-anak ini hidup dalam
> keadaan yang begitu dhaif, mereka hanya ada tempat
> tidur dan makan sahaja,
> tidak lebih daripada itu.  Keadaan asrama yang
> begitu sempit, kurang
> selesa
> dan hanya berbekalkan katil sahaja menjadi tempat
> perlindungan mereka
> setiap hari.
>
> Di atas belas ihsan orang perseorangan, dibahagian
> tepi sebuah asrama
> tersebut telah dibina satu kawasan seperti garaj
> parking kereta yang
> dinamakan "dewan" menjadi tempat anak-anak ini makan
> dan belajar.  Keadaan
> "dewan"  yang begitu sempit berlantaikan simen
> berpasir kasar beratapkan
> zink dan tanpa dinding amat mengharukan dan langsung
> tidak sesuai untuk
> pembelajaran 45 orang kanak-kanak.
>
> Keadaan mereka sungguh menyedihkan kalau
> dibandingkan dengan asrama
> penyayang lain.  Di dalam almari pakaian diperbuat
> daripada besi yang
> sudah
> roboh pintunya dan usang diletakan pakaian harian
> mereka yang nampak
> begitu
> lusuh sekali.  Begitu juga dengan kasut sekolah yang
> begitu usang tersusun
> di luar asrama menjadikan kami begitu insaf.
>
> Menurut salah seorang pengelola yang ditemui iaitu
> Puan Noraini, mereka
> baru sahaja mendapat katil daripada Hamba Allah yang
> perihatin.  Sebelum
> ini mereka semua tidur diatas simen berbekalkan
> tilam buruk aje....
> Menurutnya lagi, anak-anak ini mungkin ada yang tak
> biasa tidur diatas
> katil, tiba-tiba hilang, bila dicari rupanya tidur
> dibawah katil, orang
> dah
> biasa susah..........
>
> Alhamdullillah, kami difahamkan setakat ini Ustazah
> dapat menyediakan
> makanan untuk mereka setiap hari walaupun berbekal
> hanya nasi dengan satu
> jenis lauk sahaja.  Anak-anak ini tak kisah makan
> satu lauk sahaja kerana
> mereka dah biasa susah dan tak makan.  Keadaan dapur
> yang kami lihat amat
> menyedihkan dan serba kekurangan.  Menurut Puan
> Noraini setakat ini
> bekalan
> beras belum pernah putus tapi barang-barang lain
> seperti bawang, cili,
> minyak masak dan sebagainya kadang-kadang menjadi
> masalah bagi mereka.
> Segalanya bergantung kepada belas ihsan orang ramai.
>
> Kami juga difahamkan pihak Jabatan Kebajikan
> Masyarakat telah datang dan
> mengarahkan supaya Ustazah Sarimah mencari tempat
> yang lebih sesuai untuk
> anak-anak Asrama Penyayang ini, tetapi memandangkan
> dana yang terhad amat
> menyukarkan Ustazah untuk mencari tempat yang lebih
> selesa.  Puan Noraini
> ada menyatakan sekiranya asrama ini di arahkan di
> tutup maka nasib
> anak-anak orang asli ini akan balik semula pada
> keadaan mereka yang bukan
> Islam serta anak-anak yatim dan fakir miskin akan
> hilang tempat berteduh
> dan tidak dapat terus pergi ke sekolah.  Maka dalam
> keadan yang serba
> kekuranan ini Ustazah Sarimah meneruskan niat untuk
> mengendalikan asrama
> penyayang ini.
>
> Saudara-saudari boleh merujuk artikel berkenaan
> Asrama Penyayang Nur Iman
> ini yang dimuatkan dalam Majalah Anis bulan Jun
> 2005. Asrama ini
> memerlukan
> pelbagai bantuan dalam apa jua bentuk seperti
> bantuan kewangan, pakaian,
> pinggan mangkuk, almari, kerusi meja, kasut sekolah,
> kasut jalan, alat
> tulis, buku sekolah dan macam-macam lagi...........
>
> Untuk sebarang sumbangan boleh menghubungi terus
> Ustazah Sarimah
> 03-40222404 / 019-2519082 atau disalurkan ke akaun
> AM Finance no.
> 2272021000327.
>
> Sekian terima kasih.
>
>
>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke