Edisi KL: Awasi E-Mel Kiamat Suria
KUALA LUMPUR: Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana
berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam
laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam
perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah
mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca
e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.
"Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah
ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun
tidak tahu bila hari kiamat. "Sudah banyak ramalan
sedemikiandibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak
zaman Nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan
tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi
ia hanya kebetulan," katanya.
Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang
ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam.
"Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan
manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan
manusiamengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal
sepertiTuhan, malaikat, qada dan qadar bagi akal manusia juga
terbatas,"katanya.
Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin
dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat
Islam. "Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan
sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah
ditunjukkan kitab itu.
"Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya
jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya
sebagai iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu. "Banyakkan
amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan
baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil," katanya
ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk 'Tahun Gempar 2005' itu
yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena
gerhana berpasangan pada Oktober.

Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum
tempatan.
Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik
besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang. Sebaik
saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa
langit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun
ini.
Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena
gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di
Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk.
Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama
Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata
fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam
takwim Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan

daripada kejadian itu.
"Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan
bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda
akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan
hukum Allah.
"Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir
zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana
ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada
fenomena gerhana berpasangan," katanya.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau
dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam
wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena gerhana
berpasangan.
Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk
menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan
berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah.
Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai
hal berkenaan, namun mereka yang tidak mendalami ilmu falak
syarie mudah salah faham dan terpedaya.

Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat
kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada
Ramadan.
"Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu
gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24
haribulan.
"Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober
tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui
Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan
Somalia sebelum ia mati di Lautan
India, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi
hanya 28 peratus saja boleh dilihat," katanya.

Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam
kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya
dengan perlakuan ibadat. Mendalaminya boleh dianggap satu
ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan
mendekatkan diri kepada Allah.

"Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang
seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya

separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam ilmu ini membolehkan
ibadat solat, puasa dan haji dijalankan dengan sempurna kerana
masa yang menjadi syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat
ditentukan seperti yang dikehendaki," katanya.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.