Title: Samsung Enterprise Portal mySingle

Waalaikum Salam...

 

Pertamanya kita ini sekadar menyampaikan , sesungguhnya Allah jualah yang memberi Hidayah.

Banyak Ayat Al-Quran menerangkan tentang hidayah ini. Elokkan saudari mengamalkan membaca

Al-quran yang ada terjemahannya di samping berguru.

Orang macam kawan saudari tu eloklah di hindari kerana di khuatiri boleh mempengaruhi

kita suatu hari nanti. Banyak kita dengar tentang pergaulan mempengaruhi kehidupan kita.

Tentang ayat "Laikra hafidien..........-Tiada paksaan dalam agama"
adalah seperti berikut terjemahannya.

Surah Al baqarah : 256-259

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu heran terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang lalim.
Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?" Ia menjawab: "Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berobah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging". Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: "Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".


Ayat itu menceritakan tentang kebenaran jalan yang benar dan sesat, terpulang kepada manusia

nak pilih mana yang baik......Sekiranya memilih jalan yang benar --jawapannya Untunglah.

                                             ......Sekiranya memilih jalan yang sesat -- jawapanyan Rugilah.

Manusia ini ALLAH jadikan sebaik-baik kejadian. Maka dengan itulah gunakanlah kelebihan

yang ALLAH berikan untuk menilai Benar/Sesat, nanti semua akan di pertanggungjawab.

 

Baca kisah terjemahan ayat 256 - 259.

Allah jualah yang lebih mengetahui dan moga ALLAH menambah ilmu kepada lita semua.

 




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, LAGI PENYAYANG

------- Original Message -------
Sender : [EMAIL PROTECTED]<[EMAIL PROTECTED]>
Date : Aug 19, 2005 15:13
Title : Bismillah [hidayahnet] Meminta penjelasan

Assalamualaikum...

 

 

Tempoh hari saya ada berselisih pendapat dengan kawan sepejabat (lelaki). Punca asalnya saya bertanya kepada beliau, kenapa beliau tidak bersolat. Ini disebabkan sepanjang saya berada di pejabat ni, saya tak pernah melihat beliau bersolat dan lebih menyedihkan bila hari Jumaat, kawan saya nie akan tidur di offc.

 

Beliau mengatakan tiada paksaan dalam Islam. Saya dan dia berdiskusi perkara ni, dan dia tetap dgn pegangan asal iaitu tiada paksaan dalam Islam. Kata beliau lagi, beliau ada menuntut dan mempelajari kitab Ussuluddin & beberapa kitab lagi.

 

Yang paling menarik perbincangan kami ialah, bila saya mengatakan bahawa berdosa bila tidak bersolat dan kawan saya nie jawab "dosa atau tidaknya seseorang itu hanya Allah yang menentukan". Saya balas ayat beliau ini dgan mengatakan "sememangnya dosa atau tidak, hanya Allah yang menentukan tetapi bukankah Solat itu hukumnya wajib. Perngertian wajib ialah jika buat dapat pahala dan jika meninggalkan pula adalah berdosa. Dan baik atau buruknya amalan seseorang itu akan dinilai". Dia bertanya lagi "apa buktinya Tuhan itu ada?" Saya menjawab "setiap kejadian di muka bumi ini ada penciptanNYA, dan kejadian yg paling jelas sekali ialah asal kejadian bumi dan manusia itu sendiri" Dan dia berkata lagi kebanyakan kita yang melakukan solat ini adalah kerana ikutan sahaja dan bukannya kerana kita percaya Tuhan itu wujud. Saya kata waktu kanak2, mungkin solat itu adalah ikutan tapi apabila kita membesar dan tahu ttg sebab-musabab, kita akan tahu solat itu adalah wajib. Perdebatan kami berterusan dan saya malas nak layan dia lagi.

 

Saya dah dengar ayat  "tiada paksaan dalam Islam" nie, berjuta kali, dan ianya diucapkan bila hukum / perbincangan agama dibahaskan.

 

Teman2 semua, jika ada antara kalian yg boleh mengupas "tiada paksaan dalam Islam ini", sila beri komen pada saya.

 

Saya juga masih mempelajari untuk menjadi manusia yg diredhai.

 

Wassalam

 

 

 



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke