Date:  Fri, 19 Aug 2005 07:01:02 +0000 
From:  raGe aGainsT tHe MAcHinE  

Rencana UTUSAN MALAYSIA 19.08.05

Hiburan lalaikan remaja Melayu
Pendapat

Dalam wawancara Mingguan Malaysia dengan Prof. Diraja Ungku Aziz 14 
Ogos lalu, Pak Ungku menyebut anak-anak remaja Melayu lebih 
mementingkan hiburan sehingga mereka sanggup menangis, berpelukan, 
terkinja-kinja, melompat-lompat. Pada hal segala gelagat yang 
memalukan Melayu itu tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Namun setelah berlangsungnya fenomena Akademi Fantasia di 
televisyen, remaja Melayu telah meninggalkan sahsiah Melayu-Islam 
yang murni. Semuanya kerana media elektronik terlalu melayan 
kehendak para remaja yang terlalu gemar kepada hiburan, dengan 
alasan untuk mencari `pelapis' dalam dunia hiburan yang tidak 
berkesudahan ini.

Negara memerlukan para remaja yang berhemah tinggi, berbudi bahasa, 
menghargai ilmu pengetahuan, rajin berusaha (belajar) namun yang 
diketengahkan media elektronik masa kini ialah drama-drama 
percintaan, mempopularkan dunia nyanyian sehingga mewujudkan 
`akademi' untuk menjadi penyanyi, seolah-olah itulah yang diperlukan 
oleh bangsa kita. 

Dengan adanya akademi berkenaan maka berbondong-bondonglah remaja 
Melayu di hadapan kamera TV untuk menjadi penyanyi. Semua gelagat 
yang merugikan remaja Melayu itu menjuruskan kepada lalai, kelekaan, 
meraung dan menangis di majlis konsert dan di hadapan kaca TV. Apa 
kesudahannya para remaja yang semacam itu?

Berapa ramai remaja Melayu yang dapat meraihkan nasib sebaik Mawi? 
Tidak sampai sepuluh orang, yang selebihnya menjadi peminat nyanyian 
dan memendam rasa untuk menjadi penyanyi sahaja. 

Masalah yang melanda remaja Melayu ini akan berterusan selagi stesen 
televisyen tidak mempunyai kesedaran yang tinggi dalam usaha untuk 
membentuk peribadi mulia bagi para remaja Melayu yang masih `kelabu' 
hala tuju hidup. 

Sebenarnya kita memerlukan remaja Melayu yang berfikiran cerdas, 
terbuka, berilmu pengetahuan seluas-luasnya. Segala kebijaksanaan 
remaja Melayu perlu juga dipertandingkan berdasarkan merit. Bukan 
terlalu ghairah menggandakan bilangan pertandingan nyanyian. 

Sekiranya program hiburan keterlaluan didedahkan kepada para remaja, 
bilakah masanya mereka akan berbincang sesama mereka hal-hal 
mengenai pendidikan, politik dan isu-isu serius berkenaan masa depan 
mereka? Sedangkan dalam masa yang sama remaja kaum lain sentiasa 
berbincang untuk mengatasi remaja Melayu dalam pelbagai bidang 
terutama dalam dunia akademik.

Isu pendidikan yang sewajarnya mendapat perhatian daripada remaja 
Melayu kita telah tenggelam lenyap daripada perbincangan masyarakat 
remaja Melayu. Kerana mereka tidak tahu perkembangan, malahan jahil 
hendak membincangkannya secara serius kerana mereka tidak membaca 
bahan bacaan bermutu. Yang dipentingkan hanya majalah hiburan dan 
rancangan realiti televisyen yang melalaikan. 

Tidak hairanlah ada sesetengah pihak mengatakan Melayu malas 
membaca. Melayu suka melepak. Melayu suka hiburan dan sebagainya. 
Adakah semua yang melalaikan untuk Melayu?

Saya mencadangkan para penerbit televisyen baik yang dimonopoli 
kerajaan mahupun swasta memikirkan sedalam-dalamnya sebelum sesuatu 
program itu di ketengahkan kepada khalayak, terutama rancangan 
hiburan untuk remaja demi menjadikan warganegara yang `tahu diri' 
supaya mereka tidak kelalaian di tengah-tengah dunia yang sarat 
persaingan ini. 

Sebenarnya para remaja Melayu perlu didedahkan dengan rancangan-
rancangan hiburan yang dapat membangunkan minda yang `tertidur'. Hal 
ini demikian kerana apabila seseorang remaja itu ingin menggondol 
hadiah berjumlah `suku juta ringgit', remaja berkenaan perlulah 
banyak membaca hal ehwal negara dan antarabangsa, membaca buku 
pengetahuan am dan sebagainya. 

Fakta-fakta berkenaan hal ehwal dalam negara dan luar negara semua 
dicatatkan dalam buku dan secara tidak langsung buku-buku yang ada 
di rak-rak buku tidak berdebu dan berkulat sepanjang zaman.

Dalam wawancara itu juga Ungku Aziz ada menyebutkan saiz anak-anak 
Melayu agak kecil berbanding anak-anak kaum lain. Menurut Pak Ungku 
pemakanan yang baik bukan sahaja akan mempengaruhi saiz badan tetapi 
lebih penting pembinaan otak.

Saranan Pak Ungku yang mengharapkan pihak sekolah menyediakan 
makanan tengah hari yang seimbang di sekolah, saya rasa elok 
dilaksanakan dengan segera. 

Kerana kebanyakan anak Melayu yang ibu bapa mereka berpendapatan 
rendah sebenarnya tidak sempat (tidak pernah?) menikmati makanan 
seimbang di rumah disebabkan kemiskinan mereka. Lebih-lebih lagi 
bagi anak-anak yang ibu bapa mereka bekerja pada siang hari.

Pandangan positif Pak Ungku berkenaan hal pemakanan ini wajar 
difikirkan oleh Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah demi 
mengembalikan `kecergasan' berfikir di kalangan anak Melayu yang 
masih di bangku sekolah.

Menurut Pak Ungku lagi, program pemakanan berzat ini ada 
dilaksanakan di sekolah-sekolah Cina. Malahan di United Kingdom, 
menurut Pak Ungku program itu ada dilaksanakan. Mengapa program 
pemakanan berzat ini tidak dilaksanakan secara berterusan di sekolah-
sekolah, sedangkan peruntukan kewangan bagi Kementerian Pelajaran 
tidak pernah susut?

Pada pendapat saya, pandangan Pak Ungku berkenaan beberapa perkara 
dalam wawancara tersebut perlu diberi perhatian oleh pihak 
berkenaan, demi memartabatkan Melayu dan sahsiahnya, terutama para 
remaja masa kini yang bakal menerajui kepemimpinan negara. - AHMAD 
J. HUSEIN, Kulim, Kedah.


SyStEm Of A Down : Tat's y som people hate politisione..thy even
                   kill de politisione...!!!
                   but in realiti, who xtuali got da
                   power...politisiona' or Ecedemicione? so??

Saidina Umar Alkhatab R.A. : "Sediakan anakmu dengan/untuk
                              zamannya..."




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke